Tajuk adalah gimik jer dan entri ini adalah sebenarnya review blog untuk rekod peribadi dan dikongsikan bersama2 rakan blog yang telah bersama2 dari awal blog dibangunkan, kini alhamdulillah 6 bulan sudah.
Sebenarnya tuan blog bukannya suka menulis pun dan tak pandai menulis pun jgk. Namun sejak kami mula ber'home kitchen garden', rasa seronok pulak melihat tanaman2, namun pada awalnya tiada kamera dan niat untuk merakam dan mencatat perkembangan tanaman dikebun tak dapatlah direalisasikan.
Asalnya masa nak tulis blog tak tahu nak tulis for which audience, orang2 kat sini masih lagi ketinggalan dari segi IT. nak tulis dalam English kan jawabnye 1 entry separuh hari mengaranglah baru kuar. Nak target pembaca dari tanahair rs malu lak, aku yg dok di tempat jin bertendang nie, tiba2 muncul..kiranya takder self confidence sangatlah..tapi nak sangat share exprience pasal berkebun nie. Nak tulis pasal negara ini kan bukannya banyak sangat pun yg boleh diceritakan dan sapalah yg akan berminat..nak cita pasal family pun ..apalah sangat nak cite psl our small family yang sama jer aktiviti kehidupan hariannya...pun orang boleh bosan, yer tak. so berkongsi jugak sikit pasal family dan fiji islands sekurang2nya family ditanahair dapat info walaupun mereka adalah silent readers.
So teruskanlah jugak menulis 'hudoh2', serta letak gambar banyak, dlm pada cuba mencari traffic. Sapa kata traffic tak penting walaupun kita berblog bukanlah semata-mata untuk mengejar traffic, namun bg sy ianya sebagai pemangkin & kepuasan atas usaha blogging kita. Adalah jugak submit blog kat few search engines. Awalnya berblog memang traffics sangat slow, yer lah blog baru dan pembaca pun tak seberapa, orang belum discover lg blog kita..namun seperti tip2 berblog yang pernah dibaca, keep writing at least 1 entry perday, don't give up walaupun tak mendapat sambutan. hohohoh..
So teruskanlah jugak berkongsi pengalaman berkebun dan antara kawan2 blog terawal adalah kak Puteri Purnama, Ayut, Olive, Kak Mar 'suka-suka', Ibu Qistina, Wani Sc, Mama Ponkey dan sebagaimanya..namun alhamdulillah kini kawan2 blogger semakin bertambah dan pelbagai pulak.
So, after 6 months blogging dengan jumlah follower yang baru mencapai angka 94 orang dan trafik yang telah mencecah 30,000 (alhamdulillah walaupun nak dibandingkan dengan blog lain yang hebat, mereka lebih banyak)..i realised now kebanyakkan traffics datang dari search engines, malah new visits everyday dalam 40% (termasuk daripada referral)..even weekend yg biasanya traffics rendah, namun kerana search traffics nie, alhamdulillah tidak mengecewakan.
Referring sites for the day
Alhamdulillah sekiranya kita terus menulis secara constant setidak-tidaknya 1 entry sehari dan penulisan kita jugak dari idea sendiri dan tidak cut and paste dari sumber lain, google jugak will give us good ranking..alhamdulillah banyak jugak dari entries yang berada pada first page.
Salah satu dr popular post yang berada di tempat pertama, first page, search results.
Search 'cara menanam sawi', berada di tempat ke.4, first page
Sebahagian search keywords from google organic untuk semalam (zoom in utk lebih jelas)
Bukanlah nak claim yg I'm an expert, berbangga dan rasa dah berjaya pun, cuma berkongsi kepuasan setelah 6 bulan berblog yang mana pada awalnya, bila search dalam google tentang some of the keywords from blog entries, susah nak jumpa dan mungkin tercorot tempatnya. namum alhamdulillah bila kita tulis dengan idea kita yang original, walaupun ringkas, lebih mudah mendapat ranking dari google setelah beberapa tempoh...
Dari segi follower pula, saya rasa banyak follower pun bagus jugak, namun bukan semua follower adalah genuine readers yang akan membaca kebanyakkan entri kita, ada yang not interested pun with the subject but for the spirit of menambah rakan2 blog dan berkenal-kenalan. Dan sekiranya hendak bergantung kepada followers untuk traffics, maknanya kena bekerja lebih keras dan perlu membuat banyak entries.
Referral atau link dari blog rakan2 juga antara penyumbang trafik yang tak kurang banyaknya dan juga menarik new readers untuk ke blog. Terima kasih kepada rakan2 yang meletakkan link blog saya didalam blog mereka.
Kini alhamdulillah bolehlah releks sikit dalam berblog (tanpa tamak traffik atau follower), 1 entry sehari pun dah cukuplah kan. Selamat maju jaya untuk semua, teruskan menulis ya rakan-rakan.