Friday, 28 June 2013

Our Garden Updates - June'13

Berada dalam bulan June dikira sebagai antara bulan yang tersejuk di Fiji Islands..sejuknya bukanlah mcm kat negara2 4 seasons..min temperature boleh jd between 14-16 degree..maxima siang hari dalam 26 degree..kira taklah sepanas bulan2 dihujung dan awal tahun. Namun kerana Fiji adalah sebuah kepulauan, cuacanya jugak banyak dipengaruhi oleh tekanan udara yang menjadikan suhu yg sejuk boleh menjadi panas, sebelum datangnya hujan lebat beberapa hari.

Kiranya berbanding dengan tahun2 lepas..tahun ini, cuaca kat sini so far taklah sejuk sangat sampai bangun pagi2 menggeletar nak amek wudhuk dan berselimut cukup tebal...bulan Julai nanti tak tahulah plak..boleh berubah lagi..somehow cuaca masih lagi membolehkan untuk penanam sayuran musim sejuk alhamdulillah...

Kita tengok kebun yang telah dirancang penanamannya sejak awal tahun lagi...

 Seimbas pandangan tanaman yang ditanam dibawah teduhan greenhouse yang buruk ..telah menjadi agak padat 

 Pemandangan pada sisi yang lain...

 Dari kanan - Pakchoy, sawi yang hampir sedia dan juga bunga kobis dalam usia hampir 3 bulan..

Sawi yang dibiarkan berbunga dan menjadi benih, sebelahnya brokoli yang berusia 3 bulan lebih..

Pakchoy yang hidup dengan rumput rumpai (tak terjaga), dan brokoli yang telah matang..alhamdulillah beberapa pokok telah mula mengeluarkan hasil.

Batas yang bercampur-campur - Kobis yang sedang matang dan ade yang telah ready, juga brokoli dan bunga kobis dibelakangnya. Yang paling hampir dengan pagar adalah bunga kobis berusia dalam 2 bulan lebih. 

 Tomato yang berusia diantara 2-3 bulan..ade yang telah mula berbunga..

 Dibahagian luar pula kobis yang berusia hampir 2 bulan dan tomato yang telah pun mengeluarkan hasil dan dinikmati...alhamdulillah.

 Ruang yang dahulunya untuk kebun tropika..namun telah berubah rupa sebab tanaman tropika kurang menjadi waktu nie...yang tinggal kacang botor dan petola semakin kekeringan. Tanaman baru pula adalah tomato, kacang buncis dan 4 batas ready untuk tanaman seterusnya..

Anak2 kacang buncis yang berusia hampir 2 minggu..

AUTP PUBLISH : Mintak maap tidak dapat berblogwalking dan menjawab komen2 buat masa ini.

Thursday, 27 June 2013

Segar Dari 'Ladang' & .....



Hasil dari garden di pagi Khamis yang indah...2 biji kobis yang kecil, 2 biji terung yang selamat daripada che burung..ulam raja, tomato dan cili burung...cukuplah kan untuk 3 atau 4 kali masakan.

Tuan rumah kurang mood hendak berblog plak..ehehe..hendak berehat dan membuat perkara2 yang perlu inshaallah. So kalau ade any entry lepas nie adalah auto publish..mintak maaf jugak kiranya tak dapat berblogwalking ataupun membalas komen. Inshaallah kami akan khabarkan berita gembira yang ditunggu-tunggu bila sampai masanya nanti. See ya!

Wednesday, 26 June 2013

Stok Tak boleh Tunggu...

Setelah rancang2 bertanam green veges untuk masa pantang, akhirnya dalam masa menunggu-nunggu masa..sayur2 yang ditanam pun telah hampir matang dan menunggu masa untuk dituai..

Sawi dan pakchoy.. ready for harvest, dibiar lebih seminggu lagi mungkin daunnya semakin matang dan tidak sedap rasanya..sawi pun dah mula berbunga...

Stok sawi yang lebih awal ready..delay masa menuai..akhirnya pokok semakin besar meninggi dan  bunga pun dalam proses nak jadi benih  plak..akhirnya 2 hari yang lepas dituai dan selamat dimasak. Sawi gini takder dijual dipasar disini .sebab tulah precious...

Stok2 yang kemudiannya lak masih kecil dan mungkin will be ready after 3 weeks..begitulah kita hanya boleh merancang..Allah yang menentukan :)

Tuesday, 25 June 2013

Jalan-Jalan, Naik Tangga Turun Tangga

Baru balik klinik appointment, hari nie Week40-Day4, lamanya nak tunggu habes urusan termasuk scan....semuanya alhamdulillah ok,(gabra giler jgk awalnyer tuh)..kami hanya mampu gelak hadoiii..lamanya...still have to keep waiting..:)

Kalau tak kuar jgk..next  week maybe kena induce, harap2nya tidaklah..wallahua'lam...

Setakat ini dah dibawa berjalan-jalan hampir tiap2 hari selepas maghrib, kemudian Ahad lepas dibawa pula naik tangga turun tangga dekat sekolah..

Pemandangan dari koridor sebuah Sikh secondary school (dimana Abuaidan kena transfer this year). Nampak kubah cam masjid..tp tuh tempat ibadah mereka lah tuh.

Abang yang seronok naik tangga turun tangga..takder istilah penatnya dia..

Sibapa yang tekun membuat notice board baru (dlm sakit2 bahunya tuh) untuk departmentnya..

Kemudian layan bunga-bunga yang begitu menyerlah dipersekitaran...





Jangan ditanya tentang nama-nama mereka ini..nanti keciwa..:)

Hmmm..agaknya baby ni nak kuar sama besday ngan mak dia kot..30/6..apapun kami sabar menanti sampainya tempoh yang Allah telah tetapkan..:)

Monday, 24 June 2013

This Could Be The Reason?

Pagi nie dalam mood bercampur2..masih lagi turun meninjau-ninjau kebun dan membuat apa yang patut sebelum inshaallah ditinggalkan bila sampai masanya nanti...

Entah camaner, tergerak hati untuk membelek lebih dekat pokok2 brokoli ..tiba-tiba terlihat sesuatu yang 'magic' yang belum pernah dilihat sebelum nie...

Subhanallah..biar benar apa yang dilihat nie..macam tak percaya lak..heheh...tergaman, rasa sungguh teruja dan sedih dan cam nak peluk2, cium2 brokoli-brokoli yg berbunga tuh (poyo lah tu)..brokoli ku akhirnya berbunga jugak..alhamdulillah..

Satu lagi pokok yang telah jugak berbunga... 

Pandangan yang lebih dekat..sebenarnya baru sebesar ibu jari kaki..

Bilakah mulanya terbentuk..wallahua'lam ..tidak disedari..terasa seperti hendak call big boss nak share the good news nie   (heheh..poyo betul)..pikir2 lak tak pasal2 nak kena sound..dia dok tunggu emergency call, lain call lak yang datang...hhuhuh..

Terpikir juga salah satu sebab masih dok menunggu datangnya masa sakit menjemput nie adalah Allah nak khabarkan berita baik akan 'kelahiran' brokoli nie dulu kan..kurang2 dapatlah melihat dan merasa pengalaman melihat brokoli berisi pulak kan..:)

Sunday, 23 June 2013

Tok Sah Piah


Pagi lepas malam, petang lepas pagi, malam lepas petang dok nunggu saat datangnya sesuatu petanda namun nampaknya masih lagi harus terus bersabar, selagi belum sampai tempoh yang Allah telah tetapkan..:)

Hendak dok baring rehat2 jer terasa rimas jadinya..kalau dok diam tak buat apa2 pun kepala mulalah berfikir bermacam2 teori..so elok jer bangun, masuk dapur dan keep busy..kan?..apa lagi yg boleh dibuat..:)

Bukan rajin sebenarnya mak buyung nie..cuma bila ade keinginan ditambah lak resepi boleh digodek2, digoogle..ade sikit kederat (banyak lg nafsu nak makan), maka merajinkan diri mencuba buat Tau Sar Piah nie.

Makanan chinese yg menjadi feveret dari kecik2 dulu hinggalah ke tua bangka sekarang..masa kecik2 dulu selalu beli bila nampak kat kedai, dibungkus dlm kertas warna putih gitu..masa kerja nga Chinese dulu pun depa selalu belanja Tau Sar Piah made in Penang yang best tuh.

So bila buat sendiri taklah susah sangat kalau ikut resepi betul2..nak buat pun tak lama sangat masanya kalau dan plan awal2 merendam kacang hijau dan sebagainya...

Hasilnya? 

Alhamdulillah bab kulit tuh memang menjadi 100%, cuma bahagian inti jer ade sikit kekurangannya, 80% menjadi..tidak berapa kering dan berderai seperti yang dijual..mungkin masa masak kena keringkan lebih lama lagi..tapi taste not bad...

Somehow alhamdulillah tercapai jgklah hasrat nak makan Tau Sar Piah atau nama kampungnya Tok Sah Piah nie sebelum pantang..:)


Saturday, 22 June 2013

Update#3DAF - Tomato

 Batch#1 - More than 3 months old - dah mula menuai hasil alhamdulillah.

 Batch#2- transferred from compost, +/- 2 months old 

Batch#3 - 1 week after transplanted 

Entry sebagai rekod tukang kebun untuk future reference...

p/s - tak payah susah2 komenyer rakan2..:)

Berbunga Bunga Mat Bunga

Actually orang yang menanam nie namanya bukan Mat Bunga..pun bukan jenis mat-mat bunga..namun kerana bunga ditanam oleh seorang lelaki kita panggil jer lah mat bunga juga..:). Mat bunga nie dahulunya tidak menggalakkan bininya tanam bunga tiba2 tengok dia lak yg menanam pokok bunga..hohohoh

Rasanya usia pokok bunga nie dah setahun lebih..baru nampak bunganya..gabungan ungu kebiruan dan putih..

Rasanya bunga nie berubah dari warna ungu menjadi putih setelah agak lama sikit masanya..

Cantikkan bila bercampur gini..

Yang masih muda..ungu

Inilah pokoknya...

Bila ditanya tuan yang menanamnya apa nama pokok bunga nie..jawabnya "don't know.."

Hmm..mcm bunga kenanga kan..? Ade sesiapa tahu nama sebenar pokok bunga nie?

Friday, 21 June 2013

Hasil Dari Membongkar Kebun Rahsia

Dah dua hari mendung dan hujan turun dengan yg kadar cukup untuk melembutkan serta membasahkan bumi. Dalam hati dok berkira - kira untuk membuat sesuatu..jajan ker untuk anak bujang sorang nie makan ketika maknya berpantang nanti..taklah asyik makan biskut ataupun junk food jer nanti...

Big boss masih lagi tak dapat menggunakan tangannya untuk membuat kerja2 berat..sakit otot bahu masih lagi belum pulih (tarik sikit dah terjerit). Yang mak buyung lak terasa masih ade saki baki energy dengan diberi sedikit masa lagi. So pagi semalam dengan gardening fork yang besar, kurung budak kecik tuh dalam rumah..turun gali isi yang dalam kebun rahsia nie (klik sini napa panggil kebun rahsia)..

Kemudian instead of tanam balik yang sama, gantikan dengan keledek kuning lak..agar dapat digunakan sebagai makanan baby dalam 6 bulan akan datang..keledek kuning nie kadang susah nak dapat kat pasar.

Berbalik kepada isi dari kebun rahsia tadi..setelah digali dalam 2 rumpun berpeluh2..dicuci2..dipotong2, disagat2....digoreng..maka menjadilah all time ferevet kerepek semua orang dalam umah nie..sepagi jugaklah bekerja.. naik sembap jadinya kaki ..


Sebaik sahaja masak dah ade pembeli kecik dok nunggu..sepanjang dok menggoreng..sepanjang itu jugaklah dia dok berulang alik memenuhkan bekasnya hingga terpaksa skip lunch sebab perut kenyang ngan kerepek.

Sebanyak ini sahaja tinggal setelah siap semuanya..yang sold out adalah setengah balang kot (plus masuk perut mak sekali, yg bapak lak rs sikit jer sebab puasa). Malamnya yg budak kecik tuh nak makan kerepek lagi taknak dinner..pagi nie pun nak lagi..hohohoh..nampak gayanya sold out sebelum mula pantang kalau  gini gayanya lagu nie....hmmmm..tak jadi bekal lah gitu..kena sembunyikan kat tempat yg dia tak tahu nampaknya nie..

Thursday, 20 June 2013

When Tomatoes Met Green Chilies


Tomato nie rumahnya sebelah lain yang jaraknya 10 langkah dari rumah sicili. Bila tomato dah masak, warna oren segar gitu, tuannya mula petik..takut2 jadi terlampau masak atau kena sambar ngan makhluk lain ke...since takder cili masak yang bewarna merah ataupun kuning..cili hijaulah menjadi mangsa...

Hasrat tuan rumah untuk membuat sambal belacan yang dok tertanggu-tangguh..maka penyatuan antara cili2 hijau, tomato, belacan, gula garam sebagainya ikut taste tuan rumah..menggodek2 lesung kayu ..akhirnya terhasil sambal belacan yang ringkas setelah dekat setahun mungkin tidak menikmatinya...rupa kurang cantik, tapi rasa tetap puas hati...

Oleh kerana tertarik cerita tukang yang masak sambal belacan sewaktu Obama kat Berlin, yang anaknya JJ yang comel sangat suka makan sup ikan singgang, maka walaupun takder ikan tongkol mahupun ikan kembung atau selayang..hentam sahaja ikan local. Tidak tersangka rasanya sangat hebat (terangkatlah wahai bakul) walaupun tiada lagi stok budu untuk direncahkan kedalamnya..bertambah2 selera tuan rumah dengan sambal belacan berulam raja dan bersinggang ikan wahi..

Menu tuk 2 hari berturut2 nie..cam kemaruk lak..heheh

Wednesday, 19 June 2013

[Wordless Wednesday]Bilo Budok Jate Main Jjua...

Baru balik klinik appointment today...nampaknya anak bulan belum kelihatan lagi.. mungkin 'adik' nak dok beberapa hari lagi dlm perut mak nie..:)

Untuk hilanglah sedikit gundah dihati mak nie layanlah telatah si'abang' ketika masih lagi 'single' nie..

'Abang' yang tekun menggoreng...sapa sanggup makan?

Mak hanya mampu melihat dan tersenyum tengok 'abang' yang dengan kreatifnya setup his workplace, siap susun kerusi meja sendiri tuh..


p/s : Bilo dudak jate main jjua maksudnya bila budak lelaki main masak-masak...hheheh


Tuesday, 18 June 2013

Update#2DBF- Cauliflower/ Bunga Kobis


 Batch#1 - 3 months +++

 Batch#2 - 3 months

Batch#3- 2 months 

Entri ini hanyalah sebagai rekod tukang kebun ...for future reference.

p/s - Jangan susah2 komen...

Menjadi Benih

Banyak pokok2 dan sayuran yang menjadi semakin matang dan kering di pokok..antaranya puncanya memang sengaja dibiarkan untuk buat benih, dan ade juga kerana tak terpetik (terus kering disitu..). Harus sebelum pembersihan batas, mana2 yang dah menjadi benih dikutip dan disimpan...

Buat benih sendiri lebih bagus..fresh dan menjimatkan..benih yang segar dari pokok senang nak tumbuh banding yang dibeli kerana kita tak tahu berapa lama dah dipek dan disimpan...

So sebelum terlupa dan lupus begitu sahaja..inilah yang sempat disimpan oleh tukang kebun...

 Benih zinnia dan bunga marigold..

 Benih ulam raja dan rosella...dua2 nie memang precious, pewaris yang dieksport oleh kawan2 kesini..kalau tak simpan maunya susah nak dapat lagi...

Benih kacang botor dan kacang panjang..berlambak dipokok..cuma malas jer nak kerja2 mengutip takut tak berhabisan pun yer...

 Benih jagung, kacang merah dan petola. Petola memang banyak yang menjadi benih sebab selalu terlepas masa..nak petik tengok2 dah matang...

Benih sayuran yang fresh gini kalau disimpan setidak-tidaknya inshaallah boleh bertahan dalam 3 bulan. Kalau sebanyak ini beli dikedai memang lebih dari $5.00 kot..jimat lah jugak kan..:)

So kawan2 jom buat benih sendiri..:)

Monday, 17 June 2013

Update#3DBF - Broccoli/ Brokoli

Batch#1- 4 months old (+/-)

 Batch #2 - 3months old (+/-)

Entri nie hanyalah sebagai rekod tukang kebun jer..for future reference..

p/s - Sapa susah2 komen, kena denda cuci pinggan..:)


Nuffnang Ads