Tuesday, 31 December 2013

Catatan Terakhir 2013

Sampai jugak kepenghujung tahun..bermakna tahun yang ditunggu2 inshaallah akan bermula..(nak tahu kenapa baca sini)...

Nak kena buat sorotan 2013 ker? Apalah yang nak disorotkan yer..kehidupan biasa-biasa sahaja..cerita pun biasa-biasa sahaja..cuma the best thing yang happened pada 2013 adalah dalam keseronokkan mengotorkan tangan bermain tanah diladang kecik,muncul sekuntum bunga didalam sekuntum bunga tua dan 2 ekor kumbang tua dan kecik..kehkehkehh..


Kerana bunga kecik nie lah bunga tua terpaksa bersara dari arena perkebunan buat sementara waktu hinggalah inshaallah bunga kecik nie dah betul2 mekar...heheh..namun rasanya sampai kesudahnya kebun akan diuruskan oleh kumbang tua...heheh..


Menutup tirai tahun 2013 dengan beberapa sayuran yang masih lagi memberikan hasil seperti kacang panjang, bendi, petola ngan tanaman baru seperti jagung serta kacang panjang untuk meneruskan warisan pada tahun 2014...inshaallah.


Dan rumah hijau yang dah usang nie nak wariskan kat tukang kebun kecik..yer lah  tuh...heheh..actually the gardener ade sikit plan tuh untuk baik pulih agar dapat menanam more veggies.inshaallah..

Juga dari tahun 2013, dibawa ke 2014...

Menunggu pokok  betik yang baru berbuah..lama jugak rupanya daripada menjadi buah sebelum boleh dimakan masak..berbulan2 jugak tuh.

Juga buah nona serikaya yang buahnya tak berapa meriah tahun nie kerana dilanda taufan tahun lepas..namun setidak-tidaknya adalah jugak untuk merasa kan...inshaallah..


Inilah tenaga yang bakal meneruskan legasi ladang kecik di Fiji tahun 2014..hehe..


GOODBYE 2013, WELCOME 2014

HAPPY NEW YEAR TO ALL..:)

Monday, 30 December 2013

Cabut Gigi Tampal Gigi..

Salam Isnin...

Sepagian sibuk hari nie ngan dental appoinment nyer...dah lah lama sangat nunggu dorang nak serve..pergi kul 8.30am dekat kul 11.30am baru setel.. Selamat 1 gigi kena cabut daa..kat sini kalau klinik gomen murah jer cabutnya..kalau dalam RM tuh dalam RM12 lah..pastuh tampal lagi 1 gigi..hhmmm gara2 tak jaga gigi elok2 masa muda dolu2 ni lah akibatnya...sib baik Arissa tak meragam tunggu lama..

Abuaidan lak tak pernah 1 gigi pun dicabut..tiap kali makan mesti dia berus sikit nyer lama..sebab tuh lah giginya semua masih elok2 lagi..alhamdulillah...

p/s - sapa boleh tolong jawab : kalau kita nak transfer duit dari CIMB ke tabung haji tanpa menggunakan cash atau CIMBclicks..boleh tak kita guna bank draft atau dorang boleh transfer melalui kaunter..? thanks yer sape sudi tolong jawab...

Sunday, 29 December 2013

Bunga Cantik, Ulamnya Sedap...

Bagi chance kat gambar tuk berceritalah plak dihujung minggu nie..







Pokok apa yer  rasa korang?

Saturday, 28 December 2013

Cili Yang Sempat Masak

Sejak beranakkan Arissa rasanya citarasa cili telah beralih kepada cili besar yang sedap dibuat ulam mentah begitu sahaja makan dengan nasi. Jarang-jarang sangat petik cili burung untuk buat ulam sementelah takder stok budu..

Kalau sebelum nie memang jarang dilihat cili sempat masak merah dipokok..belum sempat kuning lagi dah ade yang menyambarnya..kalau bukan yang berkaki dua berkepala hitam bersayap..yang berkaki dua, bertangan dua pulak tak membiarkanya hidup senang-senang begitu sahaja...


Kini jadi lain cerita lak..bila kurang makan,kurang dituai..tambah plak dah terlindung dibalik pokok ulam raja yang meraja kat belakang tuh ..si berparuh tak nampak nak curik..akhirnya alhamdulillah menjadi masak jugak mereka nie...banyak plak tuh...


Kesemua yang masak dah selamat dituai..banyak jugak nie kalau beli mungkin 50sen kot..fresh gitu..harus kena buat sambal belacan kan..dapat bayangkan kepedasannya...

Friday, 27 December 2013

Gara-Gara Daging Singgang...

Pepagi lagi bila Arissa tidur siapkan lunch untuk hari nie sebab Abuaidan biasanya akan makan awal sebelum pergi Masjid. Masakkan roti paratha untuknya namun untuk sendiri tekak tak rasa macam nak makan roti sebab tak kenyang...nak nasi jugak..nasi dengan daging singgang dek teringat ingat sedapnya makan ngan bendi..

Dalam pada menyediakan bahan tuk singgang daging..tiba2 takder lengkuas plak..yg frozen pun takder..kena pergi kali kat pokok nie..so kuar ke kebun bawa spade menuju kerumpun lengkuas..

Tengah kusyuk dok menggali mencungkil dengan spade tiba2 terasa macam jari manis digigit sesuatu dengan kuatnya..dengan sekejap sahaja menjadi semakin pedih dan sakit teramat sangat..terus berlari masuk umah sambil menjerit kat Abuaidan kena sengat tebuan...

Adoyaii..sakit yang teramat sangat berdenyut-denyut tak tertahan2, tak sentuh pun tak boleh jari tu..Abuaidan suruh letak ais..namun tak melegakan jugak..kemudiannya dia teringat letak ubat gigi..lepas sapu kat jari tuh barulah rasa lega sikit..barulah yang sakit menyengat-nyegat tuh semakin berkurang..


Kemudian Abuaidan keluar pergi tengok dekat pokok lengkuas..rupanya ada sarang yang besar..risau pulak takut Aidan dok main kat laman silap2 haribulan main kat situ kena gigit plak..lagi haru...

 Sarangnya..

Kemudian beliau mempersipakan segala senjata ngan galah yang dinyalakan api dihujungnya untuk membakar sarang mereka tu..

 Alhamdulillah selamat sudah..takder lagi sarangnya serta tuan yang membahayakan..

Ingatkan tak dapat nak makan daging singgang dah..namun atas rasa belas En.Abuaidan setelah keadaan selamat beliau pun mengoreklah lengkuas tuh bini dia...heheh

Alhamdulillah dapatlah jugak makan daging singgang ngan adenya lengkuas..

Nampak gayanya rumpun lengkuas tuh bakal gondol tak lama lagi tuh...

Thursday, 26 December 2013

Krismas & Kek Buah

Secara jujurnya saya tak pernah tahu pun dengan terperinci bagaimana penganut agama Kristian sambut Krismas..masa kat tanahair lagilah sebab bukannya ade kawan yang menyambutnya. Yang tahu hanya hiasan dan kerlipan lampu Krismas dimana pusat2 bandar dan jugak shopping complex.

Kat sini pulak, Fiji sebuah negara yang sebahagian besar penganutnya beragama Kristian..most of the Fijians Kristianlah..Indian pun ade jugak..tapi banyak yg beragama Hindu lagi. Pemandangan mereka menghadiri upacara digereja sudah biasa..kalau hari Ahad tu macam outing day for them..keluar beramai2 pagi lawa2 bertali leher berskirt bagi lelaki untuk ke Gereja..anak2 pun sama...

Yang paling ketara bila waktu menjelang Krismas adalah kek yang dijual berlambak-lambak disupermarket..kalau tertengok tuh macam tertarik-tarik jer nak beli..namun halal haram tuh belum tentu lagi..kadang non muslim nie bila mereka buat kek letak wine, cream of tartar yg tak halal digunakan..

So to be on the safe side..jangan beli...buat sendiri kat umah..senang jer practice makes perfect kan buat kek kukus buah-buahan nie..


Kalau yang kita beli dah yang siap kebanyakkannya agak kering sebab yg baked punya kan..kalau yang kukus memang lembap dan lembut..penuh ngan mix fruits dan badam seikut rasa..kalau yang disimpan dalam peti sejuk overnight tu esoknya makan lagi sedap rasanya..kejap jer boleh sold out nie..heheh..

Jiran sebelah umah kami yang hindu convert to kristian pun ade jugak bagi kek icing tuk kami..siAidan jer yang  makan 2 ketul pastuh takmo..yg peliknya kek buah tak menarik dia untuk makan plak..hmmm memang cerewet betul budak sorang nie...

Hari nie masih lagi public holiday..hari bagi -bagi hadiah cakap tima kasih lak..:)

Wednesday, 25 December 2013

DIY : Sup Bunjut


1sb Biji Ketumbar, 1sk Jintan Manis, 1/2 sk Jintan Putih, 1sb Buah lada Hitam (Blackpepper), 1cm Kayu Manis (ketuk jadi cebisan2 kecil) 

Siap untuk digunakan

Rasa tetap sedap seperti yang dibeli

Paling penting bila harga barang akan naik 
Ngan GST lagi tahun 2014
Yang DIY tak perlu bayar GST kan...hehe

Tuesday, 24 December 2013

Tidak Dapat Tangguh Dah..

Pada entri yang lepas ade menceritakan betapa si Arissa nie menunjukkan kesungguhan nak makan..tiap kali tengok orang makan mesti jer terliur...heheh. Beberapa hari selepas tu tengok dia semakin cenderung sangat terhadap food..kalau dapat grab, terus nak masukkan dalam mulut..bila kita amek balik mesti nangis...kesian kan.

Namun masa pergi her klinik nyer appoinment khamis yang lepas nurse cakap tunggu cukup 6 bulan dulu baru bagi makan, maknanya another 2 weeks lagilah (drp hari tuh). Tapi melihatkan kepadanya yang cepat menangis (mungkin sebab lapar).. setelah buat sikit research kat internet dan bincang2 kami decided yang better we give her a try..

Lagipun kata Abuaidan 2 weeks will not makes much different tambah lagi dia dah overdue 2 weeks plus kat dalam perut kan..campur tolak sama jerlah..:)

So hari Sabtu yang lepas suatu permulaan baginya...

Cuba ngan mashed banana dulu tengok..

Suapan yang pertama kalinya..

 Inilah reaksinya...macam terpaksa dan tak sanggup kan..hehe

Kemudian cuba lak ngan rice cereal yang homemade..

Agak laju jugak seperti kali pertama jumpa nasik dah jatuh hati..hehe

Inilah reaksinya selepas menghabiskan sebahagian...happy kan..:)

So sekarang nie kami bagi her regularly 2 kali sehari..bubur nasik lah mostly sebagai first food. Oatmeal pun ade jugak bagi tapi nampak kurang laju..harap2 dah start makan nie tidurnya makin lama inshaallah. Namun so far tak ade perubahan yang ketara lagi dari segi kepanjangan tidur tuh..masih lagi bangun malam yang kerap...mungkin too early nak tengok perubahan ataupun dah jadi habit so not easy to break kan..

Monday, 23 December 2013

Bunga Bermisai Seperti Kucing

Tahukah anda bahawa semua kucen yang dilahirkan memang bermisai?
Bukannya bila baligh baru mula tumbuh misai..
Macam kucen nie...


Dan tahukah anda ade sejenis makhluk Allah yang lain
Yang bukan kucen tapi juga bermisai?
Namun misainya tumbuh setelah matang
Inilah dia misainya..

 Sama tak ngan misai yang diatas?
Almost kan...

 Bunga misai kucing
Yang memang banyak khasiatnya
Sehingga dijadikan teh agar dapat menikmatinya..
Teh itu dari daunnya

Pokok misai kucing
Yang banyak orang tak tahu akan khasiatnya
Boleh tengok disini

Sunday, 22 December 2013

Adelah Jugak



Kurang-kurang adelah jugak sedikit rezki yg baru nak bermula...asyik dok telan air liur tengok blog kengkawan masyuk jer...Digi Easy prepaid dah credited awal dl..ingatkan lepas tuh dah takder kot senyap jer..tengok2 smalam alhamdulillah ade yang baru INTI Cycle 1 Degree..jangan korang lupa klik2 yer untuk tahu ngan lebih lanjut...semoga Allah tambahkan rezki tuk blogku ini..ameen.

Anak Kecil Dipondok Hijau

Seronok bila melihatkan rimbunan junjung petola nie walaupun buahnya tidak serimbun mana. Dengan cuaca yang semakin baik sekarang, sambil bermain-main suruh siabang posing didalam 'pondok hijau' nie..

 

 Agaknya Abuaidan nak tunjuk special effect ngan cahaya kot dalam gambar nie..hihihi


Yang bagusnya kat sini walaupun rimbunan pokok2 seperti semak, namun alhamdulillah tiada binatang buas yang membahayakan seperti ular mahupun kala jengking..pacat pun tak pernah sampai disini...cuma kalau yang paling berbahaya agaknya katak lah kot..heheh

Saturday, 21 December 2013

Akibat Hujan

Batas nie telah disiapkan oleh the gardener pada awal minggu dan selamat disemai benih bendi dan disungkup dengan rumput kering tuk elak kekeringan. Dibuat macam lereng alasannya nanti senang bila tanaman dah semakin membesar untuk raise the soil pada pada pokok..pokok pun inshaallah jadi lebih kuat.


Setelah siap meletakkan benih dan rumput kering..sebelah malamnya episod hujan lebat bermulalah sehingga malam tadi baru reda..beginilah jadinya..

Ibarat longkang yang dipenuhi lumpur..lereng hampir terkambus..benih2 dihanyutkan, mungkin scattered around didalam batas tu...anyway ada yg dah mula bercambah...kita tengoklah nanti inshaallah apa yg the gardener akan buat...:)

Friday, 20 December 2013

Hafal Sebuah Quran Dengan Juz30

Assalamualaikum & Salam Jumaat,

Inshaallah dikongsikan maklumat tentang program untuk menghafal quran yang very helpful..samada untuk diri sendiri ataupun untuk membantu anak2 menghafal quran.  Terbukti berkesan juga berdasarkan pengalaman sendiri.

Program nie adalah Juz30 dari Imaanstar yang boleh di muat turunkankan aplikasi serta file-file surah untuk dihafal. (link disini)


Apa yang perlu dibuat adalah download main program kemudian download surah yang hendak dihafal atau kesemua surah kedalam PC anda kemudia run the program. Boleh pilih nak recitation dari salah satu qari yang ada..kalau saya memang Mishaari Rashidlah..

Dengan menggunakan program nie kita set berapa kali ulangan untuk sesuatu ayat serta ulangan surah. Biasanya bila baru memulakan hafalan perlulah mengulang2 ayat berkali2 hingga ingat..kemudian gabungkan ayat dan dihafal berulang-ulang. 

Menggunakan applikasi nie dapat mempercepatkan proses hafalan kerana walaupun kita menghafal dengan surpervision seorang guru. tapi proses menghafal tuh kena buat sendiri..bila dah rasa ingat baru baca/ hafal depan guru.

Program ini jugak dapat membantu kita menyebut dengan betul dengan mendengar bacaan dari qari yang terpilih..bila didengar dan dibaca berulang-ulang inshaallah dapatlah tangkap.

Saya juga menggunakan program nie tuk membantu siAidan menghafal..biasanya saya akan biarkan dia membaca/ menyebut bersama-sama  berulang-ulang laki bagi sesuatu ayat (lebih dari 20kali), kemudian..gabungkan ayat dan surah (5 kali ayat dan surah diulang-ulang).. inshaallah selepas beberapa session dia akan dapat menguasainya..dan kita pun perlu pantau dan suruh dia baca sendiri daripada memorinya..untuk surah kecil inshaallah tanpa too much pressure dalam seminggu pun boleh menguasainya..

Model jubah yang tidak sepenuh hati rela..:)


Thursday, 19 December 2013

Evolusi Kacang Panjang

Let the photos do the talking tuan blog malas menulis..:)








Note : hari yg redup kembali..terbantutlah lagi gardening activities.. somehow  mungkin boleh buat cookies the gardener boleh stay inside the house & look after mem kecik..:)

Wednesday, 18 December 2013

[Wordless Wednesday] Tak Menyabar Dah Nie ..

 Beriya tarik tangan bapak dia.

I got it..yess!! Susah nak lepas nie..


Sib baik keras..tak dapat masuk keperut..hehe


Sabar Aricha..kena tunggu lagi 2 minggu baru boleh rasmi perut..:)


p/s- masa mandi pun sempat jugak tuh curik2 hisap air..

Tuesday, 17 December 2013

Bila Heroes Angkat Cangkul

Alhamdulillah sehari dua nie cuaca getting better..taklah hujan setiap hari dan pada sebelah petang juga. Actually kat sini cuacanya bukan monsun dihujung tahun seperti kat Malaysia tetapi lebih banyak bergantung kepada tekanan udara yang mempengaruhi cuaca sebab kepulauan kan.  

So adalah peluang bagi the gardener tuk menguruskan kebun beliau..like semalam nampaknya dah memulakan kerja2 untuk penanaman baru..


Gigih membuat batas..tukang kebun kecik pun sibuk menolong..tolong menyebuk bapak dia..

Kunu macam expert jer pegang spade..tengoklah dek kerana kuat bermain diluar rumah betapa sun burnt nya kulit dia tuh..

Terjatuh jugak akhirnya, sib baik tak apa2..tuh pun siap suruh mummy yg dok dokong adik ngan pegang kamera angkat dia..

Take a break kejap ngan heroin kecik lak..heroin tua pegi semayang Asar..dia nie bukan boleh duduk sorang2..kalau solat letak dia dekat2 pun tak sampai satu rakaat dah mula melaung..hmm banyak tul gangguan syeikh tan..hehe

Harap2nya projek kebun nie berjalan lancar dan tidaklah kemudiaanya spoil dek kerana hujan..tapi wallahua'lam we don't have an ability to predict the weather kan..berserah sahajalah...

Nuffnang Ads