Tuesday, 30 April 2013

Pokok Nona Berbuah Dua Kali

Pertama kali berbuah untuk musimnya adalah hujung tahun lepas dan kami sepatutnya menikmati hasil pada awal tahun. Namun begitu kerana pada hujung tahun lepas jugak Fiji teruk dilanda taufan, maka buah nona yang sedang membesar dan menunggu masak ketika itu terjejas teruk...hanya sedikit sahaja dapat dinikmati.

Somehow miracle dan rahmat dari Allah swt, pokok yang begitu condong kepagar akhirnya berbunga dan berbuah sekali lagi selepas kejadian taufan itu..dan Alhamdulillah mula masak untuk dinikmati pada peluang kedua..:)
 
 Buah nona yang hampir boleh dipetik untuk diperam sebelum dimakan.  Bila dah nampak kulit semakin cerah warnanya dan merekah sikit eloklah dipetik sebelum menjadi habuan sang burung.

 Pokok nona yang berbuah dua kali..perhatikan betapa condongnya..

 Buah nona yang telah masak setelah semalaman diperam. Jika kulitnya agak merekah dan bila dipicit agak lembut, maka readylah ia untuk dimakan.

Isi didalamnya yangg manis bersari..jarang kita jumpa nona yang isinya masam. Kerana kemanisannya jugak buah nie kalau dibiarkan ..biasa mengundang sang semut.

Jika lihat sekali imbas seperti durian belanda dan nona serikaya kan..namun saya dah cuba ketiga-tiganya..yang ternyata buah nona lebih lazat kerana kemanisannya. Orang2 disini memanggil buah nona nie Sarifa..

Monday, 29 April 2013

Kebun Budak-Budak Sekolah

Sebenarnya dari dulu lagi saya minat melihat2 dan meninjau2 kebun milik orang lain..bukanlah busy body..tapi mencari ilham camaner nak buat untuk kebun sendiri jugak. Salah satu kebun yang suka ditengok adalah projek agricultural disekolah..amat menarik sekali dan banyak aktivitinya..

Jom kita layan projek pertanian dikebun secondary school kat sini...semuanya diuruskan oleh agricultural students..bukan tanggungjawab tukang kebun...

Luas kawasannya..banyak ditanam kacang panjang dan terung pada bahagian ini.

Ini adalah pokok Bele yang pernah sy ceritakan pada entri yang lepas

Greenhouse yang dipenuhi dengan sawi putih dan kacang panjang..

Perhatikan sawi putih yang ditanam disisi greenhouse.

Juga terdapat sebuah nurseri di sini..

Pelbagai pokok2  yang mereka tanam.

Pokok bunga purple nie (lupa lagi namanya)..kelihatan cantik bila ditanam banyak2..

Dibahagian hadapan juga banyak ditanam dengan kacang bendi dan sawi putih

Kawasan penternakan ayam

Yang bulu gelap nie ayam telur..kelihatan peminat ayam leka bercakap ngan ayam..:), dari kecik sampai skrang bila dtg sekolah nie mesti nak tgk ayam..kejap2 jom gie tgk ayam...

Yang putih lak adalah ayam daging..ayam nie biasanya bila dah ready dijual kepada guru2 dan pelajar sekolah.

Seronok kan bila mempunyi kawasan yang luas dan tenaga yang banyak untuk membuat  kerja2 kebun, dapatlah organise kebun dengan baik dan sedap dipandang mata....

Sunday, 28 April 2013

Wedding Walimah Lagi..

Malam tadi punya walimah..kawan baik En. Abuaidan kawen ngan pompuan yang duduk di New Zealand..taklah wedding besar-besaran pun, actually nikahnya tengahari semalam kat masjid..namun kami tak ikut sebab ade mslh teknikal..


Dewan sekolah kamil yang sy pernah cerita dlm entry dulu (blh sewa).. kerusi penuh tapi jemputan jer yg tak penuh..tak banyak pun hiasan cuma bahagian pentas jer lah rakan2 tolong hiaskan..lps maghrib patutnya majlis bermula namun biasalah nak tunggu orang penting tiba terlambat jugak majlis bermula..


Anak bujang yang kepenatan dan ngantuk sebab siang tak tido..dok kejap dlm dewan, dengan hiruk pikuk music Bollywood tuh dia tertido..sib baik sblm datang dah bagi makan nasi kenyang2...(learn fr experience kan..heheh)..ngan tertido kepala dipangku nie ssh jgak nak bergerak amek gambar...


Kul 8pm barulah pasangan pengantin masuk dewan agar acara dapat dimulakan..sikit  punyalah lewat nunggu, kesian kan tetamu2....anyway costume depa nie nampak nice jgk kan..


Bersanding dipentas dan ramailah yang mengambil gambar..tidak pergi ke pentas pun ..cuma zoom dari tempat duduk jer..


En. Abuaidan yang diminta untuk memberikan speech yang berupa nasihat didalam salah satu atucara program. Kerusi kosong didepan kerana jemputan lelaki kebanyakkannya berdiri dibelakang. Antara atucara program adalah introduction about the couple, syarahan dari ustaz jemputan, nasyid, ucapan dari keluarga, pengantin lelak dan doa. Kul 10 lebih barulah program habis dan jamuan disediakan.


Pasangan pengantin dari dekat. Sama cantik sama padanah kan dari segi fizikal luarannya kan.


Lepas jamuan kul 10 lebih, majlis beransur tamat. Pihak keluarga dan rakan2 menolong mengemaskan dewan agar boleh dapat balik duit deposit. Aidan pun dah terjaga balik waktu nie..siap seronok bermain bersama2 rakan yang ditunggu-tunggu.


Aidan danZakie (2 yrs elder than Aidan), anak kepada rakan yang rapat dengan kami dimana inshallah bila nak gie hospital bersalin nanti dengan keluarga inilah Aidan bakal ditinggal sekejap.

Dekat kul 12tgh malam barulah sampai umah..bilamana kaki dah naik bengkak dan gatal sebab air turun kekaki gamaknya (not enough rest)..so seharian hari ini berehat sahajalah beriya-riya dengan makanan yang  lebihan kenduri pun ade diorang bagi cukup untuk  bekfes, lunch & dinner hehehe..

Hampir 10 Bulan Baru Berbunga

Ditanam pada ujung bulan puasa yang lepas..kalau orang lain dah tak berhabisan mengutip buah buat ulam dan setengahnya dah jadi benih balik, namun kacang botor yang dibawa masuk ke Fiji ini barulah kelihatan berbunga kebelakangan nie..lama sungguh menunggu. Ini baru berbunga, belum berbuah lagi... budu yang reserved nak makan ngan ulam nie pun dah nak abes....:)

Kedua2 tempat yang dutanam kacang botor nie nampkanya berbunga serentak..banyak bunga yang muncul..kalau dimakan burung jugak  pun moga dalam banyak2 tuh ade jugaklah sedikit yang menjadi buah inshaallah. Kalau takder buah jugak, nampaknya cabut buang semuanya tak serabut...dan ucapkan selamat tinggal wahai kacang botor....see you in Malaysia..:)

Saturday, 27 April 2013

Jangan Dilepaskan Tangan Mereka

Teringat pada suatu malam yang En. Abuaidan pulang agak lewat lepas maghrib, bila ditanya apa yang berlaku, katanya ade eksiden berlaku didepan matanya sewaktu hendak pergi masjid bersama anak bujangnya tadi..

Eksiden yang melibatkan anak kecil yang agak seusia dengan Aidan, berlaku di atas jambatan menuju kebandar..anak kecil itu hendak melintas keseberang dan teksi pula datang dari arah yg menuju kebandar..teksi tidak laju manapun..cuba membrek sepantas mungkin namun kerana sudah dekat sangat bergeser jugak dengan anak kecil tuh sebelum teksi betul2 berhenti..

Atas jambatan, tidak dibenarkan berhenti..kelihatan datang seorang fijian woman bergegas2 menuju dan memeluk anak kecik tadi..berlumuran darah jugak..kerana wanita tadi agak menggelabah, tidak menghiraukan panggilan En. Abuaidan untuk menghantar mereka kehospital..akhiranya terpaksa tahan kereta dari arah bertetangan untuk menghantar kehospital dengan lebih cepat lagi..

Dijambatan inilah berlakunya eksiden

Usai solat, dia pergi menjenguk mereka di hospital kerana berasa tidak sedap hati..kelihatan anak kecik yang dilanggar teksi tadi berbalut didahi, kedua2 lutut dan sikut..barangkali terjatuh dalam keadaan merangkak..nasib baik tiada kemalangan serius..Alhamdulillah..namun kecederaan dalaman...wallahua'lam...

Wanita itu pula rupa-rupanya pengasuh/ maid kepada budak lelaki yang eksiden tuh..sedang asyik menikmati pemandangan sungai dari atas jambatan, tidak sedar yang pegangan tangan budak kecik itu terlepas darinya...Abuaidan menolong menghantar wanita itu kesebuah rumah, mungkin majikannya kot..tidak tahulah bagaimana dia hendak menghadapi majikannya itu to explain to them kemalangan yang telah berlaku pd anak mereka..

Cukup marah Abuaidan ngan kecuaian pompuan tuh..katanya you were lucky since God save him...kalau teruk dari tuh...wallahua'alm...katanya jugak, pastinya teruk maid to nanti kena ngan majikannya.memang patut pun...sebab cuai dan tak boleh pkir...

Moral of the story, peganglah tangan anak2 kita yang kecik erat2 sewaktu berada diluar rumah..jgn sesekali dilepaskan..kita tak dapat meneka apa yg bakal terjadi..take precaution better..kalau kita harapkan anak2 utk memegang tangan kita pastilah bila nampak sesuatu yg interesting nanti akan dilepasnya tangan kita...janganlah bila terjadi sesuatu yg tidak dingini nanti menyesal tak habis pulak....

Begitulah Seadanya Rezeki Dari Kacang Panjang

Bila kita dah bertanam dan mencapai tempoh kematangan tanaman yang pasti adalah menunggu hasilnya kan. Hari demi hari dok menilik  bila nak berbunga nie..bila dah berbunga bila nak berbuah nie..Bila dah nampak banyak bebunga kembang, namun tak nampak lak  buah muncul menjadi pelik bin ajaib dan hati mesti tertanya2 dimana silapnya kan...

Lihatlah betapa rimbunya pokok kacang panjang nie..betapi banyaknya cangkuk2 bunga yang muncul..namun tidak kelihatan buah2 yang panjang bergayut. Apa sudah jadi adakah perubahan cuaca ataukah pokok menjadi mandul atau apakah kemungkinan2 yang lain..

So happen bila teliti dari dekat, hendak diperlihatkan petunjuk barangkali..rupanya ade buah pada bahagian bawah pokok yang telah sempurna menjadi buah yang boleh dipetik mahupun yang masih dalam proses pembentukan. Teringat akan perbualan dengan seorang auntie yang juga berkebun dirumah..katanya jirannya juga bertanam kacang sepertinya namun tidak mendapat hasil..rupa-rupanya bunga2 dimakan siburung Bulbul.. memang biasa kelihatan bulbul pada pokok kacang nie..namun tidaklah buruk sangka yg mereka amek segalanya.... 

Inilah rezeki dari kacang panjang kali ini yang ditakdirkan untuk kami..Alhamdulillah. Biarpun sedikit namun setidak-tidaknya ianya sebagai petanda bahawa it's not a failure..mungkin masih ade harapan..masih ade rezeki inshaallah kalau memang sudah tertulis...:)

Friday, 26 April 2013

Muslim School In Fiji Islands

Assalamualaikum dan Salam Jumaat anda semua yang budiman..:)

Hari yang mulia ini nak berkongsi tentang sekolah muslim disini..

Untuk pengetahuan kebanyakkan sekolah2 disini tubuhkan oleh komuniti selain dari sekolah yang ditubuhkan oleh kerajaan..maknanya komuniti muslim akan tubuhkan sekolah mereka, hindu, sikh dan sebagainya begitu juga..Sekolah2 muslim rendah dan menengah disini ditubuhkan oleh Fiji Muslim League (FML) dengan dana mereka sendiri dan juga contribution daripada negara2 Islam luar negara. kalau mengharapkan kerajaan memang takkan adalah sekolah muslim dibumi Fiji ini. 

Yang baiknya penubuhan sekolah oleh komuniti adalah merekalah pengurus sekolah,  big player in decision making dan lebih berhak daripada pihak kementerian pelajaran. Perbelanjaan pentadbiran seperti gaji kakitangan dibayar oleh kerajaan dan juga dana diberikan untuk membaikpulih sekolah..namun sesetengah perbelanjaan ditanggung oleh FML. Sylibus mengikut Kementerian, kecuali madrasah2 yang ditubuhkan oleh FML, merekalah yang menetapkan.

Dengan sedikit info itu, mari kita round round tengok sekolah mereka...


Pintu masuk utama

Bangunan memuatkan bahagian pentadbiran

Auditorium foyer, auditorium juga sponsored oleh seorang jutawan dari Saudi, Sheikh Kamil.

Bangunan sekolah yang menempatkan kelas2 dan makmal2..


Pemandangan bangunan yang terletak disebelah dalam

Padang bola yang luas dan pemandangan yang cantik

Kemudahan tandas dan tempat wuduk bagi perempuan


Dewan kantin yang agak berselerak

Pemandangan didalam kelas

Suasana pelajar didalam kelas (gambar pinjam)

Sebenarnya sekolah ini telah lama ditubuhkan, berpuluh2 tahun lamanya mendidik anak2 muslim dibandar ini.         Uniform pelajar2 disekolah2 disini adalah mengikut komuniti masing2..jadi sekolah muslim menggunakan warna hijau sebagai uniform mereka dan pelajar diwajibkan bertudung dan berseluar panjang. Bezanya jika kita hantar anak2 kesekolah biasa yang bukan muslim, anak2 tidak berhijab dan memakai seluar pendek kesekolah... dah tuh plak doa pagi2 kena ikut agama merekalah kan....

Thursday, 25 April 2013

Marigold atau Bunga Tahi Ayam

Setelah sekian lama menunggu akhirnya Marigold daripada benih kiriman Kak Puteri Purnama telahpun berbunga..seronok dan puas hati tukang kebun kerana hajat nak memiliki bunga nie di taman sendiri akhirnya tercapai..pun begitu baunya masih belum 'semerbak' lagi dilaman...:)

Kuning

Orange

 Masih belum kembang

Yang pokoknya mengingatkan tukang kebun akan kisah lucu yang diceritakan oleh Kak Zakie...kalau tengok sekali memang seperti ulam raja jugak kan...:)

Menanam marigold nie bukannya susah pun..main tabur jer benihnya..disiram sekali sekala ketika rajin.. mungkin lambat  muncul kerana terselindung dibalik zinnias yg ditanam dipatch yang sama.

Semoga bunga2 dilaman ini tetap menjadi lambang persahabatan dengan pengirimnya daripada awal blog dibuka hinggalah selama-lamanya..inshaallah...:)

Wednesday, 24 April 2013

[Wordless Wednesday] Wailoaloa Beach

Bersantai, bermandi manda di tepi pantai betul2 ditengahari yg panas...melampau kan...)


Pasir yang panas takleh nak pijak berkaki ayam..


Macam pokok kurma kan?

Kata mereka .. ''don't feel hot...."

Proses penyamaan kaler kulit ngan msykt tempatan..:)


Nice panorama kan?

Rupanya ramai lg yg berkulit tebal jgk...:)

Nuffnang Ads