Pada malam dua hari yang lepas, ayahnya terkeluar mulut sebab pasal rooster, konon nak beli rooster yang siap dimasak dari restaurant. So mulalah expecting dan membayangkan yang dia akan bawa balik roasted rooster esoknya bila balik from town, namun tak kelihatan jugak. dan Aidan setelah mendengar perbualan kami, tiap kali Abu balik akan tanya Abu 'where's rooster Abu, walaupun tak tahu apa itu rooster. Bila Abu nak keluar pula mula menjerit "Abu bring rooster", berulang-ulang..
Semalamnyer baru dia bawa balik rooster, bukan rooster yg dah masak tapi ketul-ketulan ayam yg dah siap dipotong dari brand Rooster, yang halallah. Nak buat roasted rooster tak tahu, namun dengan potongan ayam begitu memang sesuai benar untuk buat KFC...dulu pernah meng'googled' recipe KFC, memang ada kat internet so pagi ni check balik dan memulakan operasi. Tidaklah sesempurna KFC namun memang berpuashati dengan hasilnya, alhamdulillah bos pun menjilat jari, hehehe.
Ayam goreng ala KFC daripada the real KFC recipe.
Yang berbeza, KFC menggunakan vegetable shortening untuk menggoreng dan digoreng dalam pressure cooker. Shortening dah hampir abih stock, tak cukup nak guna menggoreng. Nak guna pressure cooker menggoreng, takut accident or terbakar ker nanti padah dan dalam manual pun kata tak boleh guna untuk menggoreng. Rasanya alhamdulillah 80% close to KFC terutama bahagian dalam. Yang membuatkan kita rasa ketagih KFC adalah kerana MSG yang digunakan agak banyak (iaitu 1sudu kecil), lain spices taklah pelik atau 'secret' sangat seperti yang diwar-warkan. Yang digunakan adalah tepung serbaguna, fresh milk, egg, serbuk pepper, paprika, salt dan MSG. Resepi original disini.
Di lengkapi dengan kentang goreng ala Mc Donalds yg memang rangup dan lebih sedap kali ini
(walaupun dah sejuk). Buat fries nie dah agak2 expert dah nie, heheh (kononlah)
Mashed Potatoes ala KFC (guna resepi KFC juga), not bad jugak the taste.
Coleslaw? tak buat sebab takder stock mayonnaise, nak buat coleslaw senang tapi nak buat mayo sendiri memang memerlukan kesabaran yang tinggi, blend minyak setitik demi setitik, haahh..tak larat...
Dan yang menandakan kepuasan adalah seperti ketika makan KFC direstaurantnya, dimana setelah menghabiskan 2 ketul dengan side dishes and soft drinks..tak larat kekenyangan, alhamdulillah...
