Saturday, 25 May 2013

Kek Buah-Buahan Makan Sekali Nak Lagi

Lama dah tak makan kek kukus..tiba2 dtg keinginan untuk buat kek buah2an nie..kalau beli kat kedai kek buah-buahannya kering dan kurang sedap..baik buat sendiri jer ..so last week merajinkan diri mengukus kek nie. Sebenarnya bahan2 dah dibeli lama dah cuma kerajinannya jer yang kurangnya...so takut big boss mula bising barang beli tak buat, maka kenalah mulakan operasi sepagi...

Kek buah-buahan yang dikukus hampir 3 jam.. lembap dan sedap..tak sabar2 tunggu sejuk terus dipotong...

Memang berbaloi walaupun mengambil masa.sedap..makan sekali tak cukup...jadi keesokkan harinya dah sold out..:)..macam kena buat lagi nampaknya...

Resepi Kek Kukus Buah-Buahan
(diambil dari En. Mat Gebu ...mintak izin kongsikan siniyer..)


BAHAN-BAHANNYA :-) 
375 g buah2an campuran (mix fruit) 
250 g mentega 
300 g tepung gandum* 
1 camca teh sodium bicarbonate* 
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) - tuan rumah tak letak
3 biji telur gred A 
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar') 
150 g gula pasir (untuk gula hangus) 
1/4 cawan badam keping (flakes almond) 
1 biji pala, diparut (nutmeg) 
Ceri merah/hijau untuk hiasan 


CARA MEMBUATNYA :-) 

  • Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  • Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  • Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  • Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai.... 


Peminat Kek Buah-buahan mesti mencubanya..sedap nie..tak susah pun nak buat..cuma kena kukus jer lah lama sket..tak berbaloi..:)

20 comments:

  1. salam ummu...kek ni memang kak siti suka...Thanks resepi..nanti nak cuba pula resepi yang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak siti...
      feveret kak siti jgk yer..senang yer buatnya nie ..cuma kukus jerlah lama sket...good luck!

      Delete
  2. assalamualaikum ummu...sedapnya tengok...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama...alhamdulillah sedap..

      Delete
  3. assalamualaikum,

    sedap nampak ..boleh ambil resipi , raya nanti boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..
      selamat mencuba yer bunda...

      Delete
  4. Assalam Ummu..sedapnya tgk kek tu..lama tak makan kek buah..hehe..
    boleh buat nti ni..:)
    cepat je sold out ye...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam atie..
      sedap kalau yg kukus..lembap gitu..
      nanti wat cepat2 yer...:)

      Delete
  5. Azsalamualaikum ummu, nani dtg tanya kabar.. apa khabar hari ni? Wahhh sedap nampak kek buah ni, kukus sampai 3 jam yer, lama tu... Nani kalau kek kuk us cuma tau wat kek coklat lembab je... Heheheh
    Ok ummu, byee take care,
    Daripada: mama sedey kimi x de... Huhu ummu ckp lenkali tinggal haikal? Hahaha tu pun still tido celah ketiak mama nyer tau... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek kukus coklat tuh mmg biasa wat..kek buah sebenarnya lagi sedap kukus nani..lebih lembap...
      dah tuh bawak kinah? hheheh.sapa nak tlg jd baby kan..takperlah len kali jgn lepas kimi...heheh

      Delete
  6. salam UA.huhu!!!telan air liur tgk tapi klu makan ni sure naik timbang rosak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg agaknya gitulah nasib kek kukus pd badan kita kan..heheh

      Delete
  7. lamanya kena kukus... tapi kalau hasil sedap, memang berbaloi, kan?
    anak2 mmg tak berapa suka kek buah... kek coklat juga yg tetap di hati... hehhehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah nur..budak2 mmg tetap pilihan mrk kek coklat..tp kek kukus mmg best buat makan ngan tea gitu petang2 mahpun pagi2..P)

      Delete
  8. Assalamualaikum UA,

    Sedapnye kek buah yang awak buat. Saya cukup suka buat apa2 resepi dari blog en.mat. mmg tak pernah menghampakan.mesti akan menjadi, kukus 3/4 jam berbaloi kalo hasil dia sedap. :)

    ReplyDelete
  9. Kek kukus ni MIL memang rajin buat masa OKje baru baru kawen dulu.... banyak adunan jugaklah hehe.... Selalu time nak raya....
    Dapat pulak menantu yang 'rajin' macam OKje ni....Dalam 'rajin2' tu.. terpaksalah menolong hehe!

    ReplyDelete
  10. Salam Ummuaidan,

    Mak Aji memang suka kek buah. Betul tu, yg dibeli banyak yg kering berderai dan silap haribulan ada bubuh benda haram! Lagi sedap buat sendiri (kalau x dicucuk duri palas, he he!). Dah copy maste resepi dan insya-Allah akan buat nanti (cuma x tau bila).

    ReplyDelete
  11. Assalam Ummu....
    perrnah buat kek kukus jagung....mmg lama nak nunggu tp hasilnya berbaloi...lebih moist dr yg dibakar kan... :-)

    ReplyDelete
  12. Salam... nak tanya kalau kukus tahan lama tak kek tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut resepi asal mmg boleh tahan lama..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads