Friday, 31 May 2013

Round the Island of Viti Levu - Part 1

Since pada trip ke Suva yang lepas telah membuat trip round the Island..pergi ikut sebelah barat..balik ikut sebelah timur..dapatlah melihat keseluruhan keadaan muka bumi pulau yang kami tiinggal ini iaitu Viti Levu...levu tuh pulaulah maksudnya... 

Maka setelah dikumpul2kan segala foto2 yang terbaik..alhamdulillah dapatlah dikongsikan disini untuk memberikan anda sedikit gambaran tentang tempat yang jauh beribu batu dari tanah air...:)

Peta Viti Levu..pulau yang terbesar di Fiji.. tuan tanah bertolak dari Ba melalui Lautoka - Nadi - Sigatoka - Navua untuk sampai ke Suva yang mengambil masa lebih kurang 4 jam..dalam 300km lebih lah... tuan driver pun biasa bawak tak lebih dari 80km sejam.takut kena tiket...huhhu

Perjalanan bermula dari Ba division..yang mana sepanjang perjalanannya di hidangkan dengan pemandangan ladang2 tebu..bukit bukau yang rendah lagi comel dan perkampungan2...

Atas bukit tuh adalah pokok2 pine yang mana salah satu ekonomi masyarakat tempatan melalui kegiatan pembalakan ini..

Pemandangan laut dari atas bukit yang lebih tinggi..nice view kan..

Bila menuruni bukit..

30 minit memandu sampai di bandar Lautoka..(entry about Lautoka town)


Sepintas lalu pemandangan bandar Lautoka..

Meneruskan perjalanan menuju melalui rain trees yang rendang2..redup sekejap..

Landasan sugarcane train...tiada keretapi penumpang disini..cuma tebu jer boleh naik...

Pemandangan sebuah gerai ditepi jalanan..banyak menjual sayur-sayuran..

Ini pula sebuah kuari dan tempat operasi Naim Construction...syarikat dari Malaysia..mereka nie buat jalan untuk sebelah timur fiji..big project jugaklah..

Pemandangan bukit yang berbatu batan lebih banyak di kawasan ini berbanding dengan sebelah kami..

Setengah kemudian dari bandar Lautoka sampailah bandar Nadi..hujan pada masa tuh.. (entry Nadi Town)

Pemandangan sebuah gerai promosi..


Nice view sepanjang jalan..kehijauan dan tidak begitu hutan belantara..masih banyak lagi ladang-ladang tebu dikawasan ini...

Juga pine trees..

Sejam kemudian dari bandar Nadi sampailah ke sebuah bandar yang lebih kecil iaitu Singatoka Town..

Sebuah jambatan lama yang runtuh..

Singatoka Masjid..tempat persinggahan yang mesti setiap kali membuat trip ke Suva...

Perjalanan diteruskan dengan masih ade 2 jam untuk sampai ke destinasi..banyak pemandangan2 yang menarik dihidangkan sepanjang jalan..antaranya...


So ikutlah part yang seterusnya untuk melihat lebih banyak pemdangan yang indah2 disekitar pulau...:)

Thursday, 30 May 2013

Barfi & Pera

Pernah dengar nama Barfi? atau Pera? mungkin tak pernah kan, tuan rumah pun sejak dok kat sini  baru kenal ngan nama2 nie semua. Kalau sebut Indian Sweets tahukan? alaaa yang tersangat2 manis selalu dijual ditepi2 jalan pada musim Deepavali. 

Kat sini indian sweets banyak dijual kedai2 sweets mahupun restauran tanpa mengira hari mahupun musim. Kalau musim perayaan tuh memang banyaklah yang dibuat dirumah2..hari raya pun lagi meriah ngan sweets nie.

Tak mao cerita tentang semua jenis sweets, namun cukuplah yang menjadi feveret kami jer.... :)


Yang selalu dibeli, yang warna susu tuh feberet En. Abuaiadan, yang warna kopi tuh my feveret dan yang bulat kecik tuh feveret Mr. Aidan. Yang Coffee Barfi tuh paling sedaplah since taklah manis seesssangat..ade rasa2 kopi dan kacang sikit didalamnya. Yang putih tuh lak..manis cam makan susu dah dan banyak rasa buah pelaga yang diparut. 


Yang bulat2 feveret Aidan tuh dipanggil Pera..dibuat dari susu, parutan buah pelaga, minyak sapi..rasa manis jugak cam coklat susu gitu..Aidan tiap kali bapaknya berpergian dia akan cakap "Please buy some Pera..".. sampai suatu ketika dl, cucu jiran sebelah umah yang baik ngan dia nak kuar dia suruh buat balik pera..heheh, muka tak malu budak kecik tuh...:) 

Wednesday, 29 May 2013

[ Wordless Wednesday] Tetap Melayu Dimana-Mana Pun..

Mana boleh dipisahkan dengan ulam, budu mahupun sambil belacan..

Ulaman segar,tuaian dari kebun -kacang botor, petola, kacang panjang dan ulam raja

Dinikmati bersama2 dengan budu cap ketereh...telur menjadi pelangkap..

Tuesday, 28 May 2013

Bila Hari Hujan.....

Hujan lebat seharian semalam..pagi nie pun masih lagi mendung dan hujan renyai2...bestnya ada alasan untuk tak perlu kekebun..sebab Allah dah turunkan hujan yang lebih dari cukup Alhamdulillah..

Semalam cuma keluar kejap bila hujan reda sikit tgk sayur2 dikebun..ade yang tumbang dibetulkan..

Cuma kacang panjang tumbang tak tertolong..kena letak pancang lebih lagi nampaknya..

Pagi nie lak terlebih rajin dalam hujan rintik2...

 
'Trimming' pokok lengkuas yang dah terlampau besar daerahnya..blocking cahaya untuk tanaman lain..tinggal sket untuk wat mandian dlm pantang kan...

Juga menanam cili.(takper tanam sekali bbrp pokok..mereka boleh hidup)...cuaca gini bila alih tanaman senang sket nak idup..inshaallah..

Lantas terlihat akan pokok kacang botor yg lebat buahnya tak terkejar mengutipnya...

Terpikir untuk buang yang dalam greenhouse..kelihatan semak..yg nie pun lebih dari cukup untuk dibuat makan..

Sebelum beransur kedalam rumah, sempatlah  mengutip yang mana patut...

Kailan yang bakal menjadi kailan ikan masin for lunch..inshaallah...terung dan juga kacang botor yang tiap2 hari dok makan krup krap krupkrap...

Hujan masih lagi on and off kat luar..yang didalam rumah cepatnyer terasa lapar walaupun dah isi perut kejap tadi..mata pula semakin berat macam rindukan che bantal gitu sejuk2 gini...

Monday, 27 May 2013

Fund Raising ...Sweat Raising...

Hari jumaat yang lepas big boss tiba-tiba cakap kena make something untuk dibawa kesekolah on Monday sebab ade fund raising..kelasnya punya turn untuk berjual mual..huhuhu..so nak bawak apa untuk dijual yer? blur jugak..bukannya pernah masak banyak2 untuk dijual mahupun berkenduri..

So dia cakap buat Bara (masalodeh) sebab pernah buat sekali jer then dia sangat2lah suka dan sedap katanya..heheh (angkut bakul indirectly)..and buat Gulgula  (ala2 jemput2 manis)..yg nie pun dia like so much tiap kali goreng..so kira yg dia approved lah tuh dicadangkan utk dibuat.. then cakap why not buat kerepek ubi..dia agreed tapi tak larat nak cabut serta cuci dan potong..huhuh

At the end..mendpt persetujuan tukang yg kena masak dan yg kena bawak kesekolah untuk buat just Bara dan Gulgula..kang buat karipap takut tak laku .tak pasal2 lak...:)..

Projek yang bermula pagi ahad lagi kena rendam dekat sekilo dhal .. lebih 10 jam jugaklah...sehingga kembang berganda dan lembut...kemudian petangnya sebelum maghrib blend guna food processor..

Kemudian campurkan ngan semua ramuan yang patut..daun ketumbar, daun kari hiris kecik2.. garam..bawang putih dan halia..simpan siap2 untuk digoreng pagi esoknya.

Pagi ini seawal kul 4.30am bangun..mix semua bahan2 untuk gulgula..ngan self raising flour,air, susu tepung..serbuh buah pelaga, gula dan buah kismis..biarkan rehat dekat sejam sementara habis solat subuh.

Proses menggoreng bermula kul 5.30am..menggentel bulat2..leper2..dengan2 buah kuali..big boss tolong  gentel dan goreng masalodeh..bos kecik pun bangun seawal pagi..tukang bercerita bertanya2 dan food tester...:). 

Dekat kul 7.00am siap kerja penggorengan, alhamdulillah..namun berpeluh-peluh dipagi hari tukang masak yang dah cepat panas dan berpeluh ...big boss keluar beli bread untuk breakfast...

Bara atau Masalodeh yang semerbak wangi dan sedap baunya dari jauh lagi..lebih dari 100 keping....mungkin 10 sen satu kot nak jual..

Gulgula atau jemput2 manis..rasanya lebih 150 biji kot..big boss kata nak jual 50sen tiga biji..

Semua pulangan dari jualan fund raising akan disimpan untuk kegunaan pihak sekolah katanya...takperlah..

By the time siap hantar dia kat pintu nak pegi kerja..terasa kepenatan dan kepanasan bagi nak pengsan..penat rupanya nak masak untuk berjualan nie kan. Next week katanya kena buat lagi...pengsan..pengsan...berpeluh-peluh lagilahlah jawabnya...:)


Sunday, 26 May 2013

Masak Nasi Cara Alternatif

Katakan tiba2 periuk nasi anda rosak sewaktu hendak masak lunch..(perut pun lapar masa tuh).. hendak pergi restauran pun agak jauh kena naik kereta, malas pun yer jugak.. hendak masak guna periuk biasa, tak biasa..takut nasi tak masak atau terlebih lembik...jadi ade satu alternatif lagi boleh digunakan...

Memasak nasi Indian style. ..heheh. since dok sini banyak belajar cara masakan depa kan..heheh.. cara nie actually lebih senang dan praktikal dari cara masak dalam periuk biasa dan anggar air...

Kaedahnya :

  • Mencuci beras seperti biasa..kemudian masukkan air..pastikan air yang dimasukkan adalah 3 kali ganda (kalau beras suku..level air tuh mestilah lebih 3/4 daripada periuk..)..sebab kalau air sikit...susah lak nak buang air sebab nasi jadi pekat..banyak air lagi bagus..guna periuk besar sket...
  • Dimasak menggunakan api biasa..cuma keep checking ngan senduk samada beras dah cam masak atau tidak..boleh kaut sikit dan try makan..kalau masak boleh tutup api...

Salah satu tanda nasi dah masak juga adalah butir nasi kelihatan terbelah kebanyakkannya..tapi bukanlah pecah2...
  • Kemudian buang air yang bercampur ngan nasi sekering mungkin..tutup periuk untuk mengelakkan nasi daripada terkeluar..
Keringkan sekering mungkin

  • Lepas tuh..dah siaplah....tutup periuk dan biarkan 5 minit sebelum dihidangkan..

Sebenarnya banyak kebaikan masak beras camni walaupun tidak releks seperti masak ngan rice cooker..antaranya boleh mengurangkan kanji (starch) yang berlebihan yang terkandung dalam nasi dengan membuang air beras yg berwarna putih setelah dimasak. Nasi dengan kandungan kanji yg rendah boleh mengelakkan kegemukan..sesuailah untuk orang yg diet..

Satu lagi kebaikan cara nie adalah nasi tak melekat diperiuk ..senang nak cuci berbanding ngan nasi yang dimasak didalam periuk biasa dan meletakkan air.

Somehow..beras yang dimasak dengan rice cooker atau tanpa membuang air rasanya lebih sedap kerana kandungan kanjinya itu..so pilihlah cara ikut selerea..:)

Tips - Cara Nak Menguatkan Tanaman

Dikongsikan sedikit tips yang biasa kami untuk membantu menguatkan tanaman..terutamnya yang telah dialihkan dari bekas semaian.

Selepas 2 minggu dialihkan..anak sayuran biasanya dapat menyesuaian diri dengan persekitaran yang baru dan semakin membesar. Namun dalam pada itu kita perhatikan ade yang terkeluar akar, terbalik dan sebagainya...cara kena tolong sikit supaya mereka nie lebih kukuh kedudukannya..

Anak bunga kobis  yang berusia sebulan lebih pun masih belum tegap kedudukannya..silap2 haribulan batangnya boleh patah ditiup angain mahupun siraman air yang kuat.

Kautkan tanah yang disekitarnya menutupi bahagian batang.. dengan ini tanah dapat menyokong batang supaya lebih tegap...

Setelah diberikan sokongan..tanaman kelihatan lebih kuat...

Seelok-eloknya dibuat daripada usia tanaman 2 minggu lebih..dan berterusan sekiranya tanaman kelihatan tidak kuat dan tegap...inshaallah dengan cara ini tanaman menjadi lebih kuat dan cepat membesar...

Saturday, 25 May 2013

Kek Buah-Buahan Makan Sekali Nak Lagi

Lama dah tak makan kek kukus..tiba2 dtg keinginan untuk buat kek buah2an nie..kalau beli kat kedai kek buah-buahannya kering dan kurang sedap..baik buat sendiri jer ..so last week merajinkan diri mengukus kek nie. Sebenarnya bahan2 dah dibeli lama dah cuma kerajinannya jer yang kurangnya...so takut big boss mula bising barang beli tak buat, maka kenalah mulakan operasi sepagi...

Kek buah-buahan yang dikukus hampir 3 jam.. lembap dan sedap..tak sabar2 tunggu sejuk terus dipotong...

Memang berbaloi walaupun mengambil masa.sedap..makan sekali tak cukup...jadi keesokkan harinya dah sold out..:)..macam kena buat lagi nampaknya...

Resepi Kek Kukus Buah-Buahan
(diambil dari En. Mat Gebu ...mintak izin kongsikan siniyer..)


BAHAN-BAHANNYA :-) 
375 g buah2an campuran (mix fruit) 
250 g mentega 
300 g tepung gandum* 
1 camca teh sodium bicarbonate* 
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) - tuan rumah tak letak
3 biji telur gred A 
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar') 
150 g gula pasir (untuk gula hangus) 
1/4 cawan badam keping (flakes almond) 
1 biji pala, diparut (nutmeg) 
Ceri merah/hijau untuk hiasan 


CARA MEMBUATNYA :-) 

  • Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  • Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  • Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  • Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai.... 


Peminat Kek Buah-buahan mesti mencubanya..sedap nie..tak susah pun nak buat..cuma kena kukus jer lah lama sket..tak berbaloi..:)

Cara Kami Menanam Kobis - Part 2

Entry khas bagi rakan2 yang minat bertanam..perkongsian cara kami menanam kobis.

Bersambung dari bahagian 1,dimana kita telah tengok bagaimana hendak menyemai benih2 kobis..inshaallah kali nie dikongsikan lagi bagaimana kaedah kami menanam kobis nie..

Anak semaian kobis yang berusia lebih dari seminggu...lihat pada daunnya telah berbentuk gerigi dan juga lebih dari 3 daun terbentuk..sesuailah untuk dialihkan ketempat yang lebih permanent..kobis tidak sesua dialihkan beberapa kali kerana pembesarannya boleh terbantut.

Batas tanaman yang disediakan terlebih awal. Telah siap digaulkan dengan baja tahi ayam.

Anak2 kobis yang telah sesuai untuk dialihkan..

Lihatlah daunnya yang melebihi 3 helai..dan anak semaian cukup kelihatan cukup sesuai.. tidak kecil dan juga terlalu besar..usia diantara 1 minggu lebih hingga 2 minggu paling elok untuk pengalihan.

Lubang kecil digali, anak semaian diletakkan didalamnya..

Dikambus dengan tanah sekeliling batangnya (lebih 3/4) .tetapi jangan menutupi daun, teutamanya bahagian pucuk..kerana boleh membantutkan pembesaran ataupun terus tidak membesar...

Anak2 kobis yang telah siap dialihkan kebatas...alhamdulillah.

Seeloknya tutuplah batas dengan jaring ataupun bekas yang membenarkan cahaya masuk..untuk mengelakkan kepanasan..siram sekurang-kurangnya 2 kali sehari pagi dan petang...Kobis biasanya mengambil masa dalam empat bulan untuk matang.

Inshaallah jika diizinkanNya kita akan melihat perkembangan kobis dimasa hadapan...

Nuffnang Ads