Bertanam tebu dipinggir bibir maknanya manis mulut bila berbicara. Tapi disini sebenarnya nak cerita pasal tebu yang ditanam dipinggir rumah...
Fiji adalah salah satu negara pengeksport tebu didunia dan merupakan ekonomi kedua terbesar negara ini selepas tourism. Jadi bila kita menjelajah bumi Fiji maka byklah ladang tebu kelihatan sepanjang perjalanan dan dikawasan gunung ganang yang rendah.
Meskipun begitu harga gula masih tetap mahal walaupun gula yang digunakan kat sini adalah guna perang, gula putih lagilah mahal dan tak byk diproses untuk pasaran local - semua untuk eksport sahaja..
Harga untuk 2kg gula adalah $3.50, kalau 1kg dalam $2.50 lagi mahal...
Berbalik kepada tebu, walaupun tebu ditanam meluasnya namun tidak seperti dimalaysia tebu tidak dijual dalam bentuk jus atau air tebu. mereka masih tidak membangun dalam teknologi pemprosesan. Maknanya tak merasa air tebu lah dibulan puasa...
Sebenarnya memang dah lama teringin nak tanam tebu kat rumah tetapi susah sangat nak dpt batang tebu yang untuk ditanam, jarang sangat dijual. Only last school holiday, kami berjalan2 disatu bandar dan terjumpa tebu yang dijual, itupun dah hampir semua tunas dibuangnya.. 3 batang tebu dibeli.
So balik umah, esoknya Abu Aidan terus tanam secara melintang dengan menggali lubang macam parit sehingga dapat menutup tebu keseluruhannnya dan kemudian di kambus balik dengan tanah. Cara lain- melintang pun boleh ditanam dengan memacak tebu secara menegak didalam lubang yang telah digali. Walaubagaimanapun cara yang biasa digunakan untuk tanaman diladang adalah melintang dan pokok akan tumbuh lebih teratur dan sama besar.
Selepas hampir 2 minggu barulah tunas mula muncul seperti dlm foto dibawah..
| 2 minggu usia |
| 5 hari kemudian daun mula muncul |
Ini pula gambar2 perkembangan anak tebu yang sempat dirakamkan...
| 3 minggu-2 daun kelihatan |
| Usia sebulan - 3 daun |
Yang ini pula gambar yang diambil pada 27/7/12 - pada usia 2 bulan lebih, nampak lebih besar sedikit pokoknya dan daun pun dah bertambah.
Daripada 3 batang tebu yang ditanam hanya dari 1 batang sahaja tumbuh, sebab tunas sudah dibuang pada yang lain semasa membeli. Biasanya tebu mengambil masa 6 bulan sebelum boleh dituai.. (maknanya lama lagi kena tunggu)...