Sempena hari raya haji yang telah kita sambut selama 4 hari yang lepas, marilah dikongsikan sedikit info, cerita dan foto2 berkaitan dengan masjid dan komuniti muslim tempat kami tinggal. Semoga dapat memberikan sedikit gambaran akan kehidupan muslim disini, inshaallah.
Masjid yang dibina dibawah kawalan Muslim League yang menguruskan semua hal ehwal muslim samada dari tarikh menentukan puasa, hari raya mahupun pengesahan halal haram sesuatu produk mahpun kutipan zakat dan distribution. Muslim organisations disini semuanya di uruskan secara sukarela oleh Executive Committee Members cuma tenaga kerja di bawah league sahaja yang dibayar. RISEAP mahupun WAMY dan lain2 muslim organisations diseluruh dunia banyak juga berkoordinasi disini.
Masjid yang dibina denga kos yang rendah (estimated around FJD 1 million), tiada kubah2 yang mahal2 dan besar untuk mencantikkan masjid,kebanyakkannya basic sahaja. Berbanding dengan masjid2 ditanahair yang mana kos pembinaannya adalah lebih tinggi, malah untuk decoration masjid, kubah dan panel pun boleh mencecah berjuta ringgit.
Tiada kolah untuk menyimpan air namun tempat mengambil wudhuk disediakan
dibahagian luar masjid.
Tangga untuk menuju bahagian atas masjid. Biasanya digunakan hanyalah pada hari raya dimana jemaahnya lebih ramai. Pintu pada bahagian tepi kanan adalah ruang solat untuk wanita. Namun wanita tidak berpeluang solat berjemaah bersama lelaki. Ruang solat hanyalah untuk musafir wanita sahaja.
Pemandangan didalam masjid, ruang solat. Namun bahagian ini juga jarang digunakan pada waktu-waktu biasa memandangkan jemaah adalah amat sedikit.
Burung yang bersarang didalam masjid
Ruang menuju ke mihrab/ prayer hall
Dibahagian inilah selalunya jemaah memenuhi untuk solat. Karpet yang rosak akibat banjir namun masih tiada gantinya.
Ruang untuk imam. Masalah utama masjid ini tiada resident imam atau imam yang menguruskan masjid secara full time. Banyak yang telah berhenti kerana konflik dsbnya. Oleh kerana itu juga jumlah jemaah semakin berkurangan. Imam2 yang dipilih pun tidaklah begitu berkelulusan tinggi dalam islamic studies banyaknya kelulusan sekolah pondok2 dari india. Yang berkelulusan dari timur tengah banyaknya telah berhijrah kenegara2 lain.
Pemandangan masjid pada waktu masuknya maghrib. Tidak sampai 10 jemaah biasanya datang bersembahyang dimasjid yang sebesar ini.
Pemandangan sebahgian masjid diluar pada waktu malam.
Islam adalah minoriti disini yang kebanyakkan dibawa oleh pendatang dari india lebih 5 generasi yang lalu. Kebanyakkan mufti atau imam disini berpahaman islam yang lebih cenderung kepada fatwa2 dari India. Juga terdapat 'sect' atau kumpulan juga disini seperti Tabligh, Milad-un Nabi dan golongan Shafie. Milad-un nabi banyak menjadi ikutan dimana mereka sangat mementingkan maulud/ selawat keatas Nabi berlebih-lebihan. Malah daripada sedikit bacaan saya tentang group ini mereka banyak menokok tambah tentang sejarah kelahiran Nabi dan jalan cerita diperhebatkan lebih dari sejarah asal. Malah banyak juga reference sejarah mereka tentang nabi2 yang lain juga berdasarkan bible yang tidak sahih akan faktanya dan banyak yang telah diubah. Yang betul-betul mengikuti ahlul sunnah wal jamaah biasanya terdiri daripada golongan yang lebih terpelajar dan mereka yang medapat didikan agama dari timur tengah.
Banyak juga kahwin campur antar muslim dengan hindu mahupun kristian seperti diIndia sebagai contoh Shah Rukh Khan, Saif Ali Khan dsbnya. Mereka tidak menukar agama bila berkahwin dan menjadi konflik pula bagi anak2 untuk memilih agama masing2.
Yang muslim miskin juga senang ditarik ke agama kristian dengan desakan keadaan mereka. Kristian menjanjikan pertolongan hidup yang lebih baik, tiada lagi menagih simpati meminta sedekah dan sebagainya. Nipisnya agama menyebabkan banyak yang terjerumus.
Bila kita berbicara tentang muslim, apa yang kita pikirkan adalah mereka2 adalah saudara seagama dengan kita. Bila muslim adalah majoriti dan mempunyai kawalan terhadap sesetengah undang-undang seperti di Malaysia gelaja murtad dan kahwin campur yang berdosa itu dapat dibendung sedikit sebanyak. Namun di negara yang undang-undangnya adalah tidak berlandaskan islam, mereka mendapat kebebasan dalam hidup yang mana menjadi penjara bagi mereka diakhirat nanti. Kita doakanlah agar saudara2 muslim kita disini bersatu dan bertambah pemahaman mereka tentang agama dan tidak mudah terpedaya. Ameen.