Monday, 30 September 2013

Bila Mak Bapak Rintik...

Sedang menjemur pakaian diampaian, tetiba ternampak sesuatu yang macam  berlainan dekat patch depan rumah. Lalu tinggalkan kain2 kejap, pergi jenguk dari dekat, inilah rupanya...


Aikk...sapa lak bertanam bunga kat sini..orang baru jer siapkan patch nie dan taburkan benih Garbera, macam mana lak leh ade cucuk tanam kat sini..tak mungkin Abuaidan nak mengkhianati wifenyer kot...huhuh. Tetiba teringat sibudak kecik tuh..


Sapa tanam pokok2 bunga kat mummy's garden nie? You? Akhirnya mengaku yang dialah punya kerja..terpegun sebentar jugak. Tak jadi marah, namun ade sedikit rasa kagum yang dia dah belajar sendiri bertanam tanpa diajar..tengok kami dok cucuk2 akhirnya dia pun nak bercucuk jugak..


Dah berbunga pokok bunga yang ditanamnyer yer..hihihi


Yang pokok puding nie boleh tumbuh nie kalau dibiarkan..hii satu hal lak mengganggu garbera nak idup nanti..


Inilah budak kecik yang bertanggungjawab menceroboh patch nie padahal dia dah tengok mummy buat garden, semai benih dan siram..siap pesan jangan kacau mummy's garden...hmmm berani dia menceroboh..uhuh

Betullah kata OKje yang Aidan nanti cepat jer belajar bertanam kerana asyik dok tengok kami buat. Nampaknye lepas nie bolehlah mummy releks2 ngan Arissa dalam umah,Aidan ngan his father jer yg bermain panas kat luar..:)

Sunday, 29 September 2013

New Seedlings

Bagi kami gardening nie bukan setakat hobi mahupun pengisian masa lapang..namun something yang dilakukan secara berterusan dengan memanfaatkan ruang serta masa yang ade..macam a must lah tak kira musim sejuk ker, panas ker ataupun musim kering..

Just make batas, gali lubang, tanam, siram.. dan the rest leave it to the Pemberi Rezeki yang Pemurah.

So kiranya Ummuaidan tak dapat ber'gardening', Abuaidan plak take over dan buat setakat yang termampu dengan masa yang ade..

So kiranya our gardening nie mcm continuous cycle throughout the year..

So seedlings pun kenalah sentiasa ade untuk meneruskan aktiviti nie...inilah yang currently sedang ready dan tengah tunggu masa untuk transfer kat batas..tunggu the gardener yg dalam proses menyediakan garden beds..

 Kobis bulat - tanaman sepanjang tahun

 Ketumbar dalam skala yang lebih kecil, more like an experiment.

 Sawi putih..harap2 boleh hidup dalam cuaca panas nie.

 Kailan - ade yang dah besar, ade yang masih kecil..perebutan ditempat yang sempit..

Tomato - penyambung generasi yang hampir kekeringan dikebun.

So bila garden beds dah ready,dapat transfer all  the seedlings, kenalah bagi gap dalam 2 hingga 3 minggu untuk semaian seterusnya inshaallah.

Saturday, 28 September 2013

Jeruk Pauh

Setelah penat dok menjeling-jeling mangga jiran sebelah rumah kosong yang tak bertuan, untuk menutup cerita telan liur tuh, akhirnya suruh En.Abuaidan beli sedikit mangga putik kat pasar..Actually pokok mangga jiran sebelah tuh tidak masuk kelaman kami..memang tak boleh berangan tuk dapat merasa..heheh

Dan setelah dibawa balik dari pasar, terus merajinkan diri untuk mengupas kulit dan membelah mangga2 tuh..dak Aidan balik dari pasar beriya2 nak makan mangga tuh..bila bagi sikit, tak tertahan dia masamnyer..huhu


Yang siap dibersihkan. Google resepi hulu hilir, tengok yang Nadia Rashid buat mudah jugak..so campur2 resepi, mangga direndam dalam air kapur 15 minit tuk bagi rangup katanya..pastuh buang air kapur, basuh..kemudian rendam dengan air garam secukupnya..eloknya guna garam kasar, garam serbuk bila dimasak tak maunya larut so kena bancuh ngan air sejuk gitu jer baru leh larut sikit. Rendam dalam air garam dalam dua hari kemudian, buang air garam..jeruk lak ngan air gula yang dimasak..letak jer dalam bekas, biar terjeruk kat situ..


Selepas 2 hari alhamdulillah bolehlah makan..makin lama jeruk makin kurang  masamnya. Ini tak disimpan dalam fridge sebab kalau sejuk2 gitu ngan rasanya..boleh jadi sengal gigi atau ngilu ..pada sayalah. Pun tak boleh nak makan banyak2 dalam satu hari sebab takut sengal gigi jugak kang takleh lak nak makan menda2 lain. Amek masa jugak nak menghabiskannya tuh since takder peminat kecuali orang yang membuatnyer jer makan..huhu

p/s - jeruk pauh  tuh samalah ngan jeruk mangga..orng kelate jer panggil gitu..

Friday, 27 September 2013

Buy Me 'Peyg'

Seperti kebiasaannya, bila kedengaran main gate dibuka maka sibujang kecik tuh tahulah yang bapaknya sudah pulang dari kerja. Maka he'll quickly akan berlari kepintu luar untuk melihat dan greet his father "Assalamualaikum, Abu (father in Arabic lah). Dan biasanya sibapa akan masuk melalui pintu sebelah dapur.

Maka sibujang kecik tadi berlari kepintu dapur plak. Setelah grill dibuka, maka berkatalah sibujang kecik tadi kepada bapaknya..

"Abu, i want you to buy me 'peyg'.."
"Peyg? ..what is 'peyg', i don't know.." terpinga-pinga..
"Peyg..buy me 'peyg'."..dia pun tak reti nak menjelaskan..
"Where you saw it? Can u show how it looks like so that i can get it for you.." 
"Yes..I'll how you.."

Maka dia pun menghilangkan diri sekejap kedalam bilik dan keluar dengan sekeping keratan kertas dari majalah atau buku..

"See here...this is 'peyg'.."


Actually sibujang kecik tuh mungkin telah melihat gambar 'pig' melalui program dokumentari mahupun ABC yang dia selalu tengok..biasalah kalau dorang pronounce kan bunyi power sikit slangnyer kan..dan dia pun ikut pronounce yg bunyi ala2 camtuh.

"Oh pig!..I can't buy you pig ..it's haraam".. 
"I want pig Abu..can you buy for me.."
"I can't buy pig for you..but if u ask something else i might consider..OK? "

Yang omak pula hanya mampu tertawa sahaja..tak sangka plak cepat dia tangkap dan belajar mengenal dari apa yang dia lihat..padahal mana kami pernah tunjuk atau bercerita padanya tentang 'kerbau pendek' nie..huhuh..

Kalau dog walaupun haram seperti pig jugak, namun boleh consider tuk membelinya dalam bentuk toy..namun tuk si 'kerbau pendek' nie.tiada perasaan langsung kan..mungkin sebab tak cute kot..:)

Thursday, 26 September 2013

Bayam Pasir

Bayam pasir kalau kat Malaysia adalah bayam liar yang tidak mendapat perhatian seperti sayur-sayuran hijau yang Malaysia, betul tak?

Kalau kat Fiji nie bayam pasir dikenali sebagai Curiya dan mempunyai nilai komersial dan dijual dipasar2 seperti sayuran2 hijau yang lain. Malah bayam nie ditanam lagi bagi tujuan pemasaran. Bayam seperti yang terdapat ditempat kita tak terdapat pulak disini, kecuali dikebun Ummuaidan..:)

Namun hakikatnya bayam pasir nie tak payah tanam, boleh tumbuh sendiri lebih cepat dari cendawan. Kalau musim hujan lagilah senangnyer mereka nie tumbuh.

Sama seperti bayam hijau yang biasa, membiak melalui benih yang senang ditiup angin..

Bunga dan benih bayam pasir

Gara2 kebun agak lama terbiar masa dalam pantang dulu, banyaklah pokok bayam pasir nie berkuasa dikebun..walaupun pokok2 sudah dicabut namun sudah terlambat untuk menghalang mereka, begitu banyak benih ditinggalkan..

Pokok bayam pasir yang masih kecil 

 Dalam masa seminggu ditambah dengan hujan..membesar dengan cepat dan meriahnya..yang bagusnya bayam pasir nie tak dimakan ulat pun walhal kalau bayam kita mmg cepatlah kena mamah.

Batas kangkung menjadi batas bayam pasir..kangkung tak tumbuh2..mungkin benih agak lama dan cuaca kurang sesuai semasa menyemai.

 Bayam pasir yang masih kecil tumbuh bersama-sama dengan pokok jagung.

Sudah menjadi rezki peminat bayam pasir didalam rumah nie, dituai sebelum pokok menjadi raksasa2 yang besar..

Dituai dengan mencabut bersama2 akar..en.Abuaidan suka bayam pasir nie..biasanya dia akan memasak sendiri ikut style nya...gorenglah biasanya.

Zat2 yang terdapat dalam bayam pasir sama jer dengan bayam biasa cuma bayam pasir nie kalau besar sikit pokoknya, maka rasanya agaklah pahit sikit..kalau yang kecil lagi sedap jugak. Pokok2 yang besar boleh mencapai ketinggian lebih paras pinggang jika dibiarkan..kalau tidak dicabut dengan aka2nya, pokok akan tumbuh lagi walaupun batang dipatahkan..

Wednesday, 25 September 2013

Arissa@Week12 : Adik Vs Abang

Bila melihat kembali gambar2 siabang yang tersimpan dalam folder, rasa agak terkejut jugak melihatkan muka mereka masa baru2 lahir memang agak sama.


Mungkin yang membezakan adalah siabang lebih chubby...betul tak?

Bila dah besar sikit rasanya ade sikit perbezaan..


Masih awal lagi kan untuk dinilai..baby walau bagaimanapun wajah mereka akan berubah2 sehinggalah lebih besar sikit.

Kata si abang bila siadik asyik dok nangis,
"Arissa when she was inside mummy's tummy, she never cry"...(hmm..camaner nak jawab nie..huhuh)

Bila dia nakkan perhatian dan kita sibuk dok layan Arissa, katanya..
"We send Arissa to Chote Ma (small mother..family friend kamilah) 's house., ok mummy."..biasanya kalau dia byk buat bising dan kacau Arissa nak tidur, kalau cakap nak hantar Arissa kat sana nangis2 tak nak..
"You don't love Arissa..?"
"I love..."
"Then..?"
... tiada eplaination (tak tahu nak explain)

Bila Arissa bermain dengan sesuatu benda....
"Mummy, I don't like Arissa playing with tali.."
"Why..?"
"I don't like..." (tiada explaination jgk)
"It has nothing got to do with you..let Arissa play"
"I don't like.."

Pelik2 sekatan siabang pada Arissa nie, mak dan ayah pun tak paham...hmmm ini lagi pelik,
"I don't like Arissa talks to me wearing topi.."

Apa2 lah abang...janji bila besar nanti we can rely on you to look after and protect your sister inshaallah, OK abang..?

Tuesday, 24 September 2013

Nasib Sipokok Betik

Dek kerana tak menang tangan nak menjaga kedua-dua hero dan heroin kecik nie, dimana most of the time banyak habeskan masa ngan heroin kecik, maka kebanyakkan masa jugak sihero kecik banyak menghabeskan masa bermain dilaman..nak main ngan adik, adik banyak tidur dan tak seronok sangat lain main at this age...kalau adik nangis, abang tutup telinga atau buat bunyi bising ..tak mau dengar tangisan..huhu

So bila dah bermain dilaman sorang-sorang tuh, paham2 sahajalah banyak eksperimen dan 'kerja2' kebun secara volunteer yang dilakukannya.. atau lebih tepat lagi 'mengerjakan' kebun..:)

Lihatlah pokok2 betik nie,

Dahlah kurus walaupun berusia dekat setahun kena cantaslah pulak. 3 pokok semuanya senasib.

 Daun2 serta pucuk tiada yang tinggal..cuma batang jer..

Namun nasib baik pokok betik membiak melalui pertunasan,

Dua minggu kemudian kelihtan betik mula bertunas..tak tahulah sempat berbuah ker tak kali nie..

Actually betik yang 3 pokok nie kurus kerana tidak mendapat cahaya matahari secukupnya, terlindung dek pokok besar yang menaunginya. Pokok-pokok yang seusianya adalah lebih besar kerana lokasi lebih strategik.

Pekebun kecik tak keluar 'berkebun' hari nie kerana baru terkena demam selsema..lepak dalam rumah jerlah nampaknyer..tuh pun asyik mintak nak main luar lagi.. 

Monday, 23 September 2013

Homemade Serbuk Kunyit

Kunyit yang dituai minggu lepas akhirnya bertemu kesudahan yang baik kerana tuan tanah tanah ade sedikit kerajinan untuk mengubah bentuknya..alhamdulillah.

Setelah dibersihkan same day, kulitnya tidak dibuang betul2 tak kuasa aku namun dikikis bersih dan kemudian dipotong2 kecil,

 Sedia untuk dikeringkan

 Yang telah kering garing. Mengambil masa 2,3 hari jugak untuk dikeringkan kerana cuaca agak mendung dua hari yang lepas.

 Senang jer buat serbuk sendiri kat umah..blend kering jerlah sampai halus yang mungkin.

Serbuk kunyit yang telah siap. Yang berketul2 kecil tuh yang melekat kat tepi2 blender. Tidak ditapis untuk menjadi lebih halus kerana kemalasan..:)

Dapatlah sebotol peanut butter. kalau harga kat kedai sebanyak nie dalam $3

Bukanlah rajin sebenarnya nak buat homemade nie..namun dengan adenya sumber daripada membazir elok dijadikan sesuatu yang boleh digunakan kelak..dengan homemade jugak at least boleh belajar sikit2 cara membuat sesuatu sendiri kat umah kan.

Sunday, 22 September 2013

Limpahan Susu Ibu

Teringat akan perbualan dengan salah seorang pesakit di Labor Ward sewaktu hendak bersalinkan Arissa hampir 3 bulan yang lepas..dalam perbualan itu saya meluahkan padanya yang susu dada masih tidak bengkak dan besar seperti waktu mengandungkan Aidan dahulu..katanya itu adalah normal jika peknen anakpompuan,beliau pun mengalami sedemikian jgk sebelum tuh.

Setelah selamat bersalin still jugak macam takder susu yang keluar. Malah hampir sehari Arissa tidak mendapat susu kerana tertidu begitu sahaja, nak bagi susu..susu tak kuar. 

Kata nurse yang bertugas dan jugak rakan2, teruskan menyusu walaupun macam tiada susu yang keluar kerana, 'the more you give, the more it will come out'..setelah hampir 24 jam lahir baru kelihatan seolah2 Arissa mendapat sedikit susu..ujian gula didalam darah Arissa pun agak rendah.

Namun mungkin dek kerana kelaparan, Arissa tetap jugak mintak menyusu walaupun yang kuar tuh sikit..sampaikan sepanjang malam hampir tiap jam dia nak susu.

Orang sini jugak nasehatkan amek 'baby masala' tuk bantu pengeluaran susu..baby masala nie macam campuran rempah ratus mereka tuk panaskan badan dan bantu pengaliran darah.. Alhamdulillah masuk hari kedua, pengaliran susu semakin baik dan mencukupi.

Kini setelah 11 minggu Arissa menyusu, bekalan susu dada memang lebih dari mencukupi, alhamdulillah. Malah kebanyakkan masa tidak larat dihabeskannya. Banyak  yang terjadi almost everyday susu menjadi bengkak hinggalah Arissa kembali menyusu dan menghabeskannya..itupun mengambil masa like half day.

Kalau waktu nak tidur atau nak sambung tidur lak, taknak dia susu yang penuh dan mengalir laju...kenalah tukar sebelah yang lebih kurang susunya. Disebabkan cerewatnya anakanda nie, susu  yang bengkak mengalir keluar dan  selalu kena letakkan handkerchief  untuk mengelakkan kebasahan. Walaupun pada hari yang berpuasa, namun pengeluaran susu ibe tidak pernah terjejas..alhamdulillah.


Betapa kuasa Allah menjamin rezki anak2 yang baru lahir tanpa perlu mengeluarkan sesen pun untuk memberi susu alhamdulillah. Nikmat suasana penyusuan jugak tiada tolak bandingnya..lihatlah daripada susu ibu menjadi darah daging sianak membesar dengan sihatnya..alhamdulillah.


Saturday, 21 September 2013

Dry Season

Pagi nie turun kelaman belakang untuk memetik cili dibuat teman dengan meehon..dari banyak2 pokok cili pelbagai jenis yang ditanam..ini sahaja yang mampu dituai..

Cili besar panjang (kulai) pun kelihatan semakin kecil dan kurus ..hasil pun tidak banyak dipokok..tidak seperti sebelum ini yang agak abundant..begitu juga cili2 lain..very little..

Pokok cili kulai yang dulunya lebat berbuah kini susah nak tengok buah bergayutan..berbunga namun buah tidak menjadi sangat..

Pokok cili burung dari Malaysia yang begitu kekeringan dan semakin tidak mengeluarkan hasil..faktor usia pun yer jugak agaknya..faktor tukang kebun malas siram pun yer  jugak..

Musim sejuk berlalu..kini musim kering pulak..sementara datangnya musim panas... matahari naik seawal kul 6.00am..by 7.00am cuaca sudah pun panas...anak bujang kecik kena kurung takleh main kat luar..tuh pun dah makin hangus kulit asyik main dilaman jer..

Menanam tuh boleh menanam cuma agak mencabar di musim kering begini...

Percubaan tukang kebun baru tuk tanam kangkung..kangkung yang disemai, rumput & bayam pasir yang tumbuh..agaknya memang susah untuk kangkung bercambah dimusim kering walaupun tanah sentiasa disiram lembap..

Batas yang diluar matahari terik..cuba menanam kacang tanah, roselle dan ulam raja..nampaknya sukar nak  tumbuh jugak.

Kalau nak menanam jugak, alternatifnya kena buat semaian dalam bekas,

Macam kailan nieboleh bercambah..syarat kena pastikan disiram dengan secukupnya dan diletakkan ditempat yang tak mendapat full sun.

Tanaman2 yang sedang membesar takder masalah sangat..janji banyakkan menyiram inshaallah boleh hidup subur..

Disebabkan dry season jugak, harga2 sayuran dimarket menjadi lebih mahal..macam sekarang sayuran hijau dan kacang panjang pun susah nak dapat..kalau ade pun memang sangat mahal..jadi survive dengan apa yang ade dikebun sahaja buat masa nie..inshaallah.

Friday, 20 September 2013

Awas! Sudah Ramai Bloggers Wanita Terkena Virus Nie..

Awal2 lagi nak mintak maaf yer sekiranya entri nie menyinggung mana2 pihak..ini sekadar guruan hari Jumaat jer..bolehlah kan?

Seingat UA last year dalam bulan August gitu mula berkenalan ngan blogger Jassnani, beliau pada masa tuh dah sarat ngandungkan budak Fiyya..actually ms tuh UA baru jer terkena virus..kemudian kenal ngan Lydsunshine, Azie..depa pun ms tuh tgk2 dah kena virus daa...same time jugak kenal ngan Wanie, beliau pun baru terkena virus jugak..

So tak tahulah virus tuh dtg dari mana dan siapa pembawanya kan..:)

First baby in belog 2013..hehe - Fiyya (sorry yer mama fiyya ..curik gambar nie)

Kemudian dalam pada dok peknenkan Arissa, dengar khabar lak virus mula merebak pada rakan2 blogger yang UA kenalllah..

Mangsa virus berikutnya..Nadia Rashid yang rajin berblog tiba2 senyap sangat .hehe..diam2 ubi berisi rupanya..:). 

Kemudian NinaAz..pulak kena serang....

Pastuh Azmatun dalam rajin2 dok memasak tiba2 senyap agak lama jugak..

Kemudian Liya Hanif yang dulunya rajin update blog pun tiba2 tiada berita...

Dan baru-baru nie plak penjelasan dari Dr. Pinkycat kenapa beliau agak lama menyepi...

Dan jugak setelah lama tak sempat menjenguk tau2 QA's Mamapapa terkena virus yang sama..

Ramai kan yang terkena virus2 nie..anyway congratulations tuk Ibu2 nie..

Cepat kan virus merebak..harap2 virus jugak merebak pada mana2 rakan2 yang sangat2 inginkan terkena virus nie..

Semoga Atieyusof inshaallah suatu hari nanti terkena jangkitan jugak yer nanti kami doakan..

Pssstt..OKje, KA, Kakzakie, Ibuqis tak mau tempias virus nie ker..heheh? 

Teringat jugak masa kat opis dulu ade sorang staff indian mula2 start peknen..tak lama selepas tuh berjangkit2..habes semua staff pompuan kat opis ngandung..kecuali yang anak2 dara sahaja sib baik depa tak ngandung jgk krn virus....UA yang newlywed ms tuh pun ujung2 terkena jgk walaupun dah terbang ker Fiji..huhuhu

Thursday, 19 September 2013

Hanya Mampu Menelan Liur Sahaja

Mintak maaf yer kengkawan kerana buat masa sekarang banyak komen yang tak terjawab, blog walking pun ikut sempat jer..kekangan masa..biasalah bila ade baby kecik kan..kalau malam tuh lepas isyak dah tutup kedai..kena tidurkan mem kecik ..dan yang biasa terjadi maknyer yang tertido dulu..tak tahu masa mana babynya tertido...huhuhuh

Berbalik pada entri hari ini, pagi nie bila balik dari klinik Arissa  ..bila lalu nak masuk umah baru terperasan akan pokok sebelah umah yang tak bertuan nie..

Mashaallah kemain lebat lagi..dah tu makin besar lak buah2nya,jenis yang sedap nie .tunggu masa jer nak masak.  Sib baik dah tak ngandung..kalau tak mau diamik galah tolong jolokkan ..mana boleh amek tanpa izin tuan kan..

 Milik laman yang tak berpenghuni..dulu masa ade tuan pun yang Fijian dok kat umah nie tak pernah pung hulur kat kami walau sebiji..takperlah kang..berbudi jangan mengharap balasan..balasan dari Allah cukuplah..:)

Disebabkan takder tuan..kemain lagi buah nie melebat..ari tuh ade terdengar jugak bebudak panjat pagar..agaknyer dtg curik buah ngan dahan mangga nie kot buah kayu api..

Nampaknya mampu tengok dan telan air liur jerlah kang..kalau tak tahan jangan kuar laman depan..taklah nampak..tapi kalau bukak tingkap bilik yang bersebelahan leh nampak jugak nie..huhuhu. 

Kami kalau nak makan mangga tunggu orang jual kat pasar jerlah..mangga yang ditanam walaupun dah usia 3 tahun lebih masih sebesar Aidan gayanya...:)

Wednesday, 18 September 2013

Arissa@Week10 - Bila Nak Tidur

Nampaknya mem kecik nie ade peminat tersendiri kan..so kenalah buat entry tuk dia & peminatnyer..heheh

Setiap baby ade pelbagai tabiat bila nak tido kan..ade yg simple jer, ade jugak yang agak kritikal sikit. Tuk mem kecik nie tabiat terbentuk daripada masa demam kena cucuk hari tu..

Nak tidur kena dokong..

Sebelum demam mudah jer nak tidurkan mem nie, bagi nenen akhirnya tertido..namun bila kena dokong nie ambik masa jugak untuk terlelap..

 Kenalah buat round beberapa round didalam rumah. Kalau mood tak baik berenti bergerak nangis..kalau dokong sambil duduk pun nangis..nenen tolak terus ngan tangan, siap nangis2 lagi nampak nenen..tak maunyer

Dalam10 hingga 15 minitlah akhirnya terlelap..baru boleh letak atas katil...

Time yang paling kritikal adalah dalam waktu maghrib sampai lepas isyak..itu yang no kompromi..tak boleh curi2 tulang... duduk tak boleh, mesti sentiasa bergerak, lenguh belakang wooo..time nie kitorang panggil slavery..heheh..sang ayahlah yang menjadi mangsa..kadang sampai kena skip solat isyak dan maghrib kat masjib especially bila sang omak sibuk.

Kemudian cuba gunakan stroller dalam rumah sebagai alternatif,

 Sehari dua jer berkesan, macam rocker jugak..mem lagi bijak meronta2 untuk dikeluarkan dan didokong...huhuh

Jadi boleh duduk dalam stroller cuma waktu tak kritikal bila perut kenyang, mata tak ngantuk..abang semangat nak stroll adik,namun tak boleh harap sangat takut jadi apa2 kan..baru beringat dulu.

Part daripada proses membesar kan dengan pelbagai habit nie..inshaallah time yg mencabar dan memenatkan somehow..will pass as they grow bigger..and we will miss the moments..

Tuesday, 17 September 2013

Tuaian Kunyit Yang Tak Nampak

Lama dok merancang nak gali kunyi kat kebun, tapi asyik tertangguh jer sebab kekangan masa dan kelebihan M. Namun dok tengok hari2, pikir2 rasa ade baiknya aku teruskan usaha nie kerana tak elok tak elok bertangguh-tangguh bila cuaca pun dah makin panas nie..

Pagi nie masa mem kecik tidur lama barulah ade sikit R,

 Tapak tanaman,tengok gitu tak tahu ade kunyit kan didalam tanah ..pokok dah mupus, tercabut..dicabut buat masak rendang..dormant, tercabut sendiri kerana ketidaksuaian cuaca baru2 nie..kunyit akan pupus musim sejuk, tapi isi tetap maintain dalam tanah.

 Nampak tak isi yang dicungkil dengan gardening fork tuh..agak dalam jugak tuh isinya..

 Tak sangka lebat jugak rupanya setelah disimpan dalam 2 tahun rasanya..

 Yang nie ditanam balik, biar tumbuh balik dalam tanah tuh..

 Model budak kebun mencuci kunyit2 yang digali..dia sebenarnya suka tuh kalau dapat main air ngan kunyit2 tuh sekali..tapi asyik kena sound 'enough..enough.., don't play'  hentikan lakonan  tuh..hehe

 Inilah hasilnya..alhamdulillah dekat sekilo gitu.

Isi yang besar dari ibu jari..semuanya segar bugar takder satupun yang buruk alhamdulillah.

Inshaallah yang tertuai banyak nie nanti akan diusahakan tuk membuat serbuk kunyitlah nanti kalau M tuh berkurang..tapi takleh dibiar lama sangat gitu..nanti tak fresh lak. Ade satu rumpun kunyit lagi yang dibiarkan gitu walaupun dah hilang pokoknya kerana dormant kejap.

Nuffnang Ads