Saturday, 31 August 2013

Lempeng dan Jelly Kelapa Merdeka

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia..bertuahlah kita kerana seorang yang merdeka..kalaulah kita hamba abdi atau tawanan tentunya tak dapat mengecapi nikmat hidup seperti yang kita kecapi kini..Alhamdulillah syukur padaNya.

Salah satu lagi dari nikmatNya yang menciptakan buah kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan darilah air, isi, kulit, tempurung, santan dan sebagainya..semuanya bermanfaat.

Dari kelapa muda juga mebolehkan kita membuat pelbagai makanan yang membangkitkan selera..tua mahupun muda, kecik mahupun besar..dok ditanahair mahupun oversea...

Dan dari isi kelapa muda yang tak habes makan hari tu, seperti yang dicadangkan oleh rakan2 blogger melalui komen2 mereka..buatlah lempeng kelapa


Senang jer nak masaknya. Anggarkan sahaja secawan gandum, 1/3 cawan kelapa muda yang diparut. Letak sikit garam, air ..adunan cam lempeng biasa jer kecairannya. Masak jerlah cam lempeng biasa. Senang dimakan cicah sambal sardin ker,sambal ikan bilisker...kalau makan kosong jer camtuh boleh tapi tak lajulah sikit nakmenghabiskannya.

Ade jugak yang mencadangkan buat jelly kelapa,


Terima kasih kepada Norma NML yang sudi memberikan resepi melalui komen..mintak izin kongsikan disini yer Norma..

Resepi jelly kelapa

Bhn2

3 biji kelapa muda
10gms serbuk jeli jenama Swallow
1 cwn gula - kalau nak kurang manis boleh kurangkan gula
9 wcn air 
Bekas kecil 
Daun pandan

Cara2nya

Sukat air kelapa. Nisbah air kelapa dan air ialah 7:2. Tapi kalau nak semua air kelapa muda pun boleh. Masak air tersebut bersama daun pandan . Apabila air agak2 mendidih, masukkan campuran gula dan serbuk jeli. Kacau sehingga sebati dan perlahankan api.
Sementara itu, hiris isi kelapa dan masukkan dalam apa jua bekas yang disediakan.
Kemudian tuangkan campuran jeli itu ke dalam bekas. Biarkan sejuk baru simpan dalam peti ais.

p/s - BW mungkin tergendala buat sementara waktu, harap maaf yer kawan2.

Friday, 30 August 2013

Oh Jemputan !

Semalam tak dapat berentri kerana takder internet..data habes, boss lambat sikit setel..alhamdulillah malam tuh baru ade tapi malas dan penat dah ler nak layan blog.

Semalam jugak sampainya surat jemputan rumah terbuka dari Kedutaan Malaysia..tiap-tiap tahun depa hantar..


Nak pergi ker?

Walaupun dapat membayangkan lemang, nasi himpit, satay dan bagai yang bakal dihidangkan pada open house tuh... namun confirm takakan  peregi ...:)

Pertamanya kerana adenya baby kecik susah nak jalan jauh..embassy  tuh dalam 5 jam drive dari tempat kami..keduanya big boss baru jer pegi Suva selasa baru-baru nie..

Keduanya bukannya ade ramai melayu pun yg akan datang sebab memang tak ramai melayu kat sini, kecuali kakitangan kedutaan dan keluarga mereka, tuh pun tak ramai..

Tak berbaloi kan nak make a trip semata-mata nak pergi makan..masak sendiri sikit2 sekali masak pun boleh kan...:)

Apa gi yang belum dibuat yer? Nasi dagang rasanya belum merasa lagi raya nie...hmmm mana nak carik beras nasi dagang nie...

Wednesday, 28 August 2013

Arissa@Week 8 - Tidur Meniarap

Arissa dah boleh meniarap? Belum..belum..Arissa baru jer nak cukup 2 bulan alhamdulillah..tapi percubaan untuk turning kiri kanan tuh adalah...

Dalam 2 bulan sejak lahir Arissa masih belum dapat tidur lama disiang hari..lepas letak jer bila dah tertidur, 20 atau 30 minit kemudian mulalah berbunyi memanggil manggil..memang agak terkejar- kejarlah nak siapkan kerja umah..blog pun biasanya buat entry a day before bila ade masa, bila dia dah lena..:)

Percubaan dengan baby rocker tidak berjaya ..Arissa tak tertipu nyer..heheh

So setelah membuat bacaan dari internet berkaitan dengan tidur meniarap untuk bayi dan membaca pengalam ibu-ibu yang telah melaluinya..saya pun bertawakkal pada Allah dan memberanikan diri mencuba..


Kalau ikutkan kajian barat kata mereka tidur meniarap nie tidak elok untuk bayi dan mendedahkan kepada SIDS(Sudden Infant Death Syndrome) yang lebih tinggi dari tidur menelentang..Alasannya tidur meniarap boleh menyebabkan bayi susah hendakbernafas.

Namun banyak ibu2 yang telah menidurkan bayi mereka meniarap dari hari pertama balik dari hospital, dari usia 3 minggu, 7 minggu dan sebagainya mendapati bayi mereka tidur lebih lena dan lama.. 

Begitu jugak Arissa..kalau tak silap dalam usia 6 minggu yang mula2 cuba letakkan meniarap..bila letak tuh, terus jer tidur dengan lenanya..walaupun bunyi bising atau gangguan tidak memberikan apa2 efek..malah boleh tiduri lebih dari 1 jam..alhamdulillah..

Dalam sejam tidur kemudian dibalikkan letak tidur telentang..agar lebih releks dan kalau dia nak terjaga anytime pun takper sebab dah setel sesetengah kerja..

Namun begitu bila baby diletakkan meniarap harus selalu pantau keadaan mereka..kena tengok kalau2 muka terlengkup pada tilam atau ade apa2 kesusahan..

Tidur meniarap cuma siang hari jer..itupun dalam 2 hingga 3 kali sehari..malam tidur  biasa menelentang dekat dengan maknyer, Arissa biasa akan mula tidur lama dari kul 8malam..kul 12 lebih baru terjaga tuk susu..antara kul 2 hingga 4 pula mungkin terjaga lagi tuk susu dan tukar lampin..

Apapun yang penting adalah sesuatu itu baik untuk bayi dan kita..dan bayi juga tidak menghadapi masalah..hidup mati ketentuan Allah kita hanya bertawakkal dan serahkan pada yang nyawa kita ditanganNya.

Tuesday, 27 August 2013

Dipenghujung Musim Sejuk

Musim yang lebih sejuk pada tahun ini bermula agak lewat, iaitu pertengahan bulan Jun baru dirasakan kesejukkan cuaca..barangkali too much low pressure of air yang menyebabkan perubahan cuaca. Sekarang dipenghujung bulan August  kehangatan telah mula terasa disiang hari walaupun malam masih agak sejuk.

Sesentistif manusia akan perubahan cuaca, tumbuh-tumbuhan lebih lagi sensitif.. tanda-tanda pengakhiran musim dapat dilihat pada mereka..

Brokoli yang masih berbaki. Pokok kelihatan agak terbantut pembesaran dan yang ade bunganya pun tidak membesar sepatutnya...kalau ikutkan tuan blog nak cabut buang jer..tapi Abuaidan yang rajin tegakkan pokok nie dengan pancang segala hingga kehujung nyawa.. 

Nasib pokok2 bunga kobis...yang telah berusia lebih dari 5 bulan..tidak menjadi nampaknya. Memandangkan brokoli yang juga tanaman musim sejuk sepertinya berhasil, rasanya ketidaksesuaian jenis baka yang ditanam punca kegagalan.

 Banyak yang diserang perosak..solution nyer cabut dan buang jerlah

 Pokok banyak yang telah matang..namun tiada tanda2 pembentukan bunga.

 Pakchoy..sedang membesar namun kelihatan tidak begitu subur dan pada serangan serangga pada daun. Begitulah yang biasa terjadi bila cuaca semakin tidak sesuai.

 Namun tomato masih lagi berhasil alhamdulillah..walaupun pokok tidak banyak..namun berbuah tidak putus-putus..alhamdulillah rezeki.

Tomato dari variety 'Money Maker' yang ditanam sebelum bersalinkan Arissa..mula berbuah..namun belum ada yang betul-betul masak lagi so far.

Alhamdulillah sepanjang musim yang lebih sejuk telah banyak hasil yang dinikmati daripada kobis, tomato, brokoli serta sayuran hijau seperti sawi dan pakchoy. Sekarang kami mula mempersiapkan kebun untuk tanaman biasa tropika lak..inshaallah.

Monday, 26 August 2013

Menjala Dipagi Isnin


Hari ini hari raya yang keberapa yer...hiii dah lupa plak. Anyway masa dalam pantang lagi teringin nak makan benda nie dihari raya. Somehow ms raya kan pantang..kenalah tunda...

So semalam bile masak kari ayam..buat lebih sikit, spare untuk projek pagi nie...

Pepagi nie menjala dalam 20 lebih roti..alhamdulillah bos kecik dan bos besar memang like it very much..habes licin juadah hari raya ke 18.

p/s -entry pendek jer, sibuk sikit..:)


Sunday, 25 August 2013

Kacang Buncis

Salah satu sayuran yang menjadi kemestian untuk ditanam dimusim yang lebih sejuk adalah kacang buncis. Namun kali nie tak tanam banyak kerana agak kelewatan. 

Yang sedang berbuah kini ditanam dalam 2 minggu sebelum bersalinkan Arissa...alhamdulillah setelah hampir 2 bulan mula berhasil..

 Kacang yang agak panjang.

 Dek kerana kesibukan dengan baby kecik..kelewatan menuai..banyak jugak yang menjadi matang  sebelum dituai...

 Sebanyak ini sahajalah kacang buncis yang ditanam..

Yang pertama kali dituai..masak dengan sayuran lain ala sayur campur..

Kalau diikutkan cuaca kat Fiji kacang buncis tak berbunga bila cuaca panas..memerlukan suhuh dibawah 24 degree untuk berbunga dan  berbuah..kalau kat  M'sia rasanya ade jugak rakan2 yang menanam walaupun cuaca agak panas dan ade yang berhasil alhamdulillah..

Saturday, 24 August 2013

Kelapa Muda

Alhamdulillah rezki untuk berparti dengan kelapa muda dalam minggu nie..almaklumlah En. Abuaidan bawak balik 15 biji kelapa muda dari rumah kawannya..

 Sebahagian kelapa muda yang tinggal setelah 2, 3 hari menikmati

Memangkas kelapa muda

 Budak yang comot tekun menikmati air kelapa secara natural..tanpa gula tanpa gelas..

 Air kelapa muda yang dinikmati dengan lebih kaw...tambah gula, sejukkan dalam peti ais..

Isi kelapa muda..agak tebal sedikit..kalau yang nipis dan berair lebih sedap untuk dinikmati bersama-sama dengan jus.

Isi kelapa muda yang tak muda sangat dan tak tebal sangat (lebih kurang gambar diatas), selain dari makan begitu sahaja apakah lagi yang sesuai untuk dibuat yer..kalau nak parut memang susah sikit ..kalau2 nak buat inti kuih ketayap ker kan...ade sesiapa ade idea..? 




Friday, 23 August 2013

Cerita Hari Anniversary

Semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan kami... sebetulnya tidaklah surprise bg kami psl ulang tahun nie sebab sentiasa menyebut tentangnya sebagai ingatan...padahal bukannya nak celebrate besar-besaran pun..

Semalam jugak Arissa's clinic appointment ..

Sedikit perancangan dibuat apa yang hendak dibuat hari yang istimewa tuh..heheh

Memandangkan 2 minggu nie cuti sekolah, so senanglah urusan when Abuaidan is there..So pepagi lagi kami bawa Arissa keklinik..awalnya dia kelihatan gembira..tersenyum dan cuba bercakap-cakap. Kemudian dengan 2 cucukan di kedua2 belah pahanya itu merubah senyum kepada tangisan..begitu juga 2 dos yang dipaksa kena telan..kesian Arissa nak termuntah-muntah menghabiskannya..hmmm banyak sungguh immunisasi sekarang nie..

Kemudian kami pun ke supermarket mencari bahan-bahan untuk dimasak sempena anniversary kan..

Kemudian kami pergi melawat rakan yang juga jiran ..yang teringin nak tengok Arissa tapi tak dapat datang...orang tua kan susah sikit..

Kemudia (berapa banyak kemudian daa). kami balik umah..membuat persiapan untuk masak lunch yang sedikit spesel tapi bukan luar biasa. By tengahari Arissa dah mula meragam...

Demam kena cucuk..merintih-rintih dalam tidur yang tak lena. Tak boleh letak, letak jer nangis kena hold lah most of the time..bergilir-gilirlah mak & ayah di hari anniversary..

So bila si ayah menjaga baby yang demam, si emak kedapur memasak anniversary's lunch yang paling simple, cepat dan mudah..

Spaghetti jer..heheh..Bila nak makan lak bersempena 'sambutan' anniversary nie..kena gilir2..sorang pegang anak,sorang lagi makan..romantik kan..heheh

Sebelah petang lak siayah takeover jaga baby again la, si emak masuk dapur lagi buat anniversary's dinner... 

Pizza tuna jer yang simple..tak nyempat nak cari banyak2 bahan. Bila time nak ber'anniversary dinner lak..same thing ..sorang makan, sorang pegang baby ..bergilir-gilir...romantik kan..hehe

Bila habes lunch, habes dinner ..tidurkan siabang..Bila siadik sudah tertidur, kemudian dibaringkan ditilam..tunggu tak sampai 5 minit merintih-rintih lagi minta di'hold'..so whole night tidur holding anakanda yang demam...

Begitulah our anniversary's celebration...alhamdulillah

Yang matter to me bukanlah bagaimana kami menyambut ulang tahun nie samada dengan speselnya..romantiknya..ataupun tak sambut at all. All that matter is ....susah mahupun senang kami masih tetap hadapinya bersama-sama.dari dulu sehinggalah hari ini dan inshaallah selamanya....

Hari ini juga Alhamdulillah keadaan Arissa much better ..demam dah berkurang, sebab tuhlah mak dia leh ber'entry' nie..

p/s..sorry yer tak dpt BW semalam..inshaallah bila ade kesempatan nanti akan bayar utang2 korang...

Thursday, 22 August 2013

Rahsia Kerepek Tiram

Suatu hari sebelum raya, ade orang kirim Eid sweets ataupun kalau orang melayu panggil kuih muih raya lah...selain daripada kerepek2 tradisional mereka dan juga laddoo laddaa..ade satu kerepek yang amazingly membuka satu teka teki yang tak terjawab selama nie...

Khajaa mereka panggil..kalau kita panggil kuih Siti Ram..ehhh sorry..si tiram..or kuih tiram lah mudahnya atau boya's tongue ...

Actually berkali2 memcuba buat kuih  nie..ikut resepi bagai namun tidak pernah menjadi..beginilah yang selalu terjadi..

Garing kejap jer..bila sejuk lembik, lembut..lemau, lapisan dalamnya jugak tak berlapis-lapis dan garing seperti yang biasa dimakan...akhirnya aidan pun tak nak pandang..sendiri pun tak mao makan...huhuhu..

Bila lihat kerepek yang selalu mengeciwakan tuh ade depan mata dan masuk keperut..apa lagi terus mintak Big Boss tanyakan orang yang mengirim tuh (sbb tak kenal kan nak tanya sendiri)..camaner dia buat kerepek tuh jadi begitu sempurna..mintakkan resepi please...

So..semalam big boss berjaya mintak resepi dari orang tuh..hmmm..yang peliknya bahan2 hampir sama..cara pembuatan pun hampir sama yg dalam resepi godek2 internet...somehow cuba jugaklah buat eksperimen tgk boleh jadi magic tak...

Again turn out macam yang gambar kat atas tuh..ceehhh.mana silapnya..tak mungkin gagal lagi...dia nie pun tak bg step complete jgk.....kemudian teringat satu resepi yang tunjuk step by step nak buat nie..(tp ms dl tak ikut sgt stepnya sbb ikut step resepi lain yg majoritinya sama step)..

Dan bila dicuba buat step yang paling penting dan was omitted dulu,


Inilah step yang tertinggal..meleperkan potongan2 kecil seleper mungkin..kebanyakkan resepi tak tunjuk nie..depa cakap penyek ngan ibu jari..bila goreng cucuk ngan garfu atau stik tuk buka lapisannya..huh..semuanya hampeh...! agaknya depa main copy jer tanpa cuba sendiri tgk result camaner..


Akhirnya yang dilenyek dileper nipis tadi bila digoreng menjadi ..wow..superb..! kembang, besar dan garing diluar dan didalam..tak payah cucuk ker haper...just exactly macam yg dibungkuskan dijual...tarak tipu nyer..heheh


Lapisan dalam yang nipis dan sangat rangup..apatah lagi setelah di taburkan gula caster..mmg selamatlah diet!.uhuhuh. 

Kalaulah tahu dari awal dah dijadikan kerepek raya daaa...huhuhu

Resepi kuih tiram disini yer..

Wednesday, 21 August 2013

Arissa @Week 7 - First Outing

Alhamdulillah masa berlalu dalam sedar tak sedar agak pantas..Arissa yang dulunya kami buat balik dari hospital sangatlah kecil kaki tangannya..dan fragile, kini tulang2 kecil mula diselaputi daging2 dan anggota badan yang dahulunya lemah kini semakin kuat dan lasak, beratnya pun dah melebihi setengah kilo...alhamdulillah..

Juga dari 5 minggu lebih Arissa mula memberikan kami senyuman..dan kini bila diagah tersenyum dan membebel2 dalam bahasanya..

Setelah habes pantang mulalah merancang-rancang nak cari baju2 gal untuknya..

So smalam En.Abuaidan ade urusan registration nak settle kat Lautoka menempellah sekali tuk cari baju Arissa..tapi kami berpecah, Abunya dengan Aidan setel urusan, Arissa bershopping ngan mummnyer..Actually risau jugak sebab baby masih kecik lagi kan susah nak handle..namun demi bajunya terpaksalah beranikan diri..


Mem kecik dok dalam stroller abg aidan yg dibawa dr M'sia dulu..sib baik tak nangis..cuma sekali jerlah sebab nak nenen, lainnya tidur dan layan tgk orang ..risau jugak takut dia takmo dok dlm stroller nie..


1 bahagian jer yg explored sbb dengan strollernyer susah nak bergerak dijalanraya..lgpun big boss dah pesan jgn pergi jauh2..kenalah taat kan..:)


Inilah first time perjalanan bagi Arissa lebih daripada 30min..tidur sepanjang jalan pergi balik..dapatlah releks sikit kan maknya..:)

Yang tak bestnya susah nak cari baju gal yang sesuai ngan taste kat sini..kebanyakkan macam over sikitlah ngan ropol2lah, renda2lah..kaler yg terang sangatlah..luckily dapat jgk jumpa yang simple, nice dan  cheap kat satu kedai..boronglah apa lagi..pakaian baby cuma nak pakai kejap..dorang membesar very fast, lepas 2 atau 3 bulan dah tak muat..kalau berbelanja beriya2 tuk sehelai baju pun tak berbaloi kan..

Tuesday, 20 August 2013

Bila Tak Habes Nak Makan...

Cerita raya dah takder..juadah raya pun dah takder..cuma sikit-sikit biskut raya jer ader...heheh

Tapi ceriter2 bosan sayur2 kat kebun masih ade..kalau ade yg sanggup tahan telinga...:)

Kali nie citer bosan pasal sayur-sayuran yang tak berhabisan dimakan..menanam bukan main beriya lagi...bila time harvest..harvestlah jugak..tapi bukanlah semua sekaligus..cukup tempoh sayur dah terlebih matang sebelum sempat dituai...sampai berbunga-bunga camni haa...


Macam sawi putih nie bukanya banyak pun tanam..rasanya dalam 20 pokok jer..namum hasilnya besar-besar..sekali masak 3 pokok pun dah cukup. Oleh kerana dalam pantang kena pantang sayur  nie dan big boss pun makan sekali seminggu jer..setelah giveaway mana2 yang patut..maka tertinggallah kat batas yang tak termakan...


Akhirnya tiada guna disimpan, nak makan pun dah tak boleh...cabut buang jerlah nasibnya..agar batas yang kosong dapat diguna untuk tanam sayur lain lak kan..inshaallah..


Macam kobis bulat nie jugak, masih banyak yang dah ready untuk dituai kat kebun..seminggu cuma boleh habeskan dalam sebiji dua jer...bagi sana sini..masih banyak lagi yang tinggal..alhamdulillah..cuma nak menghabiskannya amatlah slow..menanamnyer pun dah slow makan masa 4 bulan lebih...sib baikboleh tahan lama sikit biarkan kat pokok...kalau tak selamatlah kat kompos jugak atau dimakan ulat...

Kena tanam sikit-sikitlah jawabnya lepas nie...tapi sifat tamak nak tanam banyak2 tuh ygsukar nak kikis...huhuhu

Monday, 19 August 2013

Keseronokkan Beraya Dirumah Tertutup

Seronoknya bila berada di tempat sendiri terutamanya musim-musim perayaan..terutamanya musim makanan sedap-sedap diraikan..terutamanya dapat pergi makan dimana-mana rumah terbuka samada rumah kengkawan mahupun office mahupun menteri-menteri mahupun sultan-sultan..kan..

Tetepi ramai yang tidak menyedari akan nikmat beraya dirumah tertutup..nie sebenarnya entry nak mujuk diri sendiri nie..heheh

Meh nak cerita apa yang bestnya beraya dirumah tertutup nie...

Pertamanya kalau kita masak sedap2 tuh..dengan susah payahnya..ambil masanya ..mmg berbaloi untuk dinikmati dalam rumah tertutup seisi keluarga..makan sampai puas-puas tak yah share ngan orang-orang lain..hiii tamaknya..

Hidangan rumah tertutup hari Ahad..satay, kuah kacang dan nasi himpit...yang disediakan dari hari sabtu lagi bahan2nya..almaklumlah ade anak2 kecik kan..

Hidangan rumah tertutup Sabtu.- Lemang versi perantau..tiada buluh mahupun api..namun the taste 80% nak sama..

Hidangan rumah tertutup jugak tidaklah mengundang komen2 yang menyakitkan telinga..bagaimana nak masak..hodoh tak hodoh rupa masakan tuh orang lain tak tahu kan..kita sekelurga jerlah...yang penting rasa tetap maintain sedap..terangkatlah bakul..

Hidangan rumah tertutup Jumaat - Pulut kuning ngan rendang..

Yang paling best sekali beraya dirumah tertutup nie..kalau takder baju raya baru..tak perlulah bersedih-sedih..ini kerana rumah tertutup tak perlu melawa-lawa..bukan ade orang nak tengok pun....hihi

Apapun ini cumalah alasan-alasan orang yang tak dapat beraya kat open house...yang teringin nak makan juadah raya jugak setelah habisnya pantang..cam balas dendem larrr..

Apapun keseronokan beraya kat open house dan buat open house memang tidak dinafikan kan...:)

Sunday, 18 August 2013

Tips Untuk Hasil Brokoli Yang Lebih

Entry kali nie hanyalah sharing untuk mereka yang minat akan gardening..yang tak minat mintak maaf yer..

Alhamdulillah bolehlah dikira berjaya menanam brokoli dimusim nie dengan hasil yang amat memuaskan hati..dekat 2 bulan kami memakan fresh brokoli dr kebun hampir setiap selang sehari. Kalau dibeli dikedai...hmmm tak boleh nak bermewah-mewah sebab memang mahal jugak brokoli nie.

Dikongsikan sedikit tips untuk mereka yang belum experience lagi..yang dah tahu tuh dok diam-diam jerlah yer..

Apabila brokoli kita telah berbunga dan sedia untuk dituai,cuba perhatikan sekitar bahagian bawah bunga tu...

Nampak tak tunas bunga dalam circle merah tuh..? so lihat keliling takut ade lagi yang kecik2 ditepinya pada bahagian bawah.

Bila hendak menuai bunga brokoli nie..potong dibahagian bawah 'handle' bunga tuh dan pastikan tunas-tunas yang kecik tidak dipotong..dibiarkan pada pokok... pokok jugak jangan dicabut..biarkan terus hidup seperti biasa..

Setelah 2 hingga 3 minggu, periksa kembali pokok yang dimana tunas bunganya dibiarkan membesar..kita akan dapati  bunga telah membesar dan sedia untuk dituai sekali lagi dalam masa 3 minggu..lihat bahagian yang dalam circle tuh adalah bunga induk yang telah dipotong..tunas-tunas yang dahulunya kecik telah berkembang disekelilingnya.

Itu sahajalah tips bagi yang belum mengetahui..best kan sekali tanam dapat tuai 2 kali..:)

p/s -kalau ade yg tak sempat BW tuh mintak maaf banyak2 yer..masa kdg2 tak begitu mengizinkan..

Saturday, 17 August 2013

Hasil Kebun Di Minggu Raya

Raya, raya jugak..berkebun kebun jugak..takkan kerana raya kebun diabaikan sampai habis syawal kan..kurang2 jenguklah 3 hari sekali...kurang-kurang malas nak berkebun pun cukuplah dengan menyiram dan mengutip hasil yang mana patut..barulah usaha kita selama tak sia-sia...

Tukang kebun bukannya ade masa nak berkebun pun lately dengan adenya baby kecik nie..jika ade kesempatan jer menjenguh kebun..tapi kurang2 dalam 3 hari tuh at least sekalilah..kalau tak mmg kekeringan dan kerugianlah tukang kebun jika hasil kebun dirasmi oleh makhluk Allah yang lebih cepat...

Inilah tuaian diminggu raya ..walaupun mood raya dah tak mood daa,...

Tuaian pepagi rabu tomato dan brokoli..bersama2 yang baru berhasil kacang botor dan kacang buncis.. 

Tomato semakin banyak yang masak, dah mula menyimpan dalam deep freezer kerana tak habes makan..yang besar tuh dari variety yang baru. 

Brokoli pengakhiran musim sejuk..

Tuaian pagi nie lak..3 biji kobis bulat, tomato dan kacang botor..

Rezki berkebun memang tidak berhabisan setelah mengeluarkan hasil..penjimatan dari berkebun jugak tidak dinafikan..kalau seminggu menuai hasilnya bernilai lebih dari $10.00 agak berbaloi kan..yang penting fresh from garden.

Friday, 16 August 2013

Bila Hajat Dah Tercapai

Hari ini hari raya yang kelapan.. (bagi kami yang kat sinilah.)

Hari yang lepas pantang adalah hari isnin yang baru lepas..

Oleh kerana itu hari raya yang disambut tuh tiadalah disediakan juadah2 raya seperti lemang, ketupat, nasik impit mahupun nasi dagang... tapi tak bermakna juadah2 tu dilupakan sama sekali..malah setiap hari bermain dibenak ini..

Dan juga kesanggupan to break the diet..psikologinya "takperlah berat naik..kan breastfeeding...apa salahnya berkorban setahun sekali demi juadah raya yang susah nak dapat nie, kang nanti esok lusa leh nyeksa nafsu makan lak.."

Setiap hari dok tunggu the right time untuk buatnya, maklumlah En. Big Boss tengah habiskan puasa 6..setiap hari dok intai resepi..hinggalah semalam mula menyediakan bahan-bahan agar hari ini boleh dilaksanakan..kelapa di kopek, dikukur dan dijadikan kerisik dan buat santan..

Pepagi nie lak..awal pepagi masa dak Arissa tidur..turun kekebun, mencabut lengkuas dan kunyit dan serai...


Siap merendang..dalam dilema lak nak buat lemang perantau ker buat pulut kuning..? Tengok dalam blog orang tayang..nampak sedap gilerr pulut kuning..terliur tahap mengidam lah lak..huhhuh..takper..mungkin leh wat dua-dua..buat pulut kuning dulu lah..


Awal2 makan ..rasa cam orang yang kempunan gilerr, tak nyabar-nyabar nak makan...cam 10 tahun tak jumpa rendang dan pulut kuning, pdhal tahun lepas buat...bila dah habis separuh..barulah M.U.A.K dah mula naik..nak habeskannya mulalah macam lekat kat tekak ..susah nak turun..aahhh..enough is enough..muak takleh dipaksa-paksa untuk memakannya...

Hmm..agaknya kena buat nasi impit nie buat kawan ngan rendang..pulut atau lemang memang tak leh makan banyak..tp kalau hero kecik ngan hero tua, makan pulut cam makan nasi sukanya..

Thursday, 15 August 2013

Rocker Dah Tak Rock

Daripada beberapa hari lepas lahir hinggalah penghujung pantang, dak Arissa nie memang tidur tak berapa panjang waktu siang hari..jarang sangat tidur sampai sejam dua..kadang letak kepala atas bantal lepas tertidur, pergi buat kerja..tak sampai 10minit dah kwakawa..memanggil..

Memang kalau nak buat kerja rumah dan memasak tuh terkejar-kejarlah jawabnya, kadang nak minum teh pun tak sempat...somehow berjaya jugak buat biskut raya tuh..:)

Namun tidur malamnya alhamdulillah sangat bagus..lebih dari 3 jam berterusan..cuma bangun paling banyak pun 3 kali sampai kepagi tuk menyusu ngan tukar lampin..

Hinggalah 2 hari sebelum abis pantang teringat akan baby rocker yang dah ada kat umah nie..Aidan dulu tak guna rocker..nie yang dah sedia ade ..peninggalan sanak saudara..

So cubalah untuk letak dak Arissa nie didalamnya (siang hari jerlah)..


Ajaibnya rocker nie pada 2 hari yang pertama, diletak saja dak Arissa didalammya..terus jer tidur dengan mudahnya..jika terjaga ataupun terkejut, boleh tidur kembali sendiri, tak nangis ..boleh tidur lama lebih sejam..sampai rasa bosan dan rindu lak padanya sbb asyik tidur jer..:)

Kemudian bila dah lepas 3,4 hari dia dah mula cerdik..terjaga jer tak mo tidur balik..mesti kena angkat bagi susu..dan tidurkan..baru boleh letak dalam tuh balik..huhuhu..dan tidur pun dah semakin tak lama...agaknya dak Arissa nie nak tidur ngan nenen jer kot. :)

Nampaknya keajaiban rocker tak lama...buaian spring pun tak der kat sini....kalau ade leh jgk cuba.. 

Wednesday, 14 August 2013

Kacang Botor Berbuah Kembali?

Pepagi hari nie turun kekebun sementara che mek kecik masih tidur..meninjau2 keadaan kebun yang dah lama ditinggalkan..begitu tak terurus dan bersemak sekali.

Dalam pada menengok2 akan pokok2 cili, tiba-tiba terpandang akan pokok kacang botor yang berdekatan dengannya..terkejut jugak melihat ade banyak buah yang masih belum matang..sungguh tak percaya masih hidup lagi..lebatlah jugak buahnya..

 Yang diatas bumbung greenhouse usang..banyak buahnya kat atas tu..tak terambik jerr

 Inilah pokok kacang botor yang berkongsi tempat dengan bunga telang..tak perasan lak bila berbunganya..

 Sedang pokok yang kat luar dah mati kekeringan..

Selamat dituai sebagai ulaman sempena lepas pantang..

Rezki kan..walaupun kita tak ambik peduli namun yang Allah jaga dan tetapkan sebagai rezeki kita akan sampai jugak pada kita akhirnya...ingatkan kenalah tanam balik..namun alhamdulillah..sib baik tak cabut pokoknya dulu..

Nuffnang Ads