Thursday, 31 October 2013

Kegagalan Menanam Pokok Buah-Buahan

Dalam bercucuk tanam dirumah tidak semuanya memberikan hasil seperti yang diharapkan..ade jugak sad stories ..bergantung kepada nasiblah, namun kengkadang bukan nasib tapi salah strategy ataupun teknik yang menyebabkan projek tanaman terus jadi failure.

Tanam sayur tak kesah sangat sebab tempohnya bukanlah lama sangat pun tuk invest masa dan ruang..namun bila menanam pokok buah-buahan yang mengambil ruang yang lebih serta tempoh yang lama menunggu, terasa jugak kan bila result tidak seperti yang dijangka..

Rasa-rasanya dalam semua pokok yang ade sekarang nie cuma pokok nona serikaya dan pokok limau kasturi jer yang memberikan buah setiap tahun..yang lain tuh beginilah ceritanya...



Setelah Abuaidan tebang gugusan pokok pisang berangan (kalau tak silap nama) ditepi rumah yang berbuah tiap-tiap tahun dulu dan gantikan ngan pisang serendah nie, dah setahun lebih, namum masih belum nampak tanda-tanda nak berbuah..biasanya cepat kan pisang kecik gini berbuah.


Pokok  betik. Kemain projek menanam betik depan rumah setahun lebih yang lepas jugak..sampai sekarang pun belum jugak berbunga..keding lak tuh..separuhnya dah jadi mangsa tebasan tukang kebun kecik..yang nie sib baik dah tinggi sikit tak leh capai daunnya..huhuhu


Yang belakang umah tumbuh sendiri..nie baru usia tak sampai setengah tahun pun dah nampak berbunga. Sebab tumbuh sendiri takleh nak claim yang kami tanamlah kan. Rasanya location pun satu, berbanding ngan laman depan, laman belakang dapat lebih full sun sebab tuh lagi subur.


Limau mandarin kemain tinggi lagi pokoknya. Sepanjang usianya yang dah matang nie baru 2 kali berbuah, tuh pun tempias UA peknenkan depa dorang nie..masa UA belum dtg sini tak pernah berbuah, first time berbuah 2 atau 3 biji masa ngandungkan Aidan, kemudian senyap tuk 3 tahunnya hinggalah last year  masak peknenkan Arissa, dia pun turut berbuahlah jugak dengan agak banyak..tapi rosak kerana dilanda taufan..hmmm. Sekarang nie patutnya dah mula berbuah namun tak nampak sebarang putik pun lagi...nak tunggu sapa peknen lah plak nie..huhuhu


Mangga nie usianya dah 3 tahun lebih dah nie..kalau tahun depan belum berbuah alamaknya kempunanlah nak rasa mangga yang ditanam sendiri..farewell sahajalah my dear mangga..heheh

Pernah cakap ngan mak kalau ade benih duku atau ciku tuh bila ade peluang, pos lah sekali..mak lak cakap, hmm susah tanam pokok nie.. yang duku dia tanam dekat 20 tahun pun masih belum berbuah lagi..huhuh

Korang pernah gagal tak tanam pokok buah-buahan atau semuanya berjaya membuahkan hasil..?

Wednesday, 30 October 2013

[Wordless Wednesday] Lenanya Bersama Bola


so peaceful..


First time tidur pegang barang. Kalau pagi sekarang nie mudah sikit nak tidur..tak payah nenen. Ade sekali tengah bermain ngan abang yang dok baring sebelah..abang keluar bilik cakap "she's sleeping now, i make her sleep"..dengan bangganya...hehe..then bila kita cuba tidurkan dak gemuk nie & tak tido jugak, siabang pun berkata.." she doesn't like to sleep with you, she wants to sleep with me"..huhuh..sabar jerlah  mak  nie..:)



week 17-Mula membebel bising2 ikut bahasanya aatatatataa....masa menenen pun kadang mulut masih berbunyi..


Homemade Fishball

Datang mood nak makan soup yang ringkas dan sedap, like chinese style yang dorang tak letak banyak sangat bahan-bahan seperti soup kita yang ade segala macam sayur dan daging..Sayur no problem sebab boleh petik jer yang fresh2 kat kebun masa nak buat,cuma yang takder fishball..kehabisan stok..nak pegi beli mahu kena travel 4 jam..tak pasai..huhuh

Tanya makcik gugel camaner nak buat,banyak jugak resources yang berguna especially chinese people mereka memang rajin buat homemade cenggini..

Bahan tak kritikal, method pun simple..boleh buat sendirilah..

 400g fish fillet yang nie jenis ikan cam talapia..kalau kat M'sia leh guna ikan talapia mahupun ikan parang yang banyak isi..senang nak bersihkan.

 Setelah diasing dan dibuang kulit dan tulang.

 Nak lebih tradisional cincang jer ngan pisau besar..tapi kalau nak cepat dan malas sikit boleh guna food processor. Guna 1sb tepung jagung, 1/4 lada hitam, lada putih serta 1/2sk garam dan sesudu besar air..blend jerlah sampai nampak lumat.

 Yang dah siap kisar.

Nak bentukkan gempal dengan tangan lepas tuh tekan keluar sikit dan kaut ngan sudu biar berbentuk sikit bulatlah..practice makes perfect.

 Kemudian masukkan dalam air panas yang sedang direbus..masak sehingga bebola terapung diatas. (abaikan periuk hitam tak lawa tuh..khas tuk merebus tuh)

Kejap jer dah siap, sambil main2 ngan Arissa jer hehe..ade rupa yang kat kedai tak..heheh..taste memang sedap sebab banyak isi ikan dan bukannya menggunakan banyak tepung seperti yang komersial. Nie bolehlah disimpan dalam freezer dan digunakan anytime bila perlu.

Setellah fishball soup yang ringkas. Ala chinese tanpa perlu tumis bawang..sayurnya fresh kangkung dari ladang..very healthy diet nie..

Kalau ade yang kesiankan UA kan sebab asyik kena homemade jer bila perlukan sesuatu yang tak terdapat dengan senangnya, actually for me homemade nie adalah exciting sebab kita boleh belajar membuat sesuatu sendiri, pulak tuh fresh dan tiada bahan awet..kalau tengok laman western people cukup respect ngan mereka yang tahu banyak homemade nie..full time housewife pun kenalah kreatif dan tambah ilmu jugak kan.

Tuesday, 29 October 2013

Giliran Kailan Pula

Kailan adalah projek tukang kebun simpanan..bila ade ruang dan masa lalu usahakan jugak agar dapat merasa dalam kesibukan ngan mem kecik. Tanam banyak tetapi separuh jer yang survived sebab cuaca panas masa tuh.

Cepat pula rasanya kailan yang ditanam kali ini membuahkan hasil..tak sampai sebulan selepas dipindahkan, kini alhamdulillah dah boleh tuai..


Boleh differentiate yang mana satu kailan dinatara bayam2 liar tuh. Yang  nie sedang-sedang elok tuk dituai, tak  matang dan tak jugak baby sangat..harus tuai on time sebab kalau terlebih masa nanti kang pahit rasanya..

Selamat dituai semalam..bersama-sama ngan cili burung dan cili panjang..cukuplah sekali masak tuh..


Masak apa ngan kailan..nasi goreng kailan ikan masin..sedapp...ngan telur dadar sebiji. Memanglah very high in calorie for diet, namun kena adjust breakfast ngan dinner so  that taklah over limit kan..

Monday, 28 October 2013

Cubaan 20 Citarasa Daging Minggu ke 2

Masih lagi dalam mood masak daging,ikan dan ayam boleh berehat sebentar..hehe..actually bukan hari-hari masak daging, limitkan tak lebih dari 3 kali seminggu demi kesihatan seluruh ahli keluarga. Big boss kalau hari weekdays menunya lebih kepada vegetarian sahaja..tak banyak kerenah..cuma UA yang kena ade 'animal' jugak walaupun sedikit dalam menu...hikhihkhik.

So cubaan monsterchef memasak daging yang keseterusnya diminggu ini adalah...

Cubaan No.4 - Paprik Daging


Paling sadis kerana sudah hampir 5 tahun tak makan paprik..bukannya tak boleh buat cuma tak terbuka hati nak buat sebab orang kat umah nie tak suka makan pedas..jadi most of the time kalau masak campur camni masak yang local nyer style- Chop Suey,lebih kurang gini gak campur2 sayur, ikan atau ayam atau daging cuma tak letak sos cili mahupun cili. This time my paprik for my own perut...alhamdulillah lazzatun lil akiliiin...:), sapa tak terliur? heheh

Cubaan No.5- Homemade Burger


Alang-alang daging masih banyak dalam freezer baik buat sendiri mince meat tambah2 ngan adenya processor..400g gram daging tuk wat homemade burger dan meatball.


Resepi adalah belek2 yang orang lain nyer..campur tolak sana sini..letak breadcrumbs, onion, garlic, pepper serta salt..


Bentuk pun manual jer kan takdelah secantik yang rameli nye burger..cukuplah cuma nak makan tuk anak branak jer..:). 2 days in advance buat,simpan dalam freezer lagi.


Jumaatlah baru disempurnakan sempena ngan western night kami..simple jer ngan chips pun homemade, roti burger pun homemade..namun alhamdulillah lazzatun lil akiliin (lazat bg pemakannnya)...


Cubaan No.6 - Beef stew


Unforgettable! Resepi ilham dari Martha Stewart dan tah mana2 lagi..very simple cuma letak tomato puri, bawang besar, bawang putih, oyster sauce, tepung gandum serta kentang dan carrot, tanpa tumis anything..reneh jer. Tanpa guna slow mahupun pressure cooker..cuma cooked long dengan api kecik. Untuk selera family daging pun potong in a way yg mudah jadi lembut...bukannya bentuk cube buku gitu..Hasilnya...memang lazzatun yang amat makan ngan bread loaf..hmmm yang pastinya akan masak lagi berkali-kali inshaallah...tuan puan pembacaku yang budiman elok mencuba resepi ni..tambah2 dimusim hujan yang sejuk..:)

Freezer tuh masih lagi sesak tuh..heheh. Cubaan yang keseterusnya..nantikan yer..heheh

Sunday, 27 October 2013

Jom Tanam Kobis Diluar Musim

Musim yang biasa orang menanam kobis adalah musim yang lebih sejuk kerana tanamanya lebih sesuai dan subur..kalau kat sini biasanya dari bulan Mar hingga September. Pun begitu telah terbukti dari pengalaman sendiri yang kobis boleh ditanam diluar musim dan jugak tidak semestinya ditanah tinggi yang lebih sejuk.

Hampir sebulan yang lepas, Abuaidan telah menanam lagi 1 batch kobis sebagai stok kitchen garden yang berterusan..


Anak kobis yang telah cukup besar untuk dialihkan...biasanya selepas 3 hingga 4 minggu disemai..sekurang-kurangnya lebih dari 3 daun telah terbentuk.


Beginilah style beliau menanam yang simple sahaja tanpa peralatan pun..


Anak kobis yang siap dialihkan..kelihatan sihat dan semoga dapat menyesuaikan diri ditempat baru..


Tukang kebun yang begitu tekun menanam..


Kejap jer dah siap transferred semua..perhatikan kobis ditanam dilereng instead of diatas batas..ade taktik tersembunyi sebenarnya tuh..kita tengok lepas sebulan apa jadi..:)


Selain dari rumput rumpai yang ketara..Yang lerengnya dulu dah menjadi hampir setara dengan batas. Ini kerana bila kita menyiram, secara tak langsung menghakis tanah yang diatas bawah dan turun kelereng..dengan tidak langsung membantu menutupi bahagian akar dan batang pada bahagian bawah dan menjadikannya lebih kuat.


Amacam? Jom tanam kobis sendiri dan jimat duit dapur..:)

Saturday, 26 October 2013

Tuaian Hijau Dihujung Minggu

Hari ni cuaca yang agak baik disini..tiada lagi hujan renyai-renyai mahupun tanah yang becak...elok untuk aktiviti outdoor seperti gardening dan jugak bermain2 diluar untuk siabang..

So ketika si mem tengah lena dibuai mimpi curik2 keluar kejap tuk meninjau2 kebun dan jugak mengutip hasil bumi yang sudah tersedia..

Inilah rezki dipagi sabtu nie,


Dek kerana hujan kerap kebelakangan nie maka bayam liar pun  tumbuh dengan suburnya tanpa sempat disekat-sekat lagi..kalau dibiarkan bisa jadi semak yang memang menyemakkan..jadi tuailah yang mana mampu tuk diberikan kepada anak dara jiran sebelah umah yang tinggal sorang. Kobis bulat alhamdulillah masih lagi menjadi rezki tak berputusan walaupun bukan lagi musim sejuk. Kacang bendi pun alhamdulillah cukuplah buat stok dalam minggu nie..kena tuai right on time sebelum jadi matang kang dah tak lut nak makan..

Melihatkan sayuran dikebun nampaknya ade beberapa sayuran yang sedang ready untuk dipetik..alhamdulillah rezki berbudi pada tanah.

Friday, 25 October 2013

Kena Tipu Ngan Penimbang

Kesinambungan dari entri Demi 15kg dulu..mesti korang nak tahu resultnya kan..heheh
Semalam Arissa nyer appoinment klinik..biasalah bila pergi kesana kang kena timbang dan ukur panjang gitu. Dalam pada tuh jugak sang emak dari dulu lagi dok meninjau-ninjau penimbang tuk orang dewasa..masa Aidan berulang appointment dulu ade satu penimbang..skarang ni macam tak nampak lak..

Dalam pada dok buka pakaian si Arissa tah macamana terpandang kat bawah meja yang nurse letak baby tuh macam ade 1 penimbang..kemain excited lagi..lepas timbang Arissa, suruh Abuaidan pakaikan baju balik dan siap tanya nurse penimbang tuh boleh guna kan...

So nurse keluarkan penimbang tuh..tuk cover line suruh Aidan naik atas tuh dulu tuk ditimbang..so beratnya samalah dengan berat yang ditimbang dirumah. Kemudian sang emak pun naik atas penimbang tuh dengan suspennyer..

Macam tak percaya..nak fengsan pun ade...kenapa penimbang kat klinik nie bezanya 4 kg dari penimbang kat umah, yang kat umah lebih ringan hohoho....ulang sekali lagi 4kg more!bukan sikit tau beza 4 kg tuh...huh, kurus semangat sebab tak kurus badan.. maknanya berat sebenar adalah tambah 4kg lagi...huhuhu

Tengok..gajah yang begitu berat pun timbangannya 0 jer..hehe

Penimbang nie dah agak dah memang tak accurate..boleh berubah sekejap-sekejap..somehow sebab takder penimbang lain nak percaya jugaklah sikit-sikit..tambah2 timbangan Aidan dan bapaknya agak masuk akal..

Kemudian Abuaidan pun bertanya.."what is your weight..?"..lepas cakap angka tuh..terus dia gelak...hampeh betul..huhuh..lalu jawablah.. "yours also same..must add another 4kg.."..tapi dia macam tak kesah sangat..huhuh..

Agaknya penimbang tuh tak boleh timbang ngan betul tuk yang berat sangat kot..kalau berat cam Aidan tuh bolehlah lagi ditampung...

Anyway..almost 4 months lepas bersalin inilah hasilnya...


Alhamdulillah berat yang naik sebanyak 23kg masa peknen dulu sudah dihakis,dikikis bagai...actually not very sure the actual weight sebelum peknen sebab tak timbang ..cuma I remember berat masa first time gie klinik peknen tuh jer..maybe dalam 2-3 months kot masa tuh..

Actually my aim nak reduce a little bit more dalam masa fully breastfeed nie..bukan apa lepas nie memang tau senang giler nak naik badan ngan takder exercise langsung kat umah...

Walaupun tipah dah tertipu ngan penimbang tuh, ingatkan dah almost there, namun semangat tuk meneruskan diet nie belum pudar lagi..heheh..now follow low calarie diet (kontrol calorie intake)..sudah semestinya tak boleh makan nasi lebih dari 1 cawan...:)

Thursday, 24 October 2013

Fresh from Garden & Diet Menu

Lama kan tak tempek gambar pasal tuaian nie..actually tak banyak sayuran yang begitu meriah untuk dituai..yang ade pun cuma yang biasaj er seperti cili dan saki baki tomato. Namun lately, since tanaman dah mula mengeluarkan hasil dapatlah menuai & menikmati hasil kebun kembali...alhamdulillah..

Yang dituai semalam,


Ulam siraja, tomato, cili kulai, terung serta kacang bendi.


Akhirnya menjadi menu yang menyelerakan untuk lunch semalam. Terung rebus..(cacat sikit sbb mem kecik dok ngangis), ulam raja..serta petola dan timun yang dibeli dari pasar.


Santapan bersama-sama ikan singgang yang dimasak bersama kacang bendi.


Hidangan lunch rendah kalori, tanpa menggunakan minyak setitik pun. Semangkuk nasi putih (242cal), sekerat ikan singgang. (60cal).serta ulaman (+/-50 cal)..jumlah kalori semuanya +/-352cal.. very healthy untuk orang berdiet.


Sedang menikmati hidangan dengan enaknya.. half way tetiba mem kecik lak terjaga dari tidur dan menangis dengan kuatnya..huhuh..potong stim btul  :). 

Hidangan diet style gini boleh memusnahkan diet jugak kalau tak kontrol silap2 haribulan nasi boleh jadi 2 cawan..heheh.

Wednesday, 23 October 2013

Arissa@Week16- No Longer A New Born

Ada satu hari tengah membelek-belek dan mencari pakaian Arissa didalam drawer nyer, terperasan yang banyak pakaian sudah tak fit untuknya lagi..so pakaian yang dah too small for her,serta napkins dan baby shawl yang sudah tidak digunakan dikeluarkan dari drawer dan masuk dalam KIV store balik.

Banyak yang sudah tidak digunakan lagi..sayang kan pakaian2 yang hanya digunakan tuk tempoh less than 3 months..simpan tuk distribution mungkin..takkan nak angkut balik M'sia kot kalau nak balik...

From a new born dah menjadi anak dara kecik sekarang...

Oh No!!!

Yang suka berakrobatik..

Yang selalu asyik bermain dan wonder about her hands..

Yang kebanyakkan masanya tangan tuh asyik parking kat tempat yang feberet...

Anak dara demok-demok yang pantang nak amek gambar, always aware..:)

Tuesday, 22 October 2013

Tropicana Garden Dibulan October

Agak lama rasanya tak update pasal tanaman dikebun..mungkin dek kerana sibuk ngan mem kecik juga mood daging raya sikit sebanyak walaupun tak seberaya mana serta hujan yang agak kerap kebelakangan nie..alhamdulillah membereskan kerja2 menyiram..:)

Tanaman tropika yang diusahakan oleh tukang kebun yang ambil alih kuasa tapi hak milik dan penjagaan tetap sama-sama atas kepala lah..:). Kebanyakkan tanaman berusia dalam 2 bulan sejak ditanam pada school break yang lepas,


Jagung manis mungkin dalam 20 pokok...lambat lagi nampak gayanya nie nak dapat makan jagung bakar..hehe


Petola liar atau 'junglee teroi' orang sini panggil..baru mula berbunga..pun belum merasa hasil yet..


Kangkung..ini ditanam style gini sebagai percubaan..gali lubang, letak plastik..kambus balik ngan tanah..tujuannya tuk menakung air lebih lama dari diserap terus kedalam tanam..kangkung tak besar sangat sebab ditanam guna batang bukan dari benih.


Ubi keledek kuning yang tak tertuai-tuai sampai hari ini..actually sayang nak korek, nak simpan bila Arissa dah makan solid nanti bolehlah buat food for her inshaallah.


Cili serba lengkap..cili besar 2 jenis, cili kecil..tak payah dah nak sibuk-sibuk cari kat pasar.


Ini yang dibiar menjalar nie kurang pasti labu apa...tukang kebun kata biarkan dia, nak tengok jadi buah apa nanti..:)..labu air ker?


Kacang bendi yang dah mula mengeluarkan buah walaupun pokok masih bawah paras lutut..

Selingan tuk hari nie,


Betullah kata kak zakie dalam entry nasib sipokok betik dulu..kena jaga2 yang bertunas balik tuh mungkin akan menjadi mangsa semula..ini memang mangsa yang sungguh malang...dengan akar2nya sekali dicabut..membebel bapaknya..:)


Macam tak banyak kan tanaman tropika kali nie..actually kekangan masa nak berkebun samada tukang kebun bersara mahupun tukang kebun yang ambil alih...tanam jer setakat yang mampu..

Nanti sambung updates pasal tanaman ulaman dan sayuran hijau pulak..inshaallah.


Nuffnang Ads