Thursday, 23 January 2014

Menanti Masaknya Betik

Lama betul menunggu untuk mengecap hasil daripada betik organik tanam sendiri nie...tanamnya dari bulan October 2012, sekarang dah lebih setahun dah masih belum boleh petik dari laman lagi nampaknya...

Walaubagaimanapun setelah sekian lama menunggu betik2 yang ditanam sendiri berbuah, akhirnya kalau tak silap setelah setahun usia barulah  mula berbunga. Nie yang ditanam depan rumah,

Yang survived dari menjadi mangsa tukang kebun kecik..heheh..salah satu sebab lambat berbuah adalah kerana ditanam rapat..satu lagi kerana siabang asyik dok cabut daunnya...(nampak tak keembung sikit nyer besar tumbuh sendiri kat bawah tuh...subur kan)...

Inilah buahnya yang tak berapa lebat..dalam gambar nampak agak besar, in real life mungkin sebesar tapak tangan jer kot...masih lagi confuse betik jenis apakah ini..Hawaian Pawpaw lah harapnya...

Yang tumbuh sendiri kat belakang umah..lagi besar dan subur berbanding ngan yang ditanam sendiri kat depan umah tadi..berbuah pun lebih awal jugak..

Buahnya agak lebat sikit berbanding ngan yang kat depan umah tadi...pun tidak pasti betik jenis apakah nie..

Rasanya tempoh dari mula berbuah hingga masak mengambil masa lebih dari  bulan..mungkin boleh cecah 5 bulan kot. Harap2 cepatlah masak supaya tak payahlah kami beli dari pasar lagi tiap2 minggu..jimat duit, lebih organik kan..:) 

19 comments:

  1. hehe..nasib baik tak tercapai dek tangan Aidan buah tu...

    ReplyDelete
  2. Bila dah mula berbuah tak termakan UAA. Kakak yg cuma sepokok dulu puas makan. Ini UAA punya banyak confirm memang tak payah beli sebab bila dah mula masak satu-satu-satu akan masak ikut giliran.

    Pantang pokok betik jgn alih dari tempat asal di semai UAA. Semai satu tempat dgn biji lebih bila dah tumbuh buang yg kecil-kecil tinggalkan satu yg besar. Mesti buahnya menjadi dan cepat. Katanyalah... bapak kakak punya petua:)

    ReplyDelete
  3. akhirnya....berbuah juga betik tu kan ummu...mesti tak sabar nak rasa betik yg tanam sendiri... :-)

    ReplyDelete
  4. dak Aidan mesti geram tengok buah betik tu.. nasib baik pokoknya dah tinggi.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. salam UAA, tu kot namanya rezeki yg tk disangka2...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ummu.. Sihat ke?
    arissa buat apa? hehehe.. dah makan lunch ke? kita lunch nasi ngan gulai temenung je.. :) baru baik demam.. demam kura2 je smlm.. hari ni dah ok... heheh
    >> betik tu kalau nani... suka sangat yang belum masak.. dekat2 nak masak tapi blom tu.. buat sayur.. mr mama suka rebus buat ulam cicah sambal belacan.. nani lak suka wat masak lemak betik or bening betik.. past tu goreng lak ikan masin garing2.. perghhhh.. terangkat pinggang gi tambah nasi.. wahahahah

    ReplyDelete
  7. Bila dah mula masak nanti berturut2 masaknya... Sampai berselisih daun betiknya Ummu memang lambat besarnya.

    ReplyDelete
  8. betik muda pun sedap dibuat gulai or di masak sambal atau masak rebus gitu, malas2 pun leh buat pecal mmg best !

    ReplyDelete
  9. Di belakang rumah saya ada 4 pokok betik yg tumbuh sendiri. Sekarang musim betik2 itu berbuah serentak, kadang2 hantar kpd jiran2 kerana tak larat nak habiskan....

    ReplyDelete
  10. kalau betik banyak sgt nnt boleh buat jeruk betik, Sedapnya krup krap.

    ReplyDelete
  11. Rezeki buah betik lah lah plak Ummu.. klu dekat ni, dgn muka tak malunya sy nak mintak utk Pa'e..haha
    klu kmi dari buah, bunga betik & daun betik pun boleh di makan.. pahit tapi sedap:)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ummu...bestnya buah betik ni kalau dah masak sedap rasanya...;)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    Betik yang banyak khasiatnya.

    ReplyDelete
  14. Teringat gmbar aidan pegi gondolkan pokok betik tu...hahaha..insya Allah masak..kna sabar sikit lg.

    ReplyDelete
  15. Lebat tu buahnya...in shaa Allah nnt dapat rasa betik tanam sendiri...ok noted nnt x boleh tanam rapat2

    ReplyDelete
  16. sedapnya betik… dah tak lama nak dapat tuai hasil tu…. survive jugak even dah kena taram dek pekebun kecil.. mmg dah rezeki UAA sekeluarga :)

    ReplyDelete
  17. betikkk rasanya 5 bulan lagi baru boleh makan kot kalau dapat makan sebiji saya yang punya....:)

    ReplyDelete
  18. Lain jugak bentuk betik tu yeh UAA....keturunan dia lain tu....hehe.....
    Lama jugak nak masak betik ni....jenuh nak tunggu!

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads