Thursday, 28 February 2013

Tropical Plant Showcase

Hari mendung..hujan renyai2 diluar sana. Hasrat mak buyong nak ke garden pun tak tertunai..ingatkan nak cabut rumpai rumpai yang memanjang kat laman tu kerana musim hujan yang lepas. So duduk jerlah didalam rumah. Hendak membuat rancangan masakan terasa malas sebab takder idea ngan tak cukup bahan pun satu.

Anyway since berita dari kebun tak dapat disampaikan..kita tengok sahaja berita dari kebun orang lain. Ini adalah entri terakhir untuk Garden of the Sleeping Giant. Kali ini inshaallah nengok tumbuhan2 tropika yang mereka tanam dikebun yang besar itu.

Layan sahajalah gambar yang bernama dan tidak bernama..yg tidak bernama itu bolehlah rakan2 menolong namakan mereka yer..:)

1. Aloe Vera

2. Vanilla

 3. (sapa taww??)

 4. (Sapa tawww??)

  5. (Sapa tawww??)

6. Lady palm...(info by Stiletto n K. Nadz..)

7. Same plant as above? yg dah matang yer...

8. sapa tawww?

9. Umbrella tree

 10. Macarthur Palm (informed by Stiletto)

Little that I know kan..itulah ..kalau bab mengingat2 nama nie fail..(bab figures bolehlah).  So kalau anda semua yang budiman tahu nama2 yang tidak ternama tuh..silakan yer ...thanks..:)


Wednesday, 27 February 2013

S for ... Samosa!

Samosa adalah salah satu kuih muih yang agak femes disini..di Indian restauran selalunya menghidangkan samosa sebagai kuih muih untuk dinikmati bersama2 chai (white tea). Di Malaysia pun rsnya biasa kita jumpa samosa nie di restauran2 mamak kan...Kat sini yang femesnya samosa tradisional, iaitu kulit daripada tepung yg dibuat sendiri, bukannya dari yg ready made kulitnya.

Masih terngiang2 kata2 Abuaidan beberapa minggu lepas yang dia makan nice samosa masa tea party kat school. Katanya yang sedap sangat tuh macam mencabar dan membakar semangat untuk membuat samosa yang best jugak ..hehehe.

So dalam sejam lebih berhempas pulas siaplah samosas yang memang alhamdulillah best jugak yang dibuat so far..(sapa lagi nak puji kan kalau bukan diri sendiri kan..).  


Kulit yang rangup, inti yang sedap..berbaloi...

Ada pelbagai resepi yang boleh didapati daripada internet, namun kena pandai memilih baru kena selera. Lama2 dah biasa mencuba boleh letak bahan ikut taste sendiri. Since dah dapat formula untuk nice samosa nie, maka nak rekodkan dalam blog supaya senang nak refer nanti bila rajin nak buat lagi.

Resepi untuk Samosa :


Inti : - 2 biji kentang, secawan daging cincang, setengah cawan kacang peas. Sebiji bawang besar (didadukan). Seinci halia ditumbuk bersama2 2 ulas bwng merah. Tumis bwg2 bersama daun kari, masukkan sepotong kecil kayu manis, buah pelaga serta bunga lawang. 1/2 sk (serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, jintan putih). 1sk garam masala, sedikit serbuk cili dan serbuk kunyit. Tumis sehingga naik minyak, Masukkan ayam hingga masak kemudian kentang..masak hingga masak dan kering. Tutup api masukkan sedikit daun ketumbar. siap dan sejukkan.

Cara membuat kulit :
Bahan2: -secawan setengah gandum, 2 sb minyak sapi digaul rata kemudian masukkan air perlahan2. Mix sampai jadi doh yang kenyal yang boleh ditarik.
Cara2 :- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Ambil 1 doh kecil, leperkan dan gelekkan senipis mungkin.

Nipiskan doh senipis mungkin..taburkan sedikit tepung untuk elakkan melekat.

Panaskan kedua2 bahagiah doh yg dah leper dalam 10saat (jgn sampai masak) Untuk memudahkan membuat bentuk dan disimpan dlm freezer.

Potongkan kepada bbrp bahagian yang reasonable (tidak terlalu kecil atau terlalu besar) yang boleh membentuk kon.

Bentukkan seperti kon segitiga

Gamkan pada bahagian tepi dengan sedikit gandum yang dicampur air.

Masukkan inti secukupnya (biar boleh ditutup)

Gamkan dibahagian atas pula agar tertutup dengan lebih kemas.

Siap 1 samosa (mcm bentuk ketupat sikit kan..heheh)

Siap semuanya dalam 20 biji...yang lebih boleh disimpan dalam freezer.

Gorengkan dengan api yang sederhan agar semuanya masak dengan balance. Jika yg frozen, hendaklah dikeluarkan sekurang2nya 40 minit sebelum digoreng.

Samosa memang sedap dimakan panas2 bersama dengan teh untuk hidangan petang. Mungkin penat sedikit membuatnya namun berbaloikan air tangan ibu untuk santapan ahli keluarganya..:)

Tuesday, 26 February 2013

Bele, Sayur Paling Popular Di Selatan Pasifik

Pernah dengar atau tengok tak pokok yang dinamakan Bele (sebut 'bear - ley). Seumur hidup saya kat Malaysia belom pernah tengok mahupun jumpa atau makan daun dari pokok nie.. (tak tahulah kot sy ketinggalan lagi kan. ..yg  ia sememangnya ade kat M'sia atau wasn't aware..)

Anyway..ms awal2 tinggal kat sini rs pelik sangat ..sebab pokok nie, yakni daunnya yang dimakan sangatlah fofular disini..mesti tiap rumah ade tanam..kat umah kami pun ade..malah daunnya jgk dijual dipasar. 

Dipercayai mempunyai sangat banyak khasiat dan sangat baik untuk kesihatan. Orang2 tua disini juga mengamalkan memakan daun Bele nie untuk kesihatan dan juga panjang umur. Malah daun ini juga banyak digunakan dalam masakan bagi kaum Fijian mahupun Indian. Mereka masak seperti masak sayur letak santan, masak bersama kuih muih, goreng..buat sup dan sebagainya.

Daun bele yang bercorak bulat bersegi

 Daun bele yang lebih panjang

 e
 Pokok bele, sederhana tinggi dan batang jenis lembut..mudah ditanam hanya cucuk batang kedalam tanah, juga tidak perlu banyak penjagaan.

Oleh kerana Ummuaidan nie agak tipikal melayu sikit maka tidaklah minat sangat ngan dan Bele nie. Jarang sangat digunakan mahupun dibuat masakan. Once in a blue moon jer buat sup Bele..

Pucuk Bele untuk buat sup, terlayu sikit sebab terkena panas sikit. Masa kutip pucuk ni si Aidan dok bising cakap '"mummy, u damage Abu's plant''..berulang2...huuuu.. nak explain pun tak paham..amek pucuk jer lah. 

Daun Bele yan muda dimasak bersama2 carrot, hirisan bwg besar, tumbuk bwg putih..menjadilah bele sup. Kuahnya agak berlendir sedikit.

Mari kita tengok khasiat bele nie kenapa ia sangat popular di South Pacific ..

Its high nutritional value may also be responsible for its popularity. The protein content of the leaves is very high - 5%. It also contains high levels of vitamin A, vitamin C and calcium, as well as significant amounts of iron. So it will make a valuable addition to any diet. The World Health Organisation recommends it as a good first vegetable for babies. This is, because the young shoots and leaves contain very little fibre, so it is easy to digest. There are also records from Papua New Guinea which show that bele medicines are used for rashes, constipation, colds and sore throats and childbirth fertility medicines.  (source)



Monday, 25 February 2013

Cuci Mata Selepas Musim Hujan

Berlalulah sudah awan yang sarat memuntahkan kandungannya dibumi yan dipijak ini setelah lebih seminggu ... Pagi ini matahari mula muncul sambil tersenyum..aahhh 'welcome back, mr sun'.. dapatlah semua orang back to normal..

Mari kita tengok pemandangan dipagi hari bila sang hujan telah berlalu..

Bila menjenguk diluar pagar,

Kanak2 sekolah kembali ceria..tiada lagi hujan yang menghalang..

Sekitar laman depan rumah...

Pokok bunga kertas (betulker?) kembali ringan dengan gugurnya air kebumi.

 Bunga2 rumput menguning..aahh cepat sangat munculnya...

 Indah kan bila dilihat dari dekat..

 Yang purple..lagi terserlah...

Beralih kelaman belakang...

Panjangnya grass dengan kemuncupnya sekali melebihi lutut.. aidan pun dah pandai cabut kemuncup nie...

 Cendawan..malangnya tidak boleh dimakan, mungkin beracun..aaahh rindunya akan cendawan yang normal...

 Pokok2 bendi semakin besar malah sudah berbunga dan mula berbuah..

Hujan juga bonus bagi jagung..cepat sangat membesar...

Tanaman yang masih kecil, alhamdulillah survived walaupun ade juga yang terkeluar2 akarnya. Alhamdulillah kerana masih banyak dalam pemeliharaanNya..

Sunday, 24 February 2013

Dah Jadi Kerepek Daa

Hujan masih lagi 'mencurigakan'..sekejap lebat, sekejap brenti. Tak produktif dok dalam umah jer, kan...

Anyway yg ubi kayu dok confuse nak buat akhirnya ends up jadi kerepek untuk tea time. Alhamdulillah dapat jugak dalam sebotol besar. Mula2 takut jgk tak menjadi, namun lepas try bbrp keping ternyata mmg kesedapannya terserlah. Ni ubi kayu isi putih, cuma pernah buat kerepek ngan ubi kuning jer sebelum nie...

Mendapat sambutan, sebaik sahaja siap tiba2 ade tetamu lak..selamatlah kerepekku...

Actually bukan nak tayang resepi atau tunjuk pandai dan rajin masak..cuma inilah yg dpt diupdatekan sebagai pengisian dan cerita dikala musim hujan..yg agak kebosanan...

Marik kita tengok pemprosesan kerepek nie...

Ubi yg dipotong dgn cutter..kena hati2 sangat silap langkah ngan tangan jgk jadi kerepek ..

Siap dipotong & ditoskan

Digoreng ngan minyak (patut minyak banyak)..ni nampak sikit sebab semakin kekeringan..elok renjis air garam ms tengah goreng nie..

Kerepek ubi kayu is now ready...

Orang kat sini tak tahu buat kerepek ubi kayu..so diorang selalu goreng cam nie jer ...

Ubi  kayu dipotong kecil & digoreng..

Semua orang kenyang makan ubi kayu cam tak nak dinner lak..huhuh..anyway goodnite..kami 4hrs awal dr bumi tercinta.

p/s: inshaallah komen2 akan dijawab by tomorrow...

Rezeki Dipagi Ahad

Hujan lagi hari ini walaupun sudah tidak segalak semalam...(hinggakan ade kawan abuaidan tinggal keta kat umah nie takut banjir kat umah dia). Moga2 beransurlah awan gelap..terbitlah sang matahari.(byk kain dok jemur dlm ampaian..huhuhu).

Seronok tido dipagi hari sejuk2, tambah2 bila budak sorang tuh his father sibuk dok melayan. Sejam jer pun tido..bangun2 dah kena buat morning tea utk big boss. Goreng kentang (fries) jerlah light sikit kan sebab nak lunch lak lagi.

Anyway..masuk2 dapur tengok2 ade seplastik ubi kayu pemberian jiran sebelah umah..alhamdulillah...

Tengah2 pikir nak buat apa..tepung boko taknak dahlah sebab serik kena bagi makan kat burung..uhhuhu. Mungkin kupas2 kulit simpan dalam freezer..takpun goreng jer kan mcm goreng pisang gitu...

Kemudian turun kekebun, meninjau2 keadaan penghuni disitu..manalah tau kot ade yg memerlukan bantuan, kot lemas too much water 2,3 hari nie..alhamdulillah so far so good. Ternampak pulak petola yang dari pokok lama, dah besar buahnya...

 
Dalam keadaan yang tak tamak cukup nie buat sayur air lada hitam mahpun sayur putih campur kan...sedap jugak.

Kemudian melihat untuk kesekian kalinya pada labu kundur..nampaknya dah ready dah tuh..siap berbedak dah, cuma tak bergincu jer lagi. Ade cita2 nak wat sesuatu tapi musim hujan tak sesuai..kena tunggu panas. Since dah seminggu lebih berbedak silabu kundur nie, pikir2 eloklah petik sblm terlebih matang..bagi kat jiran ngan kawan2 dulu..

Kena berhati2 sket bila handle benda buah labu kundur nie sebab ade banyak duri2 kecik mcm miang buluh gitu.

Alhamdulillah rezki dari kebun ke kebun dimusim hujan...

Saturday, 23 February 2013

Bokololo DiMusim Hujan

Nampaknya seminggu nie hujan memanjang..daripada hujan 'baik-baik' sekarang nie semakin menjadi hujan 'berjaga-jaga'. Pagi ni pun mendung gelap cuacanya..hujan turun ..rest kejap..kemudian turun lagi... rest lagi..turun lagi... risau jgk ngan anak2 sayur dibatas..moga Allah pelihara mereka..

Bila hujan, nak kemana pun tak dapat..alih2 dok umah perut yang manjang rasa lapar...kalaulah dok kat M'sia dah borong sebakul kuih kat kedai simpan kat umah..kejap kejap masuk dapur makan..heheh

Namun apakan daya bila dok tempat ornag nak makan makanan kita kena gak buatnya sendiri... 

Pernah makan bokololo? Alaa tepung boko ubi kayu laaa... orang sini panggilnya bokololo..depa pun terer gak buat kuih boko ni namun tak pernah makanlah yg depa buat, takut tak selamat...

Kuih tepung boko ubi kayu nie my feveret..bila ade ubi kayu kat kampung selalu suruh mak membuatnya..semualah mak buat dari gari ubi hingga parut ubi, masak semuanya.. hanya tinggal jd tukang makan jer... sekarang rasakan, semuanya terpaksa dibuat sendiri dari gali ubi, kopek kelapa, parut kelapa, mesin ubi..stim dsbnya...rasakan ..huhuhu.

Namun alhamdulillah cukup puas ati dpt makan jugak..sedap jugak tiada tandingnya (hehe..sapa lagi nak puji)

Tepung boko ubi kayu dibuat daripada parutan ubi kayu, kelapa dan gula melaka.

Meh tgk proses berpenat lelah semata2 nak makan tepung boko nie..

Ubi yang dicabut..musim hujan lebih senang sbb tanah lembut..namun rsnya masih ade yg tertinggal dlm tanah lg tuh.

Duan pisang kecik (serendah) abuaidan yang kena curik ..hehe 

Tepung yang siap untuk dibungkus

Bungkusan daun pisang tak berseni..bersedia untuk masuk kukusan.. 

 Dalam 20 minit kukus ..siaplah ..

Tepung boko nie elok dimakan jika sejuk sikit daripada panas keluar kukusan..(namun ku tetap makan panas2 sebab tak sabar nak tunggu).. feveret semua orang dlm umah nie..

Namun yang naik hanginnya adalah budak kecik sorang nie. Mula2 kemain lagi dia makan..lepas satu, satu mintak. Kita dah kenyang dia masih mintak lagi..cepat pulak tuh habesnya..curiga jgk..Keluar jenguk tempat dia dok makan2...rupanya2 sebahagian dia bagi kat burung2 diluar rumah!! apa lagi meletuslah gunung berapi. Mummy buat penat2 seluruh tenaga, nak makan terus habis semua pun sayangg, ko senang2 bagi kat burung..huhuhuh

Nuffnang Ads