Salah satu lokasi menarik dekat bahagian West Fiji yang pernah dikunjungi adalah Garden of the Sleeping Giant...yer lah sebab dalam garden nie banyak tanaman2 tropika yang menarik samada pokok2 besar, mahupun penutup bumi, orkids..tumbuhan-tumbuhan tropika dan sebagainya. Kebun ini terletak agak kedalam dibahagian bukit bukau..
Abuaidan kata bila masuk nie memang berjam2 lah jawabnya akan berada didalam garden ini kerana kawasannya yang luas..takut tak cukup bateri camera jer nak tangkap semua gambar... Bayaran masuk $13.00 for adult.. masuk sorang jer lah, manakala dua orang hero tunggu diluar, sebab kurang berminat sangat ...nasib baik ade tour guide yang nak temankan dan bercerita sepanjang penjelajahan didalam garden nie..kalau tak blur jugak pasal nama2 pokok sebab tiada sign board diletakkan.
Entrance, redup dan menyenangkan mata kan...
Pokok2 diluar kebun utama, kemas dan terjaga rapi
Kawasan parking
Mula melangkah menuju kedalam kebun
Disekitar corridor banyak ditanam dengan orkid2..
Begitu cantik dan tersusun..
Pemandangan dari dalam kebun ke luar -dibahagian bukit yang berhampiran
Pokok nie..pokok tropika..lupa namanya ..kat M'sia ada banyak
Landskap yang indah dengan tutup bumi dengan tumbuhan dari family keladi nie (lupa lagi namanya)
Paku pakis (ker?) dan...
Tumbuh2an tropika yan pelbagai..
Nice kan..tapi perlu banyak maintainance nie..
This one I like so much too..
Seperti pokok pinang but not very sure tentang namanya..
Dah menghampiri kawasan yang lebih kedalam...lebih berhutan..
Diatasnya tempat hideaway tuan punya kebun masa dulu2..
Simple and relaxing kan...
Another way towards the top of the hill...tak pergilah sebab penat nak panjat...lagipun just pokok2 tropika yan besar...
Gadis munger...my tourist guide...nasib baik tak mintak tips ..kalau tak menyesal ajaknya teman...huhuh
Sebenarnya banyak lagi nak share yang menarik tentang garden nie..nie baru part lanskap..belum lagi cite pasal pelbagai orkid yang depa tanam..tumbuhan2 tropika yang pelbagai dan sebagainya...nanti sambung lagi lah yer....

