Sunday, 31 March 2013

Ketika Kau Tiada

Hari ini En. Abuaidan kena pergi meeting lagi seharian dkt Nadi (1hr from here)..maka tinggallah kami berdua di cuti Easter nie...somehow tak mengapalah, tidak perlu merasa bosan dan bersedih ditinggalkan..banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat...

Pagi2 lagi turun kekebun setelah hujan akhirnya reda dihari ini..round round kebun tengok keadaan anak2 yang dilanda hujan..kuatkah mereka...alhamdulillah cuma ade sedikit yang sudah kecundang...

Anyway memandangkan sawi putih telah pun sedia untuk dituai..maka pagi tadi selamatlah sebahagian mereka untuk dijadikan sayuran yang diidam-idamkan....


Kemudian setelah selesai membuat kerja2 rumah mana yang termampu..merajinkan diri untuk memasak makanan feveret yang tidak digemari sangat oleh En. Abuaidan.... masa dia takder nie lah amek kesempatan..hehehe


Beehon goreng Singapore menggunakan sos tiram dan lada hitam... beehon nie sangat lembut berbanding ngan yang digunakan sebelumnya..yg ini dibeli from Suva tempohari..enak dimakan bersama fresh chilies, timun dan saki baki keropok kelantan...

Kemudian merajinkan diri jgk membuat agar2 koktail..bahan2 yang dibeli tempohari...


Agar2 koktail yang sengaja dikurangkan buah  kerana anak bujang tak suka makan buah. Yang ini menjadi kegemaran semua orang didalam rumah..memang cepat sangat sold out....nak buat lagi tapi susu sejat kat sini memang tersangatlah mahal..kalo tak hari2 leh buat..huhuhu

Sedang berehat2 selepas lunch..tiba2 terdengar seperti pintu pagar dibuka..eh awal pulak big boss balik meeting...katanya ada problem/ kekecohan kat tempat meeting tuh, malas dia nak join..hmmmm..sib baik ade lagi balance beehon yang disimpan untuk makan kemudian (mmg tak sediakan lunch), makanlah jugak Big boss sebab sudah  kebulur. Hancus rancangan nak pulun puas2 beehon feveret nie hehehe.....:)

Saturday, 30 March 2013

Daruka atau Tebu Telur

Pernah dengar daruka? Mungkin tak pernah kot...sy sendiri pun belum pernah mendengarnya sebelum nie..:)..Actually Daruka (dalam Fijian language) merupakan sejenis tanaman asli Fijians..

Updated info dari pengomen - Di Malaysia dikenali sebagai tebu telor..familiar tak?

From sugarcane family, Inilah dia si Daruka.....

Batang yang dibahagian bawah memang kelihatan seperti tebu..namun tidak dimakan seperti tebu..yang dimakan adalah pada bahagian atasnya..

Seolah2 seperti rebung, isinya yang berwarna putih berada dibahagian dalam setelah dikopek2 daun atau kelopaknya...(abaikan pemandangan garaj yg bersepah tuh)

Inilah yang diambil  untuk dimasak...lembut nie..kalau diramas ngan tangan pun boleh hancur gitu jer...

Belum pernah memasaknya sebelum nie..namun ada orang bagi terpaksalah gunakan jugak kan...ada orang masak bersama2 dengan daging mahupun ayam..dan yang kami masak nie bersama2 ikan tuna.

Dari segi rasa...rebung lagi sedap..mungkin sebab tak biasa kot dengan Daruka nie....mungkin lepas pertama kali masak nie, tidak akan ada yang kedua kalinya...lainlah kalau ade orang bagi..terpaksalah pulak makan kan..anda pernah makan tebu telur nie..?

Friday, 29 March 2013

Tuaian Jagung Manis Lagi Segar

Assalamualaikum & Salam Jumaat, anda semua yang budiman...

Hari ini merupakan permulaan Easter Holiday lah disini...semua kedai2 ditutup mahupun market jgk. so duduk dirumahlah diam2 sambil makan ayam turkey panggang..iyerlah tuh.....

Anyway since takder turkey and takder reason nak makan turkey..dihari yang mendung dan hujan berintik2 dari awal2 pagi lagi..eloklah masuk kebun cari sesuatu yang boleh dijadikan makanan ..walaupun berhujan sikit....

Inilah hasil lawatan kekebun dipagi nie....rezki di hari hujan...

Sedikit ketumbar, bendi dan yang paling utamanya tuaian pertama jagung manis di tahun ini..

Cepat kan masa berlalu..dalam 3 bulan menanam bersusah senang..akhirnya dah dapat mengecap hasilnya..alhamdulillah...murah rezki kami, hampir setiap pokok menghasilkan 2 buah yang gemok2 dan sehat..


Daripada tak tahu apa nak dimakan dimusim hujan nie...dapatlah jugak buat sesuatu dengan jagung nie..inshaallah rebus lah paling mudah..sebab malas nak buat pengat walaupun teringin nak makan..hihihi


Jagung biasanya tak boleh tunggu lama sangat sebelum dituai..takut terlebih matang kang keras pulak untuk dimakan..so nak tahu ready ker tak, kopek sikit kulit luarnya tengok dah kuning ker blom....


Thursday, 28 March 2013

The Truth About Their Banana

Ingat tak pasal pisang yang kami beli on the way balik Suva kat tepi jalan tu..? Alhamdulillah pisang2 tuh telah selamat menjadi sebahagian darah, daging dan lemak kami daa...:). 

Tanpa menunggu lebih lama, keesokkan harinya, dah siap digoreng dah.(kan dah cakap bertahun2 tak jumpa goreng pisang...kempunanlah nie...:)

 Masa nie pisang masih belum masak lagi..nak kupas kulit pun kena guna peeler.. potong2 kecil & digoreng 2 biji dahulu..dah siap tak rasa cam pisang sangat.. manis pun tidak..tapi bolehlah kerana kempunan kan...yang big boss lak ingatkan goreng sukun atau keladi..huhuh

Esoknya pula. di buat pengat makan dengan pulut....

Sebiji jer dulu..tuhpun liat nak menghabiskan, tak rasa seperti pengat pisang sangat, pengat sedap, tapi pisang cam adaa yg tak kena..huhuhu...Aidan cuma makan pulut jer...

Dua tiga hari kemudian big boss tanya..pisang tuh kena dibiarkan gitu jer..takder buat apa2 ker.dah makin masak dan nak buruk..

 Rupa nampak hodoh, tp belum buruk lagi nie..kebal nie ..dalam isi masih elok...:)

Maka digorenglah untuk kali keduanya lagi....

Hmm..kali nie bila pisang dah masak..ade rasa cam pisang..tp agak masam sket, manisnya kurang..:)

Dua biji balance tak tahu nak buat apa..akhirnya kelaut jugak. Kesimpulannya, pisang emas dinegeri orang, pisang kapas dinegeri sendiri..sedap lagi pisang yang dinegeri sendiri...:)

AUTO PUBLISH - Hari ini cuti wpun bukan public holiday lagi sebab sekolah en. Abuaidan celebrate holi day (yg main kaler2 tuh), sampai isnin nilah cuti lagi sempena Easter lak (tp jumaat & isnin kedai tutup)....so kami pun berjalan2lah kebandar carik brg2 sikit, seblm makin tak larat...

Wednesday, 27 March 2013

Tanaman Yang Misteri

Daripada benih yang dikirim oleh Kak Puteri Purnama..dalam banyak2 benih yang beliau kirim dulu, tak mention pulak nama benih yang satu ni..ade beberapa bungkusan dalam tissue..


Oleh kerana susah payah beliau menghantar kebui Fiji nie, jadik taknak hampakan serta sia2kan niat baik beliau, tukang kebun pun semailah dalam beberapa minggu yang lalu setelah ade kelapangan..nak tengok apa yang akan tumbuh...

Agak2 dalam hati mungkin benih dari keluarga sawi kot..namun setelah hampir 3 minggu berlalu..makin konpius plak tentang identiti tanaman ini....

Begitu banyak yang ditanam pada batas walaupun tak tahu apakah ia...

 Mungkin bukan sejenis sayuran kan...

Akhirnya berkira2 untuk mendapatkan konsultasi dari Kak Puteri Purnama dan rakan2 blogger yang arif..kalau bukan sayuran boleh dikurangkan bilangannnya dan ruang boleh digunakan untuk tanam sayuran yang lain...

Sekiranya tuan-tuan hamba sekelian ade idea dan arif tentang tanaman nie bolehlah kongsikan info yer...patik nie memang jahil tentang tanaman2 nie kecuali yang biasa2 sahaja...:)

p/s: tak dapat ngadap komputer mcm biasa from today sebab during this easter holiday ada seorang kanak2 istimewa yang tinggal bersama kami untuk beberapa hari... somehow it's not an easy job to look after him and Aidan and baby inside too, may Allah make it easier for us...:)

Tuesday, 26 March 2013

Suva, The Capital of Fiji Islands - Part 2

Sambungan dari entri lepas tentang bandar Suva nie...

Suva adalah sebuah bandar pelabuhan yang terletak dipersisiran pantai..dan juga pelabuhan dapat dilihat dengan jelas...

Kelihatan sebuah kapal yang begitu hampir dengan bandar..

Juga terdapat taman rakyat dipinggir laut

Pengangkutan utama adalah bas dan teksi...namun penduduk kota lebih memilih bas kerana lebih murah berbanding taxi..tiada komuter mahupun LRT..

Bas terbuka yang begitu popular..tiada cermin tingkap..jika hujan labuhkan sahaja tirainya..praktikal untuk negara yang panas...

Manakala coffee shops dan tempat makan yang biasa kita lihat ditanahair juga terdapat disini..Starbucks, Gloria Jeans, Nandos, Pizza Hut dan sebagainya semuanya ade..hanyalah tinggal persoalan halal atau tidaknya sahaja...

Restauran McD yang terbesar..Fiji Muslim League certified McD nie halal, namun tidak bagi KFC mahupun Pizza Hut..

Aktviti shopping kilat bersama big boss pada pagi Isninnya yang unfortunately hujan... namun diredah jugak untuk mencari apa yang patut...

This time Aidan with his permanent bodyguard..berpayung, berkopiah..

MHCC salah satunya shopping kompleks yang paling popular, namun dianggap high standard dan mahal oleh penduduk tempatan.. Kalau kita oklah ..taraf Sogo atau Jaya Jusco..byk departmental store jugak..

 Pemandangan didalam kompleks..ramai jugak pengunjung..

 Bahagian yang dikunjungi adalah bahagian pakaian kanak2..big boss kebahagian pakaian lelakilah..Pakaian untuk baby kat sini adalah lebih berkualiti dari yang diluar, walaupun kedai diluar jauh lebih murah..namun tidak kena dengan selera kita..orang kelantan cakap pakaian tuh nampak 'darat' sikit..huhuhu, bg diorang itulah yang disukai..apapun ikutlah selera & kemampuan masing2...

Pemandangan2 bandar yang berhujan... lebih kurang 2 jam jugaklah sebelum reda...nasib baik tak lebat sangat...


 Big screen pun ade jugak..)

Sebuah kedai pakaian..

Overall untuk shopping, Suva nie bukanlah good place pun jugak..tapi better than other town..Shopping complex yang berkualiti very limited..kalau nak yang bagus2 dan berkualiti eloklah bawa stock siap2 dari tanahair..barulah kena dgn taste kita... Apapun hidup yang sementara ini..tak perlulah berlebih2 kan..cukup ngan apa yang ade..then bersyukurlah..:)

Somehow untuk pengetahuan semua, pulau yang kami tinggal nie tidaklah sehebat pulau2 kecil Fiji yang lain yang lebih terkenal sebagai destinasi perlancongan..namun pulau2 itu adalah tersangatlah tinggi kosnya untuk dijejaki..bagi yg betul2 berada bolehlah..:)

Ade sikit lagi cerita pasal around bandar Suva nie..tp bukan psl tpt shopping lah...in the next entry yer..:)

Monday, 25 March 2013

Sungguh Kuterharu......

Alhamdulillah selesai sudah check-up yang kelima pagi ini...Alhamdulillah semuanya bagus..blood count pun dah improved 11.8..pressure semua beres..cuma yg tak best male fijian doctor yang check perut..huhuhu..tak patut kan....namun apakan daya...

Anyway..abis check up pegi ke post office to collect some parcel yang dikirim oleh rakan blogger Dini..terkejut melihatkan postal charges yangg tinggi dan jugak kotak yang besar....

Bungkusan yang dilabelkan budu...Alhamdulillah everything was in good order..

Mashaallah, rezeki anak2 & mak.. Banyak betul barang2 yang dikirim Dini...untuk Abg Aidan,

Buku2 akviti, mewarna, belajar jawi dan juga sebuah buku bertema motivasi utk mummy...lepas nie Aidan kena jadi as good as Ajwad yg rajin dan pandai..

Interesting games & stickers...membina minda...

Untuk baby...

Beberapa helai baju2 untuk baby ..good that baju2 mcm nie belum dibeli lagi..:) 

Untuk mummy...
Nice gardening towel and a frame to display in the kitchen...Dini memang memahami

All time favourite....best of the best...

Alhamdulillah..alhamdulillah..Tiada kata2 untuk menggambarkan betapa terharu dan berterima kasihnya kami kepada beliau dengan pemberian yang sangat2 dihargai ini...tidak cukup dengan perkataan untuk diluahkan...semoga Allah membalas budi baikmu teman dan melimpahkan berganda2 lagi rezeki kepadamu sekeluarga..inshaallah..

Marilah kita berkenalan dengan insan mulia ini yang tinggal diutara tanahair..mixed family, happily ever after dengan 2 hero kacukan yang hensem2 tuh..seorang tenaga pengajar yang gigih dan dedikasi, A malay woman, A Chinese Son = 2 Mixed Sons, itulah teratak milik insan yang baik hati nie.....Jazakallahkhair Dini and your family... 

Sunday, 24 March 2013

Masih Belum Hilang Serinya Zinnia

Salam Hujung Minggu...

Pastinya seronok kan, hujung minggu, cuti sekolah..dapatlah bersama2 keluarga kalau tak keluar pun bersantai dirumah tiada kurangnya kan...

Anyway..citer hujung minggu from Fiji tak adelah sangat..En. Abuaidan masih berpergian..letrik takder sepagian, baru jer ade nie..dapatlah tulis entri sket...Berdua jerlah ngan anak bujang yang galak kesana kemari mengekor maknya..akhirnya kaki sendiri terluka terpijak mainan yang diletaknya merata-rata..meraung tak sudah2 macam kambing nak kena sembelih..akhirnya tetido...

Oklah ..cuci sahaja mata ngan zinnia yang masih bermusim tanpa henti..semakin tinggi pokoknya..semakin besar bunganya..semakin cantik dipandang....

Warna warni yang sedap dipandang..(abaikan tayar buruk tak sapa gantung kat situ..)

Merah dan Ungu

Merah dan Putih

Putih, ungu dan Orange..

Yang baru muncul..family zinnia jgk nie tp bunga jenis lain..

Kembangnya si ungu..

Yang nie plak tumbuh jgk dalam lingkaran bnga nie tapi belum berbunga lagi...bunga taik ayam kerr?

Oklah selamat berhujung minggu yer..take care..

Saturday, 23 March 2013

Kailan, Kailan Ikan Masin - Percubaan Kedua

Awal2 pagi sebelum ayam bangun kami telah bangun hari ini kerana En. Abuaiadan hendak bertolak ke Suva  driving alone, ade meeting and kena handle some interviews. Mengantuklah jugak dari pepagi,.namun banyak housework yg nak kena settle kan..by tengahari dah kepenatan..huhuhu..

Ok back to the title, end of last year ade citer kan pasal kailan yang ditanam dan apa yang terjadi setelah digoreng ikan masinkan (citer dulu)..so learn from a lesson, 2 bulan yang lepas tanam kailan lagi..and this time beringat2 untuk harvest on the right time..not when it's too matured...so to be on the save side, harvest masa kailan baru2 masuk sekolah menengahlah..tp belum masuk tingkatan 4 lagi..(paham tak kiasan alaa mengarut nie...)..


Saiz yang tidak terlalu besar mahupun terlalu kecil..setengah orang panggil baby kailan..kerana apa bila kailan matang, masak nanti rasanya pahit..so dah sedang2 tuh eloklah cepat2 tuai...


Siap! alhamdulillah kali nie memang puas hati since takder rasa pahit daah...memang best menjilat jari...tp malangnya kailan yang ditanam this time sikit sangat..dah habis tuai..so kena tunggu tanam balik baru leh makan kailan ikan masin lagi...huhuhu

p/s: .... Sunyi lak bila 'darling dealing duckling' nie berada jauh dimata..esok malam baru balik sini balik inshaallah...

Friday, 22 March 2013

Suva,The Capital of Fiji Islands - Part1

Suva merupakan Ibu negara Fiji Islands yang juga sebuah pelabuhan dengan keluasan 2,048km persegi dengan populasi sebanyak 78,000 (lebih kurang)

Kota metropolitan ini jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur adalah kecil mungkin sebesar area Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Dari segi fasiliti, lebih membangun berbanding dengan bandar2 lain di Fiji, namun begitu kerana sebahagian besar mereka ini adalah beragama Kristian, jadi hari Sabtu kedai2 serta pusat2 membelibelah dibuka separuh hari, manakala hari Ahad ditutup kecuali supermarket2 yang besar sahaja mungkin dibuka.

Hari Sabtu yang lepas, sedikit aktiviti membeli belah ditemani oleh 'the biggest brother' memandangkan big boss berada di kem. Mencari sedikit barangan2 baby serta abangnya dan juga barangan yang tidak terdapat di bandar yang kami tinggal..limited time untuk shopping ditambah pula ketidaklaratan untuk bergerak turun naik bukit menjajak kedai...:)

Layan sahajalah gambar2 untuk melihat keadaan bandar Suva nie yer...:)

 Aidan and his bodyguard.. actually this boy baru umur 18..badan besar ..kuat makan..(sedap mengata)

 Bangunan2 kedai yang lebih besar...menuruni bukit

 Gerai yang menjual indian sweets di kaki lima.

 Semakin kedepan semakin meriah...

 Kesibukan mula terasa menjelang tengahari..



 Tempat mengambil teksi

Ada pameran kereta rupanya...

Seperti di KL adanya sungai klang ditengah bandar...inipun adalah juga sungai yang agak kotor...


 Salah sebuah kedai pakaian yang cantik bangunannya..

Shopping complex diantara yang terbesar...

Ini baru sebahagian daripada pemandangan2 bandar nie..inshaallah akan dimuatkan lagi dalam the next part..stay tune yer..:)

p/s : esok Abuaidan ajak ke Suva lagi sebab dia ade meeting ngan kena handle interview...tak mengapalah, penat yg minggu lepas pun baru nak lega, nie nak kena buat trip lagi..mmg tak larat..so awal2 pagi esok nampaknya dia kena drive sorang2 kesana..huhuhu

Nuffnang Ads