Saturday, 6 April 2013

Menanam Sawi & Pak Choy (Kobis Cina)

Ini merupakan sawi dan pak choy (ataupun kobis cina) yang pertama ditahun ini dan juga dimusim ini. Benih yang telah disemai pada 19/3/13 baru2 ini..kini setelah hampir 3 minggu barulah sedia untuk dialihkan..

 Anak2 pakchoy

Anak2 sawi.

Pada peringkat ini agar sukar unuk membezakan diantara kedua2 anak semaian ini, sehinggalah mereka semakin membesar dah membentuk dan yang bercorak lebih kekal. Apabila daun anak semaian terbentuk lebih daripada tiga maka agak sesuailah untuk dialihkan ketempat yang lebih kekal.

Dikongsikan sedikit bagaiman bagi menanam sawi dan pakchoy ini..

Batas tanaman disediakan mengikut keluasan yang dikehendaki dan dicampurkan dengan kompos serta baja asli, tanah digemburkan sebelum anak2 semaian dialihkan. Siram dengan air selama beberapa hari agar tanah menjadi lembut dan sebati sebelum dialihkan anak2 semaian...

 Lubang kecil digali dan diletakkan anak pakchoy untuk ditanam (gambar kuning sedikit krn pencahayaan kamera)

Kemudian dikambus 1/3 drp bahagian batang dan akar..bahagian daun jgn ditutup dengan tanah..

Setelah anak2 sawi dan pakchoy dialihkan, siraman dua kali sehari pagi & petang untuk mengelakkan anak2 semaian daripada kekeringan...sekiranya cuaca panas, tutup dengan jaring untuk selama seminggu sehinggalah ana2 sawi dan pakchoy kelihatan kuat..

Anak2 pakchoy yang telah selamat dialihkan..

Biasanya sawi dan pakchoy mengambil masa sekurang-kurangnya 40 hari setelah dialihkan untuk matang dan sedia dituai hasilnya.

Nuffnang Ads