Kami memanggilnya greenhouse walaupun bukanlah betul2 proper greenhouse seperti kat oversea, yang dibina untuk mengawal suhu dan cahaya didalam kawasan tanaman. Namun ianya dibina 3 tahun yang lepas sebagai tempat untuk bercucuk tanam yang lebih teduh dengan diletakkan green shade diatasnya..mampu membantu tanaman untuk hidup didalam cuaca panas.
Dengan budget yang lebih dari $300, Abuaidan membinanya sendiri secara berperingkat-peringkat. Besarnya boleh memuatkan hampir 10 garden beds..(besar dari bilik tidur kami..huhuh). Katanya sebagai hadiah for me untuk meluangkan masa melapangkan otak, keep busy dan membina hobi bertanam dirumah.
So far, telah banyak berjasa dan kami menuai hasil yang berganda2 dari modal untuk membinanya..alhamdulillah.
Namun oleh kerana kesulitan sewaktu first trimester dan juga dilanda taufan baru2 ini..our greenhouse nie mmg sudah menjadi seperti hutan..(hutan yg tumbuh lebih cepat dari tanaman)..huhuhu..nak mengaharapkan Abuaidan on time tolong maintain susahlah jugak sbb dia banyak komitmen.
Hanya rangka yang tegak berdiri, sedangkan shade telah dibuang ketika menghadapi taufan..
Rupa didalamnya mmg bersemak samun..nasib baik kat fiji ni mmg takder binatang buas merbahaya seperti ular mahupun kala jengking..alhamdulillah..kalo tak mmg tak berani masuk..
Tumbuh2an liar yg menjalar diatas atap greenhouse dari laman jiran yang tidak berpenghuni.
Sebelah laman jiran yang berhutan tebal separas dada merebak ke laman lami..tuhla pasal...susah kerana tiada orang yg menguruskannya.
Jadi cuti Maulidurrasul yang disambut pada hari Isnin lepas digunakan kesempatan untuk membaikpulih semula our greenhouse nie. Dengan cuaca yang redup sepagian dapatlah Abuaidan membuat semua kerja2 berat ..memerah tenaganya sekuat mungkin..heheh
Kerja2 meletakkan semua the green shade..agar mudahlah untuk membuat kerja dan tidaklah begitu panas sangat.
Cleaning in progress..yang menjadi cabaran besar bg tukang untuk membersihkan kebun sendiri..semak mmg tebal gilerr..
Hidangan potato wedges untuk orang2 yang bekerja kuat...
Inilah hasilnya setelah sepagian bekerja keras..alhamdulillah baru tak serabut mata memandang..
Kesian Abuaidan..sakit2 seluruh badan membuat kerja2 berat tu..namun taklah dia mengeluh sangat pun.
Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak tgk greenhouse ni 'hidup' kembali....setidak-tidaknya biarlah mampu bertahan untuk 2 tahun lagi..
Sekarang adalah masa yang baik untuk mula bertanam sediki demi sedikit tanaman untuk cuaca yg lebih sejuk seperti tomato, kobis, brokoli dan cauliflower (mereka nie ambik ms 4 bulan nak matang), ini kerana bila cuaca lebih sejuk (alaa cam kat Cameron Highland jer), barulah tanaman almost ready untuk mengeluarkan hasil..sawi dan keluarganya kena tungguhlah sikit lagi..
Abuaidan cakap (dlm bergurau) kalau pompuan2 lain tgk greenhouse yang dia buat untuk ummAidan nie mesti ade yg jeles kan...alaa jeles ker?, bukannya istana pun..sapalah nak jeles.. .heheh