Monday, 27 January 2014

Cantiknya Saki Baki Zinnia Dalam Lingkiran Ini

Zinnia ini asalnya dari Sabah. Dari seorang kakak dan juga rakan blogger yang sangat aku hormati dan hargai persahabatan bersamanya. Orang yang pertama kuhulurkan persahabatan dan menghulur persahatan dialam maya ini sejak aku mengenal dunia blogger..
Kak Puteri Purnama

Benih dari lingkarannya memasuki fasa cucu..yakni daripada benih yg diberinya kutanam 
kemudian yg ditanam itu berbunga dan menjadi benih..
Meskipun kali nie tidak banyak yang tumbuh
Namun cerianya tidak sia-sia
Pasti menarik mata yang memandang..

 Pokok yang berbunga orange

 Bunga orange lebih besar..mungkin kerana kepadatan tidak pesat maka zatnya cukup

 Pokok yang berbunga pink..juga banyak bunganya..

 Cantik kan dia nie..

 Yang lebih tua sedikit..masih cantik jugak

Yang bunga merah..tunggal dia nie..:)

Petangnya sesudah aku mengambil gambar dan membuat entri ini kulihat bunga nie  sudah dipetik oleh sang kumbang nakal...adoyaiii..yang merah tunggal lagi tuh..hmm penat mulut aku dok membebel..walaupun aku tahu masuk telinga kanan kuar tinga kiri jugak budak nie...pantang tengok bunga mesti nak amek..hmmm

21 comments:

  1. cantiknya kak..suka warna oren tue

    ReplyDelete
  2. Bila tgk bunga-bunga ini, aku teringatkan suasana rumah kami di tahun-tahun awal 80an...

    ReplyDelete
  3. Hihi.... 'kumbang' dah tak sabar nak tunggu bunga itu dijadikan benih oleh ummunya.

    Bunga ini eloknya tanam berderet UAA. Selang-selikan warnanya tambah meriah. Kalau rumah kakak tak boleh sebab tak ada tanah luas.

    ReplyDelete
  4. part yang last sekali tu tak menahan.. sang kumbang yang telah memetik bunga tu.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. sedap juga nama zinnia. boleh bagi nama anak pompuan nanti. bunga ni dlm bahse inggeris apa/ daisy ke/ ['/' = tanda soal].

    ReplyDelete
  6. memang cantik la ummu..
    opssss si aidan petik ehhh... alololoooo geram sangat tu kalu tengok kembe molek..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... berseri2 lah laman dengan bunga kembang setaman ni.. zannia memang cantek sangat.. bunganya lak lama mekar dan di petik sang kumbang kan.. waalupun kumbang tu suka dengar tapi tak endahkan langsung apa org cakap.. kan.. hehehehe.. :)

    ReplyDelete
  8. sangat nakal kumbang tu ye ummu....hehehe

    ReplyDelete
  9. Cantiknya bunga!
    Dah jadi lumrah, di mana ada bunga di situ hinggaplah kumbang.

    ReplyDelete
  10. pink tu sangat cantik..
    Nor...kumabng mana tahan tgk bunga berkembang depan mata hehe..

    ReplyDelete
  11. ooo nama bunga nih zinnia yek kak.... dana tak ingat masa kt kampung panggil bunga apa... tp yg pastinyer mmg banyak kt umah mak n senang nk tanam...

    ReplyDelete
  12. Salam Ukhuwah UAA...
    Cantik bunga-bunga tu... akak suka tengok bunga..

    Akak dah follow 363... jemput ke blog akak ye :)

    ReplyDelete
  13. Bunga2 macam ni kat tempat akak ikut musim datang musim bunga kertas semua berpasu2 bunga kertas, datang bunga keembung bermacam2 warna bunga kekembong pulak skrg mak akak gila orkid.

    ReplyDelete
  14. hihihi.. kumbang nakal tu abg Aidan ke Ummu?? haha..
    cantik2 bunga..tenang bila tgk:)

    ReplyDelete
  15. Nnt lom si arissa ue plak..hihi.cantik te warna ye..bt cuci2x mata dgn wane2x..mesti cantikje...

    ReplyDelete
  16. Masih ada lagi ya bunga ni...kadang2 tumbuh sendiri ..

    ReplyDelete
  17. assalammualaikum dik.
    Bunga nostalgia berkembang di bumi Fiji.

    ReplyDelete
  18. Salam Ummuaidan,

    Cantiknya zinnia, terutama yang pink tu. Puteri Purnama tentu senyum memanjang melihatkan generasi ketiga zinnia dari negeri di bawah bayu tu!

    ReplyDelete
  19. bunga hujung2 musim pun masih cantik dipandang mata :)

    ReplyDelete
  20. Namanya pun kumbang UAA...mmg gatai! Hehe...pantang tengok bunga cantik dan menawan...laju je dia menyambar!

    ReplyDelete
  21. bila berbunga serentak mmg cantiklah, sebab colorful gitu !

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads