Saturday, 30 November 2013

My Feberet Homemade Sepanjang Masa

Wholemeal bread..korang pun mesti suka jugak kan...

Tapi yang dibuat sendiri kat umah..bukan beli roti yang dah siap dah kat bakery. Roti wholemeal yang dibeli kat luar biasanya taste dia tak original mana dah sebab banyakkan tepung wholemeal di campur lagi dengan tepung gandum yang biasa...jadi kuranglah rasa fibre nyer..

Nak buat roti nie memang paling mudahlah kalau sudah terer menguli tepung..bahan2 pun tak kritikal sangat..just beli tepung wholemeal dan yang lainnya bahan sure dah ade kat umah.


Since dah boleh buat sendiri kat umah, sekarang nie kami tak beli roti camnie kat kodai lagi..tukang masak a.k.a baker boleh buat in advance malamnya..simpan dalam fridge..esoknya bakar..fuhhh..bau fresh bread dan tastenya memang tiada bandingan..nak ngap tang tuh jugak.


Kalau buat 2 cawan gandum, sorang pun boleh habis ngap before lunch time..rasa cam dah ketagih plak..heheh. Suka ngan rasa fibrenya tuh..cepat kenyang jugak makan roti nie..bahagian yang berkerak kat tepi dan bawah itulah part paling best sekali..:)

Ade pelbagai resepi boleh digugel. Namun setelah beberapa percubaan, akhirnya dah paham teknik  tuk dapat roti yang sedap.
Bahan yang asas adalah tepung wholemeal, garam, gandum, butter atau minyak, gula dan yis..boleh letak telur atau susu atau kedua2nya..tapi kalau tak letak pun rasa tetap mebeles. Boleh tunggu sehingga doh naik 2 kali ganda 2 kali atau lepas uli terus masuk tin pembakar..biar naik maximun dan terus bakar..apapun rasa tetap mebeles..cuma kalau biar naik sekali dulu, buang angin kemudian naik kali kedua baru bakar lagi elok sebab boleh buang angin ah kan..

Segar Dari Ladang Dipagi Sabtu

Susah benar hendak turun keladang kebelakangan nie..kalau turun pun waktu mem kecik tidur, tak sampai 20minit dah kena berada dalam rumah dah...mem kecik nie tidurnya tidak lama, sebelah paginya paling lama pun 40minit sahaja..nak tinggalkan berdua ngan Aidan memanglah risky..macam2 boleh terjadi..tuh pasal entri pasal kebun agak kurang lately..

Macam pagi nie, since dia belum kebah demam lagi..tidur pun belum betul2 lena..dalam kul 10am barulah tidur, tuh pun kejap ker..so keluarlah melawat ladang yang agak terbiar lately..at least untuk menuai hasil sebelum terlambat.

Hasil tuaian dipagi nie..alhamdulillah masih lebih dari dari cukup.


Dalam banyak2 tuh ade hasil baru iaitu kacang panjang yang cepat sangat berbuah, tiap2 hari ade jer yang ready..baru 3 kali tuai..tak termakan kalau hari2 kena habeskan..jawabnya kena giveaway lah.


Kacang bendi yang masih lagi giat berbuah. Jagung serta kobis bulat merupakan tuaian yang terakhir..kena tunggu batch baru pulak tuk the next harvest.

Friday, 29 November 2013

Cuti Hujung Tahun Yang Terakhir

Salam Jumaat untuk anda semua yang budiman..

Tak  banyak benda yang boleh dibuat hari Jumaat yang indah nie..anak dara kecik demam dari malam tadi, nie pun badan masih panas...meragam jugak tuh, asyik nak berkepit jer tak boleh letak lama sikit dah nak nangis.. Skrang nie dah sedang tidur dapatlah menulis barang seperenggan dua..

Sibam bam yang dilanda demam

Hari nie last day school term disini..mulai esok sekolah mulalah bercuti..inshaallah. En.Abuaidan lak macam biasalah bila school holiday, benda pertama yang dia kena attend adalah Youth Camp selama 2 malam. Inshaallah petang nie mereka akan bertolak ke ibu kota untuk menghadiri camp..tinggallah kami bertiga beranak nie..alamak jadi tongkang pecahlah rumah ngan Arissa yang tak sehat nie..tak cukup tangan..

Alhamdulillah cuti sekolah hujung tahun ni juga merupakan cuti yang terakhir buat kami..hihihi..dengan ini bolehlah mula mengira bulan..365 hari yang tak berulang..sampai ke 0 hari yang ditunggu..inshaallah.

But next year still lot of things to do sebelum melangkah kaki..antaranya Aidan still kena masuk kindy jugak, Arissa pun kena belajar merangkak dan berjalan dulu sebelum berjalan kat airport..so don't be too excited before the time comes...yep? 

Alhamdulillah berkesempatan juga mengambil kesempatan ngan  AirAsia promo..:)


p/s-kena msk dinner special sket petang nie sempena celebrate cuti panjang nie..:)

Thursday, 28 November 2013

Laksam Limited Edition

Pagi kul 11am dalam dok mengarang  entri nie den dah rasa penat dan mengantuk...Penat mungkin kerana asyik dok carry Arissa yang 7kg nie yang tak mau duduk..huhuh... Ngantuk mungkin kerana tidur yang tak pernah cukup since breastfeeding..

Ngantuk juga mungkin kerana sebelum kul 11am lagi dah selamat melantak 2 pinggan laksam..inilah kalau tak diet.


Panggilan laksam nie dari last week lagi.akhirnya sempat jugak dibuat tuk santapan sendiri dalam dok susah2 ngan Arissa..betapalah kuahnya banyak ikan dari santan dek kerana nak jimat santan tuk next projek..


Limited edition kerana ulam2nya adalah fresh from garden..sambal cili pun dari kebun jugak tau..kecuali timun sahaja yang dari garden orang. For me ulam yang 4 jenis nie mesti ade..takder daun serai kayu mahupun bunga kantan tak kesah lagi..tp kalau takder 4 nie macam tak sempurna rasanya..

Wednesday, 27 November 2013

Model Cilik Auntie Chevy

Photoshoots nie khas buat tatapan Auntie Chevy. Alhamdulillah Model cilik Fiji menggayakan headbands dan gaun kiriman Auntie yang selamat sampai Isnin lepas. Harap auntie hepi yer tengok semuanya cantik bergaya dan  fit nicely ngan model cilik..:)

psstt...ade jugak yg teringin nak bergaya cam adik..:)

Hmm..nak pakai gaun sikit punyer susah..mungkin sebab tengahari berphotoshoot..panas..tak mau bekerjasama, beraksi depan kamera..kejap jer dah nangis..huhuhu.

Cantik kan semuanya kiriman Auntie Chevy nie...(memang hendak mencari juga tetapi tak berkesempatan lagi..rezki dari Malaysia datang lebih dahulu). Thanks a lot Auntie atas ingatan dan kemurahan hati..Allah jua yang dapat membalasnya..semoga bertambah rezki..:)

Autie Chevy adalah regular reader kat blog nie..kadang silent, kadang ade juga bersuara..Anyway to know her better bolehlah jenguk blog beliau disini..

week20 : Actually Arissa dah boleh meniarap since  more than 2 weeks ago  bambam sangat lambatlah sikit kan :)..tapi taklah mahir lagi, masih lekat tangan kat bawah  tuh yg dia malas nak praktis tuh..

Tuesday, 26 November 2013

Bila SiGhulam Raja Meraja

Telah ditakdirkan sighulam raja ini, dari benihnya disimpan dan dibalut kemas oleh Mak Buyung Kemaman..kemudiannya kapal terbang dinaikinya, kemudian sampai kepada penerima yang kebetulannya mak buyung jugak masa tuh....kemudiannya benih2 perintisnya mencium bumi asing..kemudian mereka membesar, kemudian berbunga...berbuah..kemudian benih-benihnya bertebaran dibawa angin sepoi2 bahasa..Sungguh telah tertakdir yang mereka akan beraja di bumi Pasifik nie..

Sungguh tidak sekadar kata2 diangin lalu..:)

 Sungguh mati tak mau, hidup pun tak segan..kamilah ulam raja bermegah dengan ketinggian separas dada dewasa..

Sungguh bila sampai masanya akan kami buktikan yang pokok lengkuas tidak lagi boleh berbangga akan kebesaran dan ketinggiannnya..tunggulah..kata bukan sebarang kata..:)

 Sungguh bila tiada  dirindui, dicari..bila melimpah ruah didepan mata tidak tekak merasa begitu kepingin..jarang-jarang sekali dicuit..

Sungguh bukan ketiadaan budu mahupun sambal belacan menjadi alasan. Sungguh tetap menggandakan selera walau setakat bertemankan siasam pedas..sungguh bukan sepinggan nasi menjadi taruhan...:)

Sungguh patutkah kubiarkan mereka-mereka itu atau kupangkas sahaja leher2 mereka agar terang mata memandang..?

p/s-sungguh ala2 zombie hari nie dek kerana budak sorang tuh meraung tak brenti2 kuat plak tuh semalam sampai tengah malam, kaki luka sikit jer terpijak mainan sendiri sampai pecah, nangisnya ngalahkan kambing yang nak kena sembelih...terpaksalah mak kena ngulang2 baca doa (alfatihah jer)..nasyid mawla yassalim sampai terlena..sib baik adik tidur jer dlm raungan abang..:)


Monday, 25 November 2013

The Cookies That You Can't Stop Eating

Kebiasannya hari Ahad sedikit santai berbanding hari biasa, namun semalam bangun seawal kul 5.00am kerana hendak masak nasik lemak sebab En. Abuaidan nak bekfes awal sebelum bertolak untuk menghadiri meeting 200km away.

Sib baik sambal dah siap masak malamnya..tinggal masak nasi, rebus telur, goreng kacang..goreng ikan bilis..potong timun terus ngap berdua kul 6.00am.

Then sebelum kul 6.30am beliau telah selamat bertolak pergi.

So dalam ketiadaanya dirumah, dalam dok melayan depa 2 orang nie, sempatlah menyempurnakan hasrat nak buat oatmeal cookies..


Mudah sangat nakbuat cookies nie kalau ade semua barang..janji mix semua bahan..bentukkan dan bakar..Cookies nie memang killer, makan 1 mesti tak cukup..Abuaidan cakap taste dia macam yang dia biasa makan yang dibeli dari luar..heheh..kembang idung-idungku


Oatmeal cookies dari campuran oatmeal, tepung gandum, buah kismis, sedikit badam serta bahan2 lain yang biasa.kalau letak coklat  chips pun lagi  ngam. Sedap untuk dikunyah bersama2 ngan teh diwaktu petang, makan begitu pun sedap..yang pentingnya budak yang agak memilih tuh sangat sukakannya..tak mau makan nasi..nak makan cookies jer...heheh

Nak kena buat lagi nie...meh korang kita buat cookies sendiri takyah beli lagi kat luar..:)


Dikongsikan Resepi Oatmeal Cookies yang killer nie,
(source here)

INGREDIENTS
1/2 c all-purpose flour
2/3 tsp baking powder
4 tbsp granulated sugar
2/3 c brown sugar
1 tsp cinnamon
1/4 tsp salt
1 2/3 c oats
1.2 c raisins + 1/2c almonds
2/3 c butter or 1/2 c applesauce and 1- 1.5 tsp oil or butter
1 tsp vanilla
2 beaten egg whites

DIRECTIONS
  • Preheat oven to 350.
  • All dry ingredients in one bowl except for oats an raisins. Mix until combined.
  • Add wet ingredients (egg whites, vanilla, butter and/or oil and/or applesauce) and mix until all of the dry ingredients are well-combined with the wet ingredients. Make sure to scrape the bottom of the bowl in case of hiding flour, etc.
  • Drop in teaspoon amounts on a greased or papered baking sheet. Bake at 350 for 10-12 minutes, rotating racks and sheets at the 5 minute mark.

Sunday, 24 November 2013

Kacang Tanah Dibulan Ketiga

Cepat jugak rasanya dalam diam tak diam dah 3 bulan daa usia kacang tanah depan umah nie..

Cantik tersusun jer kan big boss tanam..

Masih lagi tegak..biasanya kalau kerap dilanda hujan atau pokok dah semakin matang, akan rebah ketanah sikit jadinya..

Ah..berbunga sudah..masa tuk raise the beds..tompokkan lebih banyak tanah kebahagian pangkal..

Inshaallah sebulan lagi bakal memungut hasil..namun musim hujan begini kacang tanah tak sesuai sangat untuk berkacang didalam tanah tuh..too much rain boleh jadi rotten didalam tuh...apapun kalau dah tertulis rezki, adelah..kalau tak ..takderlah..:)

[Diet Rendah Kalori] Meehon Sup Ala Chinese

Entry nie khas tuk mereka yang cuba mengamalkan diet rendah kalori sahaja..

Atas permintaan rakan blogger IbuQistina, dikongsikan resepi bihun sup rendah kalori ala chinese.


Bahan2 :
- 40g bihun (saiz sebesar mee maggi)
- Sebiji tomato dibelah dua
- 2 biji bawang putih ditumbuk kasar
- 100g sayur sawi / kobis/ pakchoy/ kangkung
- Beberapa biji Fishballs atau meatball atau sedikit ayam atau daging yang dihiris kecil
- 1 kiub ayam
- Sebelah bawang besar (hiris membujur)
- 1 biji telur (putih telur sahaja)
- Garam secukup rasa
(Total kalori kurang dari 300)

Cara membuatnya memanglah paling senang sekali ..heheh.. mula2 rebus lah dulu bihun tuh, kemudian toskan..masukkan air dalam periuk, masukkan sayur, kiub ayam, fishball dan semua bahan..rebus jer sampai lembut atau masak..pastuh masukkanlah garam ikut rasa..kalau letak telur..masukkan paling last sekali sebelum tutup api. Yang berbeza cuma tidak menggunakan minyak untuk menumis. Apapun rasanya tetap sedap jugak wpun rendah kalori..lagi banyak sayur dimasukkan lagi bagus..saya suka letak kuah banyak2..sedap hirup..:)


Actually masak sup gini bahan2 terpulang kepada kita..boleh letak sedikit ayam atau sotong atau udang dan sebagainya untuk menambah rasa..cuma jangan letak berlebihan sudah..maknanya boleh letak dalam 1/4 cawan jer lah kalau tak mau kalori jadi tinggi. 

Inilah bihun yang selalu saya gunakan..senang lembut nie walaupun rebus kejap pun..adalah sebesar saiz maggi (dalam 40g), namun bila dibuat sup campur ngan bahan2 lain bisa mengenyangkan.. 

Saturday, 23 November 2013

Kena Gigit Ngan Abang


Semalam punyer cerita. Mak dok sibuk didapur kejap, mereka berdua berada didalam bilik...bermain-mainlah kunun. Tetiba terdengar bunyi adik menjerit kuat...lalu bergegas kedalam bilik..terus mendokongnya...kejap jer nangis terus berhenti bila amek tuh.

Tanya abang kenapa adik nangis..dia cakap I don't know..maybe she doesn't like me...huhuhu...kemudian bila perhati adik betul2 tengok ade kesan lebam dimuka...tilik lebih teliti lagi..huh nampak kesan gigitan yang ketara kat pipi adik..merah berbekas macam line..

Terus mak naik hangin..naper buli adik camtuh..tak sayang adik ker? sian adik..kalau dia adik tarik rambut sikit dah nangis suruh make doa...hissshhh memang budak2 tak boleh diharap dan dipercayai sangat actually..,.geram agaknya ngan adik..cium cium pas tuh terasa nak gigit..terus gigit..

Hmmm..lepas nie tak boleh tinggalkan dah adik berdua ngan abang..takut kena buli lagi...

Segar Dari Ladang Sepanjang Minggu

Rezki sepanjang minggu tanpa perlu mengeluarkan sesen pun ongkos..:) ..alhamdulillah.

Isnin 18/11/13

Jagung muda tuk buat sayur, sawi putih, 3 biji kobis bulat serta tomato.

 Rabu 20/11/13

 Tuaian khas penghabisan stok untuk rakan yang rapat.

 Bayam pasir - feberet most of the peopla here, makan ngan roti paratha. Sayur muda belum berbunga tidak pahit sangat.

 Habiskan stok terung yang tak berhabisan..kebanyakkan orang sini tanam terung setiap umah.

 Kacang dhal tuk depa buang kulit buat kari.

Juga sebiji petola buat tuan rumah..masih belum meriah kerana kerana cuaca agak lembap..kurang bunga betina tuk jadi buah pun yer.

 Juga tuaian pertama kali jagung dimusim nie..dah buat entri dah..

Khamis 21/11/13

 Lagi menuai jagung takut termatang dipokok..juga sawi putih serta kacang bendi.

Pagi ini 23/11/13

Lagi terung dituai.. kacang bendi..lagi tomato..lagi jagung tuk dibakar bersama yang dituai hari sebelumnya.

Seronok kan bila tiba musim menuai. Alhamdulillah semua bertahan agak lama daripada hari mula menuai. Inilah yang bestnya dari hasil kebun - fresh, jimat duit dapur, petik jer bila nak serta tak perlu kepasar lagi..:)

Friday, 22 November 2013

Cubaan 20 Masakan Daging Minggu 5&6 - Menu from Heaven 12 to 16

Masih tetap meneruskan percubaan untuk memasak pelbagai resepi daging sekurang-kurangnya 20 jenis..dah masuk minggu ke 5 dah..huhuh. 

Ikutkan hati cuma nak masak daging goreng kunyit ngan kacang jer, tu pun dah cukup puas ati..hehhe

Mari kita tengok menu last weekn this week..yg from heaven tuh exaggerate jer..:)

Cubaan# 12 - Roti Naan


Last week friday, saturday night masak roti naan ngan daging kisar. Anyway roti finger roll tuk buat roti tuh takder yg halal dipasaran, so chek buat sendiri homemade gitu, tuh pasal rupanya tak seperti roti naan yg biasanya panjang kan. Resepi sama jer dimana2 gugel pun. What matter most, seme ahlul bait hepi dan sold out..yeayyy..:)

Cubaan # 13 - Spaghetti Swedish Meatball ala IKEA


Semuanya nak ala ikea walaupun blom pernah cuba lagi. Nie gara2 tgk kat blog kengkawan baru2 nie, terterliur plak..lantas tanya mak gugel yang tak pernah mengecewakan. Sos tuh memang melatops..sedap..cuma meatball tuh salah copy resepi yg kureng..patutnya buat meatball style biasa pun lagi sodap..anyway next time mesti n pasti buat lagi..inshaallah.

Cubaan#14 - Daging Singgang


Ingatkan nak delay dulu buat nie..tapi hari tuh nengok kat blog Zee Suhaini memang btul2 menggoda dan apakah alasan lagi untuk tidak membuat..lantas hari isnin lepas tertunai jugak..bendi tuh sedap n rangup sangat..almaklumlah fresh dari ladang kan..:). Resepi nie dah dalam kepala sebab my mother mmg suka masak nie..hihih

Cubaan# 15 - Daging Masak Blackpaper


Yang ini masak pada hari rabu yang lepas untuk En. Abuaidan. Baru festime jugak try..resepi kalau gugel mmg sama jer yg ade nyer ..even chef tersohor pun guna the same recipe jugak..original recipe from Korea lah. I would give 4.5 out of 5.0 for this one..mmmhppp..silakan tuan puan cuba masak sendiri..cedappp..:)

Aduihhh tinggal 5 resepi lagi perlu dicuba..tak sabar nak masak yg feberet jer..:)

Diet Rendah Kalori Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan.. Tanpa Exercise, Tanpa Berlapar, Tanpa Supplement

Berita yang dapat memberikan inspirasi haruslah dikongsi-kongsikan yer..:). Kalau sesiapa yang just blogwalking & tak mao baca entri yang agak panjang nie leh abaikan yer..

Semalam bawak Arissa pergi klinik appoinment after 1 month yang last...so adelah peluang..

Peluang tuk menimbang berat since penimbang kat umah adalah meragukan,  jeling2 jugak misi kat situ..heheh

So almost one moth after last timbangan I've lost 3kg++, alhamdulillah...berdebar jgak takut jarum tak berubah tempat So selepas bersalin kiranya dah berjaya kurangkan 26kg. Hampir-hampir give up woo kerana tak tahan godaan nafsu makan..hehehe. So kiranya dah dapat ideal weight yang much much better dari before peknen..weeee..tahniah tahniah tuk diriku..:), alhamdulillah 50++ now..

Actually sebelum nie tak conscious pun pasal low calori diet nie, malah tak paham betul2 pun, namun tah camaner dok gugel camaner depa turunkan berat lepas bersalin akhirnya terjerumus kepada diet nie..so banyak gaklah buat pembacaan detail dan cuba praktikkan.

Anyway ade saya lihat pencarian dalam blog nie berkaitan diet rendah kalori..so inilah yg menyebabkan daku terpanggil tuk share tentangnya..moga2 mereka yang mencari info mendapat manfaat...inshaallah..baik tulis cepat2 sebelum gumuk balik

First of all yang perlu kita tahu pengambilan kalori tuk wanita dewasa adalah lebih kurang 1500 dan lelaki adalah 2000. Bagi ibu-ibu menyusu pula adalah extra 500 sehari. Yang paling kita tak alert adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam sehari, juga jumlah kalori dalam setiap makan yg kita amek..sebab kurangnyer pengetahuan tentangnyer..betul tak?

Untuk lebih memahami gambaran tentang kalori nie, begini...

Kita setiap contoh wanita contohnya hanya diberi 1600 mata sahaja untuk berbelanja diatas makanan kita. Kalau kita makan kurang dari 1600 mata tuh dalam sehari, inshaallah kita dapat bonus dengan pengurangan berat badan kita (bergantung kepada aktiviti harian dan usia lah). Kalau kita berbelanja lebih dari 1600 mata yang diberi, kita akan berhutang..dan dalam bentuk lemak yang akan berkumpul didalam badan kita. Kalau kita membelanjakan wisely inshaallah kita akan dapat mengekalkan berat badan yang diingini selagi kita mampu balance kan pengambilan harian..ade hari yang kita amek lebih, maka kita kurangkan lah plak on the next day.

So pendekatan yang saya gunakan dalam diet rendah kalori ini adalah dengan pengambilan kalori harian 1300 to 1000. Oleh kerana breastfeeding maka dalam sehari tuh pembakaran kalori dah extra dalam 500. Kalau kita dapat kurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 sehari daripada yang diperlukan iaitu 1600, maka inshaallah dalam seminggu sekurang-kurangnya dapat turunkan 0.5kg. Dengan breastfeeding jugak (kalau kita makan ikut keperluan kalori yang betul) kita boleh kurangkan 0.5kg to 1.0kg sebulan naturally...tp kalau makan tak kontrol, biasa naik berat dari turun wpun menyusu.

Contoh menu seharian tuk kalori yang less than 1000 yang saya biasa amek :

Bekfes (allocate dalam 200 cal) :

 30g Oatmeal + Sesudu besar Susu tepung rendah lemak + Sesudu gula
atau
4 keping roti putih plain (tanpa marjerin/ butter/ jem) + tea kosong

Minum Pagi (allocate dalam 150 cal) ;
2 keping wheat bix + teh O
atau 
Buah-buahan 
Lunch (allocate dalam 300 cal)

Bihun sup (40g bihun) +Sayuran + Sedikit ayam/ daging/ fishballs (dimasak tanpa minyak)
atau
Secawan nasi putih + Ikan singgang

Minum Petang (allocate 150) :
                                       Tea O panas + 2 keping biskut atau wheat bix

Makan malam (allocate 200 cal) :
Roti paratha dengan kari 
atau
2 keping roti putih + tea kosong

Jumlah pengambilan kalori (ikut allocation)  = 200 +150+300+150+200 = 1000 cal

Honestly for me yang betul2 ikut tuh hanyalah pada hari isnin hingga lunch jumaat..bila malam sabtu dan weekend tuh banyak sangat cabarannya..so my average daily calorie intake dalam sebulan yang lepas adalah 1300...(jgn follow yer kalau nak lebih berkesan..since i'm breastfeeding also)

Pepandai lah kita arrange apa yang hendak dimakan dalam range 1000 tuh..kalau dah banyak sangat waktu bekfes boleh kurangkan waktu dinner atau skip minum pagi atau minum petang. Kalau dalam sehari tuh terlebih 1000, the next day tuh cubalah kurangkan mungkin dalam lebih sedikit dari 1000 sehari.

Tips sewaktu mengamalkan diet rendah kalori
  • Kena istiqmah betul2 at least cuba amalkan dalam masa sebulan
  • Kurangkan atau elakkan penggunaan minyak - masak makanan dengan cara merebus sahaja (sekiranya masak untuk seorang makan) 1sudu makan minyak kalorinya sudah 124, belum masuk bahan2 yang lain.
  • Elakkan penggunaan gula dalam minuman atau makanan..gula perang lebih baik kalau perlu manis jugak.
  • Kurangkan atau elakkan penggunaan marjerin, butter atau jem ketika makan roti - 1sk dah 40++ cal.
  • Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan
  • Elakkan memakan makanan yang banyak menggunakan minyak dan gula seperti kek, donut serta kuih muih tempatan.
  • Kalau boleh cuba kurangkan makan nasi, gantikan dengan bihun sup atau wholemeal bread.
  • Elakkan menggantikan biskut kering dengan nasi.2 keping biskut cream dah dalam 120 calorie, masih lagi lapar..dari 4 keping biskut (200++ cal) elok makan nasi atau roti jer...lebih kenyang.
  • Elakkan penggunaan telur yang berlebihan..sekiranya nak guna telur, guna telur putih sahaja (16cal), whole egg (70cal). 
  • Banyakkan bacaan dan info tentang jumlah kalori dalam makanan.
See diet rendah kalori tak perlu berlapar..boleh jer makan, cuma ngan kuantiti yang kurang sedikit..dan boleh makan 5 kali sehari untuk mengelakkan kelaparan.

Kalau kita nak makan extra dari kalori pun boleh, katakan 500 cal extra sehari, nak makan sedap2lah kununnya. Apa yang kita perlu buat untuk membakar kalori yang berlebihan adalah dengan membakarnya..samada nak berjalan selama sejam, berlari setengah jam atau jogging atau naik basikal. Dengan itu kita boleh enjoy food tanpa worry about naik berat badan kan..see tak payah nak diet2 kalau rajin exercise..:)

All the best kepada sesiapa yang hendak mencuba..

Nota : Yang diet rendah kalori tanpa exercise ini practical for the first few months, namun setelah body boleh adjust terhadap kalori intake after few moths, kadar metablisma menjadi perlahan dan untuk itu senaman adalah penting untuk membantu penurun berat badan.


Untuk reference;
- pasal kalori makanan dimalaysia - PKD Manjung
- pengiraan/ search tentang kalori globally - CalorieAbout.com (biasa gunakan web nie tuk kira bila nak buat   sesuatu menu yg rendah kalori)


p/s- alhamdulillah berjaya jugak sempurnakan entri nie dalam susah payah ngan budak 2 orang nie..:)

Thursday, 21 November 2013

Jagung Bakar Melatops Segar dari Ladang

Alhamdulillah tidak mengambil masa yang lama untuk menikmati hasil jagung yang ditanam kali nie. Rasanya dalam cuti sekolah hujung bulan August lepas Abuaidan tanam, kini selepas 3 bulan lebih sudah dapat dituai.


Bisanya jagung sedia untuk dituai bila ketiak nyer betul ker bahasa nie berwarna coklat pekat kehitaman yang nie ketiak basah sebab baru lepas kena hujan..kalau warna masih lighter tuh maknanya still need some more time..


Bila dah warna coklat kehitaman gitu, bukan boleh terus harvest gitu..tak semestinya jugak ready inside..kena pastikan dulu ok ker tak. Caranya kopek sedikit dalam 11/2 cm pada bahagian hujung sehingga nampak warna jagung tuh..kalau warna kuning tuh, bolehlah dituai.


Selamat dituai, this time rasanya tak segemuk yang ditanam before mungkin faktor hujan yang kerap dan tidak mendapat kepanasan/ cahaya matahari yang cukup...initially 7 biji jer..kemudian tuai lagi 2 biji sebab demand tinggi..hihi

Padat jugak..not bad walaupun ade sebiji dua yang sedikit rongak


Bakar sahaja diatas kuali leper..senang cerita tak payah masuk2 ove, rasa pun tetap sama seperti yang dibeli dipasar malam..siap bakar, sapu marjerin sikit, garam sikit..terus ngap masa panas-panas..Fresh dan lemak2 manis..satu memang tak cukup...:)

Peminat tegar jagung..habes jugak 3 biji dia sorang..actually setiap orang makan 3 biji pun..hehe

Rasanya daripada pembacaan kat blog kengkawan, jagung yang dijual kat Malaysia agak mahal kan..? Kalau kat sini $1 tuh still boleh dapat more than 5 biji tambah2 kalau dalam musim..biasanya musim panas lah.

Wednesday, 20 November 2013

[Wordless Wednesday] Dak Ndut Bersiar-siar Dikebun






Dak ndut nie nak berkebun nie tak lama lagi..heheh..abg dulu ms setahun lebih biasa dok dalam stroller while kami mengerjakan kebun...yang adik nie lak..hmm nanti kita tengok..:)


Week 19 -Seronok menggomol dak gemuk nie. dia pun dah pandai respon..tiap kali dokong mesti tarik anak rambut  yang belakang..peritnya...kalau time nak nyusu mak belum ready lagi dia dah turn dan siap tarik2 baju lagi..alahai anak...:). Yang paling seronok bila nampak muka mak jer, terus nampak muka dia so excited..siap berteriak lagi..:)

[Wordless Wednesday] Dalo

Gambaran yang lebih jelas tentang dalo untuk makluman rakan2 yang bertanya..


 adakah sama?..

pic source >> here

Tuesday, 19 November 2013

Dalo Leaf in Lolo

Mencuba makanan yang lain dari kebiasaan biasanya memerlukan introduction kan. Macam UA belajar makan makanan tempatan setelah merasanya daripada masakan orang lain, nak buat sendiri tanpa mengetahui tastenya dulu memang tak boleh.

Salah satu daripada sayur yang terkenal disini adalah yang mirip2 sayur lemak kita,


Local people memanggilnya dalo leaf in lolo. Lolo adalah kelapa dalam bahasa fijian. Sedap jugak dihidangkan bersama-sama ayam goreng mahupun ikan goreng boleh bertambah 2 pinggan nasi..hihih, rasa seperti sayur lemak pucuk ubi pun ya.


Inilah dia dalo leaf nyer..atau dalam English yam atau ubi keladi..tapi jenis yang berlainan daripada yang biasa kita makan di Malaysia. Yang nie daunnya besar hampir2 sebesar talam..bila hendak masak perlu direbus lama dengan api kecik sehingga lembut. Ubinya pun boleh dimakan..namum kalau kerap sangat harvest daun, ubi mungkin tidak menjadi sangat didalam tanah. Perlu berhati2 jugak dalam memilih daun takut terkena yang dimakan ulat tak pasal2 gatal. Alhamdulillah so far yang kami selalu beli dipasar takderlah terkena kegatalan lagi..

Siapa rasa2nya pernah makan daun ubi keladi masak lemak?

Nuffnang Ads