Friday, 12 April 2013

Kenangan Bersama Dia Yang Istimewa..

Assalamualaikum & Salam Jumaat...anda semua yang budiman...:)

Alhamdulillah dipermudahkan Allah untuk berpuasa semalam..tiada dahaga mahupun keletihan ataupun kepeningan dihari pertama memulakan puasa setelah sekian lama..mungkin syaitan menanam didalam diri untuk takut mencuba sebelum apa2..namun Allah takkan bebankan kita sesuatu yg tak mampu kita hadapi..

Berbalik kepada tajuk entri hari ini..ingat tak dulu ade diceritakan yang ada seorang anak istimewa tinggal dirumah kami untuk bbrapa malam..don't ask about siapakah anak itu dan pertalian dengan kami yer..biarlah ia remain personal dan private..kita kongsikan pengalaman bersamanya yang most important..harap sabar yr entry yang agak panjang..:)

Anak ini actually berusia 9 tahun namun late in speech, tidak sesempurna percakapan mahupun IQ seperti anak2 lain yang sebaya dengannya. Itu bukanlah kali pertama bersama2 dengan kami malah telah biasa sebelumnya..kali ini terpaksa tinggal bersama kami kerana ibunya menjalani pembedahan dihospital. 

Orang yang paling sronok dengan kehadiran yang istimewa ini adalah Aidanlah ..siapa lagi..dapat kawan untuk bermain dan bersaing..Aidan memanggilnya Bhaiyya (abanglah maknanya. kita pun refer as bhaiyya ah dlm entry nie, ok.).


Bhaiyya tidaklah seperti kanak2 lain seusianya..itulah yang mesti difahami dan bear in mind oleh orang2 yang menjaganya..tidak dapat memakai pakaiannya sendiri, mandi pun kita kena mandikan dan membuang air juga mesti under supervision dan diuruskan..begitu juga makan dan minum yang memerlukan disuap..sangat rendah appetitenya..sebab itulah badannya kurus..masih tidak dapat make sense atas sesuatu perbuatan,  Walaupun IQnya agak rendah namun dari segi emosinya tetap sama seperti anak2 lain..boleh memahami gerak laku orang lain...

Perbezaan bahasa bukan menjadi halangan untuk memahaminya..malah sejak bersekolah di special school, Bhaiyya nampaknya boleh memahami sestengah prkataan yg dituturkan dalam English.. malah sifat ingin tahunya juga meningkat..selalu bertanyakan itu ini dengan menyebut "ee..eee..." maksudnya 'yang ini apa'..berulang-ulang kali untuk objek yang sama..kenalah sabar yer..:)

Setiap gerak laku dan pertuturan bhaiyya ini menjadi ikutan si Aidan.. sronok baginya barangkali.. bila Bhaiyya menari, melompat, menjerit dia pun ikutlah sama dengan seronoknya..bila Bhaiyya memanggil atau menuturkan sesuatu prkataan siaplah diajuknya jugak..mereka boleh bermain bersama2, namun tak lama lepas tuh adalah perebutan (anak2 biasalah).. biasanya Bhaiyya yang selalu mengalah sebab  we keep telling him Aidan is much smaller than him dan dia paham...

Adanya Bhaiyya juga sebagai ujian bagi Aidan samada boleh harap ke tidak..bila hendak berehat, suruh Aidan monitor, kalau Bhaiyya ganggu komputer ataupun ONkan switch lampu bagai, dia akan tarik Bhaiyya drp melakukannnya..bolehlah diharap. Dalam pada boleh diharap itu pun..si Aidan nie ada jugak naik geramnya dalam bergurau ..kadang2 dia suka sangat nak gigit dan pukul Bhaiyya nie....walaupun kami berkali2 marah pun siAidan nie kadang tak makan saman jugak...

Kemudian tibanya masanya untuk dia kembali disisi ibunya. Selepas balik dari menghantarnya..Si Aidan mula menangis.."I want Bhaiyya..please bring Bhaiyya back..".. kami pun menjawab " Aidan beat and bite Bhaiyya..now Bhaiyya is in the hospital..can't come here anymore.."..heheh..supaya dia rs alasan itu lebih kukuhlah kot....namun even selepas itupun banyak balik dia bertanyakan tentangg Bhaiyya nie...

Tidak mudah untuk menjaga anak2 yg istimewa..bukan setakat kesabaran dan kefahaman..mereka ini perlukan lebih perhatian dan kasih sayang dari orang2 sekeliling...mungkin ada kelemahan kita yang menyebabkan kita tidak mampu berikan yang terbaik kan..apapun rasa sayu dan simpati terbit setiap kali terkenangkan anak yang tidak bernasib baik ini..

42 comments:

  1. perlukan 100% kesabaran tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul sbb sangatlah mencabar..:)

      Delete
  2. memang agak sukar untuk jaga anak OKU...PC rase kesian tgk parents yg ade anak OKU ni bl diorng datang temujanji kat klinik..diorng sgt tabah...
    Tapi ganjaran Allah sgt besar untuk mereka yang jaga insan2 istimewa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita tgk rs kesian kan..tp byngkan bagaimana kalau kita ditempat ibubapa mrk...mmg Allah btul2 mnguji ibubapa atau pnjaga mrk nie...

      Delete
  3. Tersentuh hati bila tgk budk OKU. .. Ada hikmah bila Allah hntr org yg x smpurna ni di dlm klgn kita.. Supaya kita berfikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh..mungkin agar kita sentiasa bersykur dan sedar dengan kesempurnaan yg Allah brikan pd kita & ingat akan mrk yg tak brnasib baik...

      Delete
  4. Assalamualaikum Nor,

    Sihat demo? Sini Penang start musim huje doh.

    Insan istimewa seperti Bhaiyya ni walaupun banyak kekurangan berbanding kita, namun dia ada keistimewaan tersendiri yang biasanya kita kurang sedar. InsyaAllah dengan mendapat pendidikan khas itu, Bhaiyya pasti mampu berdikari suatu hari nanti. Cuma seperti kata Nor, penjaga kena banyak bersabar. Biasanya insan istimewa sebegini sangat-sangat perlukan kasih sayang. Dini baca pengalaman kenalan FB yg punyai anak sebegini, mereka sering menyatakan anak-anak istimewa @ anak-anak syurga ini akan bertenang setiap kali ibu/bapa memeluk mereka (apabila tantrum melanda).

    p/s: Bhaiyya hensem lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam dini..
      alhamdulillah sehat..uje ko denun, sini panas lah jgk..

      Tp pendidikan khas kat sini dini tok spt kat m'sia ..byk jgk kekurangan..dohla sekolah tuh ikut sistem hindu..bhaiyya nie pun doa ikut cara hindu..kejjut tgk..mungkin over the period of time ade prubahan tp slowlah..doakan yg terbaik utknya..:)

      Delete
  5. cerita yg penuh pengalaman dan pengajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalamn tuh masihlah cetek sbb bkn selalu bersama kan...:)

      Delete
  6. Semoga anak istimewa ini di permudahkan segala urusannya kelak. Bertuahnye ibubapa dia ada anak istimewa,mendapat pahala yan besar sepanjang menjaga anak istimewa ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amen...moga2 lah pemahaman nya bertambah dgn semakin membesar nanti...

      Delete
  7. Betul tu ummu, bukan mudah menjaga anak2 istimewa ni. .
    Aidan hepi sbb ada kawan main...takpe aidan tak lama lg dah ada kawan bermain tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah ..moga lepas nie ringan lah sket krja mummy nya utk melayannya manja lebih2...:)

      Delete
  8. ada anak sebegini, 1st kena redha & terima ketentuan ilahi. Bukan mudah nak menguruskan, kesabaran paling penting, tpi pahala mmg berganda2 kalau kita ikhlas kan. Dan percayalah pasti ada hikmah sebalik apa yang ditakdirkan Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh KA..sabar dan pemahaman akan keadaan mrk tuh paling penting..kena redha ngan kekurangan mreka nie..barulah kita redha jg mrk..

      Delete
  9. Anak2 istimewa sensitif jiwanya mudah tersentuh dan ujian juga untuk kita yang menjaga "ujian kesabaran"

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena sabar betul2 azmatun..tak leh expect mrk tuh leh buat cam anak2 yg normal..

      Delete
  10. salam ummu.....

    memang kena banyak bersabar bila menjaga anak begini kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yan...
      berganda2 sabar yg diperlukan..

      Delete
  11. as salam ummu,
    kehadiran tetamu tu menyumbangkan rezeki kepada tuan rumah.. semua dah di atur oleh allah.. hanya yang mampu melakukan di beri ujian.. anda di pilih.. alhamdullillah.. hanya yg sabar mampu melakukan.. syabas.. :) and take care makyong.. hepi weekend.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam nani
      alhamdulillah tp perasaan sdih dan kesihan tu ttp ade ila mengenangkan anak nie..apa yg kita blh bri & tak pd mrk...wallahua'lam..

      Delete
  12. Dalam keluarga kakak ada satu anak istimewa Ummu. Anak kak Long kakak ketika baby dia tersungkur dari walker - operation kepala - akibatnya jadi anak istimewa. Kesian dan beul memang sedih sebab semua adik-beradik cemerlang dan berkerjaya baik tapi ada satu cacat menjadi ujian pada yg menjaga...

    Tapi mereka ini syurga tempatnya Ummu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ujian pada kak long kakak kan..takper selagi keluarga ttp memahami serta menyanyanginya..itulah yg penting utk anak2 istimewa nie...

      betul kak..ganjaran yg kita pun belum tentu dpt..

      Delete
  13. Tiada siapa yg mahu dijadikan istimewakan.... malahan dia ini jugak... betul kata KZ bukan mudah untuk menguruskannya
    Bila bersama ada ketikanya kita akan rasa tidak ikhlas untuk menjaganya apatah lagi kita mungkin orang asing baginya tapi bila jauh aka ada rasa belas dan mentesal pulakkan ...
    Biasalah manusia biasa... bukan UA jugak mungkin OKje pun cam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg waktu tidak ikhlas tuh lah yg susah kan..kena lwn perasan begini dan dtg simpati yg meluap2..hiii bukan senang okje kalau utk tempoh yg lama kalau kita tak mentallh dan fizikally bersedia...

      Delete
  14. Alhamdulillah berjaya ummu berpuasa...besar pahala ummu sekeluarga....dlm masa yg sama boleh train Aidan bertoleransi dgn rakan atau siblings

    ReplyDelete
  15. salam dik,
    anak2 istemewa, mestilah istemewa..kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak..
      mereka ini sangat2 istimwa yg Allah berikan sebagai amanah..

      Delete
  16. Salam Ummuaidan,

    Terharu dengar kisah anak istimewa ni. Bagaimana istimewanya anak ini, begitu juga istimewanya ibu-bapa yang diamanahkan dan dikurniai Allah SWT dengan anak seperti ini. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi dugaan yang tidak akan termampu kita tanggung! Mak Aji dulu pernah mengganti puasa semasa mengandung. Tiba satu saat terlalulah amat lembik. Seorang ustaz/kawan di ofis menyuruh membaca al-Fatihah. Setelah berkali-kali membacanya alhamdulillah elok hinggalah sempurna puasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam makji
      Orang2 yg terpilih shj boleh menjaga mereka nie makji..kesian jika mrk tinggal dgn sebarangan orang..

      Alhadulilah 2 hari posa mulut rs basah jer..badan pun tak penat sgt..taklah sakit blakang cam biasa..sebab byk makan kot..heheh

      Delete
  17. mereka mmg istemewa..terharu membacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdih ila pikirkan keadaan mrk tu...

      Delete
  18. istimewanya jadi kanak2, mereka tidak memilih kawan untuk mencurahkan kasih sayang tetapi org dewasa byk memilih kawan yg sempurna utk mereka.....hehe!!!mesti aidan terasa sunyi xde geng nak digigit.semoga pasni dpt mereka berjumpa semula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. unconditional love kan ros yg diorang panggil..tak mcm orng2 yg lebih dewasa..akal makin berkembang ttp byk kekurangan..

      Delete
  19. anak istimewa ini adalah antara dugaan buat kita tanpa kita sedari.

    Aidan sunyi tu, dia nak kan teman. Nanti dapatlah temannya tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg begitulah agaknya perasaan anak bujang nie ..nak sangat brteman..:)

      Delete
  20. kesabaran yang amat tinggi diperlukan dlm menjaga kanak kanak istimewa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul kak..orng2 yg deal ngan anak2 mrk yg normal pun bermasalah..tak sesuai menjaga anak2 istmewa nie..:)

      Delete
  21. Erm..terlewat dtg komen n3 ni..
    betul tu Ummu.. bukan senang nak jaga kanak2 istimewa ni kan? memerlukan extra sabar.. kawan atie cikgu budak2 istimewa klu dengar dia bercerita mmg SABAR nya kena berganda2.. sayu juga bila di kenangkan.. apa pun moga bhaiyya dpt meneruskan hidup dgn baik..
    Abg Aidan; sabar ye.. tak lama lgi dapat lah teman utk bermain...:)

    ReplyDelete
  22. salam,Nor..bhayya anak instimewa,ye ...bertuah Nor brpeluang mbuat pahala mjaga dia walaupun bukan selalu..mesti Aidan syg kt diakn :)

    ReplyDelete
  23. Anak itu amanah ALLAh...menjaganya adalah pelepas dosa

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads