Sunday, 12 May 2013

Tips Penjagaan Tanaman

Dikongsikan sedikit tips penjagaan tanaman yang biasa kami praktis  bagi rakan2 yang minat dengan aktiviti gardening. Penjagaan ini lebih kepada tanaman yang bermusim lebih sejuk seperti kobis, brokoli dan bunga kobis.


Stok baja tahi ayam. Memang bagus untuk tembesaran tanaman. Boleh didapati di nurseri2 mahupun pada pembekal ayam daging yang sudi menjual baja mereka kepada individu.


Bila baja tahi ayam tidak lagi 'panas' bolehlah diletakkan dekat dengan batang pokok/ tanaman..boleh cuba meletakkan berjauhan dahulu sebagai percubaan jika khuatir baja masih panas. Biasanya baja yang lama tersedia tidak sepanas yang baharu.


Bila memesin rumput plak jangan dibuang ataupun dibakar, simpan untuk digunakan sebagai sungkupan tanaman. Sungkupan elok untuk mencegah kekeringan, melambatkan penumbuhan rumput dan juga boleh menajdi organik.


Sungkupkan pada tanaman yang telah besar sedikit. Kami tidak sungkupkan pada tanaman kecil khuatir jika kelembapan rumput oleh menjejaskan anak2 tanaman yang masih kecil.


Pembajaan - Tomato biasanya memerlukan nutrien yang mencukupi untk menghasilkan buah2 yang segar dan bermutu. Biasa kami menggunakan baja NPK yang  berwarna hijau yang mana sesuai untuk tanaman yang mengeluarkan buah. Tabur pada pokok yang telah berusia lebih 3 minggu atau sebulan untuk lebih selamat..pokok2 yang masih kecil akan mati kekejutan jika diletakkan baja.  Taburkan berdekatan dengan batang yang berhampiran dengan akar..siram dengan air yang mencukupi untuk mencairkan baja.


Meletakkan kompos pada tanaman setelah kompos dikeluarkan dari lubang. Kompos yang bercampur tanah      dan berwarna hitam adalah sangat baik dan membantu menyuburkan tanaman. Letak direct pada tanaman, lindungi bahagian batang hampir keseluruhan namun jangan ditutupi bahagian berdaun.

> Happy weekend & Happy Gardening <

11 comments:

  1. Assalam Ummu....
    Happy Weekend dan Happy Gardening....
    dan Happy Mother's Day !!

    ReplyDelete
  2. Happy Mothers Day Nor....

    ***thanks for the tio. Tok terpk pong rumput boleh gunosbg sungkupan. Nasib baik tok laki tok bue lg rumput2 kering tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari mok dini..
      heheh..lain kali sipelah leh buat tutup2..kat oversea byk guno gini...

      Delete
  3. Salam ummu...tertarik dgn ayat sungkup tu boleh elak pertumbuhan rumput..tapi tak menjadi dengan sy..rumput makin lg banyak...pelik sungguh..yang dh dipotong boleh membiak...banyak jugak baja ditabur..ptt la bantut kut pokok sy..sbb sikit je letak...hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nadia..
      bak kata abuaidan..ade beza jgk antara rumput2..ade jenis rumput yg mmg cepat berbunga..mmg sungkup blh tumbuh rumput, tp tak sbyk yg tumbuh tanpanya kalau ikut pengalaman...baja tuh sampingan jer..sbb ade kan..heheh

      Delete
  4. salam ummu...Happy mothers day...Hope we will be the best mother for our kids...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak siti..
      Selamat hari ibu utk akak jgk..:)

      Delete
  5. happy mothers dayyyy........ bestny dpt mknan tomoto dtnm sendiri

    ReplyDelete
  6. tips2 yg sgt berguna kan Nor..inshaaAllah klau brpeluang brcucuk tanam nti bolehla k'imi refer ke sini ye :)

    ReplyDelete
  7. wah.. bagus tips ni... tuk saya yg baru nak belajar menanam...

    ReplyDelete
  8. Tq tips bercucuk tanam ni UA..... Sok sok kalau nak berkebun bolehlah tengok entri ni hehe

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads