Sunday, 5 May 2013

Hukum Mengundi

Tentunnya anda sedang bersiap2 nak kuar mengundi hari nie kan..heheh..good luck yer..tuan belog tak dapatlah kuar mengundi sebab tak register sblm tinggalkan negara..nie rs sesal sket sebab now kedutaan dah ade facility untuk membolehkan rakyat yg berada diluar negara mengundi..

Atau adakah kita terasa malas atau tak kesah samada nak kuar mengundi atau tidak..? Sebagai orang islam kena tahu serba sedikit tentang hukum ngundi nie yer..agar tidak menyesal dikemudian hari. Meh kita sama2 baca tentang hukum mengundi nie yer...


Majoriti ulama berpendapat hukum mengundi adalah wajib dan ia berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu menjadi saksi bahawa calon yang undi adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkompromi dengannya. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh mesti dilakukan melalui pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihan raya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

Secara ringkas:

      Mengundi adalah satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan negara Islam
      Mengundi dalam pilihan raya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
      Dalam ilmu usul fiqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihan raya Malaysia adalah lima tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihan     raya sahaja  iaitu dalam tempoh lima tahun sekali.
      Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihan raya.


Muhamad Zuhaili Saiman, Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
Dari blog – Permata Perjuangan


SELAMAT MENGUNDI DAN BUATLAH PILIHAN YANG TERBAIK :)

26 comments:

  1. salam ummu...Insyaallah kak siti akan keluar mengundi sekejap lagi...Mudah2an kita semua akan di anugerahkan pemimpin yang bakal membawa kejayaan yang hebat dunia dan akhirat...Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak siti..harap2 begitulah.semoga rakyat m'sia membuat piihan yg bijak...selamat mengundi..

      Delete
  2. Semoga mendapat pemimpin yang jujur dan adil, salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal win..inshaallah harapannya...

      Delete
  3. salam UA. harini br dpt singgah. huhu!!byk n3 tertunggak ni. pasni nak g rasa mee kari desperado plok. btw ros pun ralat gak xmengundi tapi redha dgn keadaan kami (husb kena standby especially mg ni mg plg busy bt dia. anak2 semlam & esok sek). harap2 ALLAH tunjukkan jalan yg lurus utk kita semua rakyat msia memilih calon yg layak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ros..
      tak dapat mengundi jgk jer...hrp2 gitulah ros wpun dr jauh kita ttp doakan yg terbaek...inshaallah

      Delete
  4. Assalam Ummu..
    harapan rakyat Malaysia agar proses pemgundian berjalan dengan telus..siapa pun yg dipilih moga kerajaan nti adalah kerajaan yg akan membela nasib rakyat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam atie,
      harapan kita begitulah atie..jgn setakat me nabur janji2 kosong jer..

      Delete
    2. tu lah..moga2 pemimpin yg dipilih tidak hanya pandai menabur janji...huhu...
      keputusan pun dah ada, terima dgn redha...:)

      Delete
  5. assalamualaikum kak nor!!!!!lama ye tak ke sini....adehhh...tak blh online + kesibukkan...mmg payah.apa pon ayut tak undi...jd pemerhati dulu...lg 4 tahun bru undi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam ayut..
      lamanya tak dengar suara ayut kat sini...
      takperlah pemerhati pun..janji semangat tuh ttp ade..:)

      Delete
  6. Salam Ummu...
    aku tak ngundi...
    kalau dah wajib tu kira aku dah berdosa la eh....? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nizam..
      tk rela plak lah nak jatuh hukum..mungkin kena tgk reason ko jgk kot...

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. salam ummu, ruginya tak berdaftar...suasana pilihanraya di sini begitu hangat sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ana..itulah..takperlah kali nie doakan dr jauh jer...:)

      Delete
  9. selamat mengundi semua...sahaja aku mengundi hari ini krn Allah Taala!! ALLAHUAKBAR!!

    ReplyDelete
  10. assalam,
    tahperlah ummu tak dapat mengundi tahun ni mungkin ditahun2 mendatang...InsyaAllah..

    ReplyDelete
  11. nampaknya kita kena tunggu lagi lima tahun utk mengundi....
    memang jauh di sudut hati rasa sgt sedih tak dapt mengundi, tapi tetap pujuk hati... mungkin ada hikmah kenapa tak sempat daftar undi pos...

    ReplyDelete
  12. Saya Pun ralat tak dpt mengundi...tak daftar utk undi pos. Tapi bahang hangat pilihanraya mmg sgt terasa. Semoga mereka yg mengundi dah buat pilihan2 yg terbaik demi Masa depan agama & negara.
    P/s: mode berdebar tunggu annoucement final results.

    ReplyDelete
  13. So kira okje dah menyempurnakan tanggungjawab tulah nampaknys UA...hehe

    ReplyDelete
  14. dah mengundi. beratur panjang saja mengundi pagi..nak tgok kemeriahan tu..

    ReplyDelete
  15. takpe nanti umur panjang ada rezeki 2018 pulak..ummu dapat mengundi in shaa allah...tahun depan balik tanah air kan..?

    ReplyDelete
  16. dah habis pun fasa mengundi nii.. ada yg lecewa, ada yang gembira... apa pun harapnya sesiapa yang dipilih dapat memikul amanat sebaiknya

    ReplyDelete
  17. kucing samo dah keluar mengundi dengan memakai baju kaler PINK semalam! (sibuk nok kabo kaler baju;p)
    Nanti ummu jgn lupe daftar mengundi bile balik ke tanah air ye. Undi anda amat berharga walaupun 1 undi:)

    ReplyDelete
  18. setuju sgt.. dah tunaikan kewajipan pun !

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads